Menulis dengan cepat di komputer berbeza dengan smartphone. Dengan komputer desktop, dengan keyboard fizikal kita boleh gunakan pendekatan layout Dvorak atau Colemak. Atau jika perlu lebih cepat, boleh gunakan keyboard Steno atau Plover yang boleh capai kecepatan 200-360wpm.
Berbeza bila kita menulis di smartphone. Smartphone mempunyai keyboard qwerty sentuhan dan bersaiz kecil. Dengan keyboard selebar kira-kira 2.5 inci sangat sesuai menulis dengan ibu jari menggunakan SwiftKey. Right method for right job.
SwiftKey ialah kaedah menulis macam cacing. Lukis cacing atas keyboard kecil smartphone, bila angkat jari dari skrin, satu perkataan diinput ke phone. Cara ni jauh lebih praktikal berbanding menginput aksara demi aksara yang perlu diinput dengan hati-hati bagi mengelakkan typo. Maka terjadilah kelambatan tak munasabah dan shortform yang langsung tak dapat difahami.
Cara SwiftKey lebih mudah, praktikal, kurang typo, dan cepat. SwiftKey ialah app khas untuk iPhone, boleh download SwiftKey dari App Store. Untuk pengguna Android pula, download atau update Gboard dari Play Store.
SwiftKey Keyboard by SwiftKey https://appsto.re/my/qWsw2.i
Dulu pernah juga belajar menaip dengan laju di laptop hasil nya boleh tulis macam-macam dengan laju tanpa tengok keyboard
seronok bila dapat menaip cepat tanpa typo dan krem jari di laptop ni. tapi memang bukan sehari dua dah nampak hasil lah kena usaha selalu.
Apa yang menarik, Swiftkey ini dapat diubah layout keyboard mengikut citarasa pengguna selain dapat merakam perkataan yang selalu digunakan.
yer… swiftkey mampu belajar cara kita menulis.
Kalau menulis blog saya lebih selesa menulis dengan menggunakan komputer atau notebook berbanding smartphone..
Nieve masih lagi menaip terkederk-kedek heeee.. finger pointing kikiki
kalau nak menaip laju dengan komputer, elok guna steno atau plover. boleh capai 200wpm.