Sudah lama menyepi. Banyak isu nak tulis, tapi macam tak sampai hati. Banyak isu politik sejak kebelakangan ni. Isu pendidikan juga banyak, namun masih terlalu banyak berkaitan dengan politik. Bosan untuk dituliskan di sini.
Hari ini terpanggil untuk menulis berkenaan keluhan. Ya, keluhan kita yang tak sudah-sudah. Dapat apa dengan mengeluh? Okey, ini kisahnya.
Penternak ikan mengadu tak ada orang nak beli ikan dia. Dah bela banyak² last² tak terjual. Business bungkus. Dia cerita lagi, bapak dia pun menerima nasib sama.. kasihan juga kan. Di mana silapnya?
Lalu dia mula salahkan muslim yang konon tak support dia. Ini memang terbaik. Dari kecil kita telah diajar menyalahkan orang lain. Buktinya, lagu popular zaman kanak-kanak kita dulu. Lagu bangau oh bangau..
Bang, kau bisnes beli ikan ke, tanam sayur ke, jual topup ke, aktiviti marketing tu penting. Bukan kau bela ikan, lalu ikan yang membesar tu tiba² ikan tu pegi cari pembeli. Ini mustihil bang.
Boleh tak usaha lebih sikit. Kreatif dalam menempatkan produk di pasaran. Jalan² masuk kampung tanya kedai² makan nak tak beli ikan kita.
Kalau tak mampu buat sorang, share la keuntungan dengan orang lain dengan upah orang jaja ikan keliling kampung.
Kalau ada worksyop pulak, atau apa saja la bisnes runcit. Kedai kena kemas. Bukan biarkan bersepah dan tak tersusun. Barang-barang kena letak pelbagai. Barulah jadi buah mulut orang. Nak cari barang ni kat kedai abang tu. Semua adaaaaa… Tak dak la orang datang suram je..
Sekarang fb banyak membantu. Buat page, invite la kawan².. cerita sikit kau bela ikan, kau jual ikan, kau buat bisnes jual topup, kau buka bengkel. Bagi komisyen kalau ada kawan² yang tolong carikan customer. Keluar sikit belanja marketing. Tak rugi lah.
Tapi kan, kalau nak untung sorang², sampai bila² pun susah nak maju. Ingat, orang tamak selalu rugi. Mengeluh dalam fb boleh dapat apa. Netizen kecam ada lah.
Marketing ni umpama penyerang. Barang baik macam mana pun kalau tak ada marketing, tak terjual dia. Belajarlah marketing dan jangan kedekut.
Leave a Reply