Entri ini ditulis dengan menggunakan hanya dua jari. Biasanya aku menulis hanya menggunakan 2 ibu jari sahaja. Percayakah? Kebanyakkan entri dalam blog ini juga menggunakan hanya 2 jari untuk menulisnya. Idea siapakah ini?
Dulu semasa zaman mesin taip diperkenalkan, orang yang tidak belajar menaip, juga menaip dengan dua jari. Menaip menggunakan dua jari telunjuk. Awal-awal penggunaan komputer juga masih ramai yang menaip. Orang Istilahkannya mematuk. Teringat masa zaman pengajian di universiti dulu dimana nak menggunakan komputer untuk buat assigmen terpaksa menunggu giliran. Kena kawan tu jenis mematuk, alamatnya tak tidur la kita. Tunggu dia siap barulah kita dapat buat assigmen.
Rupa-rupanya zaman ini juga memerlukan kemahiran sebegitu. Menaip menggunakan dua jari. Habislah ilmu menaip dilupakan. Semua dah selesa dengan dua jari. Tulis sms pun guna dua jari…
Fenomena ini berlaku semasa kemunculan smartfon yang mempunyai kekunci QWERTY. Dengan paparan sekecil itu, mana mungkin menaip menggunakan 10 jari. Ibu jari la paling sesuai digunakan. Ipad yang besar ni pun tak sesuai menggunakan 10 jari apabila menaip. Lainlah menggunakan papan kekunci external.
Sapa nak bawak papan kekunci external merata-rata kan? Dua jari juga lebih praktikal untuk penulisan secara portable. Kat mana-mana tempat pun sesuai. Ada ke sesiapa yang menaip dengan handset guna 10 jari sekarang ni? Kalau ada memang kena tabik spring. Bayangkan handset dia besar gedabak macam komputer.. Hehhehee.
Komen ini ditulis menggunakan dua jari.
Baguslah kalau camtu.. Mari memperkasakan dua jari itu. Hehe
Kesian jari-jari yang lain, dianaktirikan..
Dulu-dulu menaip guna 2 jari jadi bahan kutukan.. sekarang ia sudah jadi trend ๐
Bergilir guna kesemua jari.. Bila suna jari kelingking amatlah menyeksakan. Hahah
jari kelingking kan dah ada tugas khas…hekhek
gilir2 la guna jari…abeh jari tgn,guna jari kaki…adil dan saksama…
Sapa berani menaip guna jari kaki? Hehehehehe try la..
tak biasa plak guna 2 jari aje. hehe..
memang hebat..
ada lagi hebat. Menaip guna guna 1 jari aje. Menaip SMS. Rasanya semua orang terer tu masa zaman handset nokia. hehe..
Kemahiran tu masih lagi boleh digunakan buat masa ni.
Yer betul lah cikgu cakap memang sekarang ni ramai yang guna 2 jarilah … baru perasan benda ni … ๐
Bro pun guna dua jari juga ke? Risikonya selalu terjadi typing error kalau menulis guna 2 jari. Semak sebelum publish..
Selain daripada 2 jari ada juga tak guna jari tetapi guna pen tablet … lagi slow kalau nak taip atikel …
Yg tu kurang praktikal.. Pen stylus tu cuma sesuai utk browse je..
Tetapi kalau ada alat yang boleh convert suara kepada tulisan best jugakan tak paya guna jari, tak payah guna keyboard, tak payah guna mouse atau pun pen tablet … ๐
Memang alat tu dah ada bro. Tapi cuma boleh guna bahasa inggeris je. Sesuai untuk setiausaha semasa meeting kan.. Tak payah susah2 nak tulis minit mesyuarat.
wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! ๐
Thanks ya..
boleh imagine camana perasaan tunggu kawan yang gunakan 2 jari tu siapkan asgment dia..mesti berangin habis kan
Heheh.. Kesabaran yang tinggi. Sekarang masing2 masuk u je mesti beli laptop sendiri. Takde masalah tunggu kawan mematuk lagi. Yg ada sekarang tunggu kawan untuk copy and paste..
saya tulis pakai keybord ni pun masih 2 jari telunjuk huhuhuh
Aik.. Masih mematuk juga kah walau guna keybord? Hehehe.. Kemahiran merentas teknologi tu namanya.
Tak selesa guna iPad. Pernah cuba dengan iPad kawan sebelum ini.
Personal preference.
Mungkin tak biasa kot. Kalau dah biasa macam taip sms cuma guna satu jari pun ok apa..
Memang seronok guna dua jari ni, yang tak seronoknya nak pegang tablet tu jelah besar sangat
itu perlunya tablet yang praktikal. ipad kurang praktikal rasanya. kalau galaxy note mesti best.