Aku seorang blogger. Ramai yang bertanya.. dan ini jawapan aku! Kau kerja apa? Aku kerja tulis blog.. Tulis blog tu kerja ke? Mestilah.. Kau pernah dengar orang kerja menulis? Pernah.. Abistu apa yang peliknya? Aku seorang blogger. Blogger yang kerjanya menulis. Menulis apa saja. Walau tak memberi apa-apa. Aku tetap seorang pekerja. Seorang pekerja, Yang layak menyambut Hari Pekerja. Ehhh tidak tidak tidak. Mana boleh kau sambut Hari Pekerja! Kau kan takde gaji, Takde majikan, Takde … [Read more...]
Sarapan Pagi
Sarapan Pagi, originally uploaded by KHAIRUL AMRAN. Rutin harian sarapan pagi. Nasi lemak dan teh tarik. Ada orang kata makanan ni mengemukkan. Ye kot... Dulu aku jarang sarapan pagi. Badan kurus melidi. Sekarang Alhamdulillah badan dah macam pasu bunga bergerak. Pasu pun pasulah. Kalau tak sarapan otak susah nak berfikir. Kerja gunakan otak ni memerlukan tenaga lebih. Bukan je orang yang kerja angkat batu kena sarapan camni. Keja cikgu pun kena gak. Kena ingat ye.. pengawalan makanan tu … [Read more...]
Aku Tiada Apa-Apa
Lepas solat Jumaat tadi ada satu jenazah untuk disembahyangkan. Alhamdulillah ramai juga jemaah yang menyembahyangkan jenazah itu. Mungkin kalau dilihat secara zahir tidak ada apa-apa yang peliknya kejadian tu. Tapi ada sesuatu yang mengusik jiwaku. Apa yang ada pada jenazah itu hanyalah kain kapan yang menyalut tubuh. Selain dari itu adalah amalannya. Jika baik masa hidupnya, banyaklah amalannya. Aku menginsafi diri sendiri. Apakah amalan yang ada mencukupi untuk kubawa kesana nanti? Sedar … [Read more...]
Kenapa Curiga Dalam Berkawan?
Haii.. pernah tak korang ditanya pasal keikhlasan dalam berkawan? Tiba-tiba ada yang tanya kita, adakah kita berlaku jujur dengannya. Kita ikhlas berkawan dengan sesiapa pun. Tak ada udang di sebalik mee bandung tau. Cerita ni adalah kisah persahabatan di dalam facebook. Sahabat dalam facebook takde la ramai sangat. Kita bersosial dalam talian. Sikap jujur mesti ada. Kalau tiada kejujuran maka jadilah macam-macam perkara yang tak diingini macam penceraian, rogol dalam rela, cinta lama … [Read more...]
Ops Gempur Jajan
Obesiti dalam kalangan murid sekolah dah makin menjadi sekarang. Sapa yang salah? Cikgu jugak ke? Pastinya ada pihak yang akan salahkan cikgu. Huhuhu. Tak caya tengoklah nanti. Semalam aku tinjau-tinjau depan sekolah. Ambik gambar curi-curi takut kena tempeleng dengan peniaga jajan. Masa ambik gambar ni waktu petang. Lepas waktu kokurikulum. Nak ambik gamba waktu budak-budak balik sekolah tak gamak. Ramai sangat tunggu depan pagar. Dapat bukti penjualan makanan ringan (jajan) sangat berleluasa. … [Read more...]
Aiskrim Cap Burung
Aku dapat tangkap gambar kenangan. Betul-betul jadi kenangan dan bahan gelak aku. Orang jual aiskrim. Hah! mestilah ada cerita kan. Semua orang suka beli aiskrim ni. Budak-budak sekolah lagi la. Aku pun suka gak beli. Tapi dulu la. Sekarang lepas tengok satu insiden tu sampai sekarang geli nak beli aiskrim ngan penjaja jalanan. Ada cerita di sebaliknya. Korang pernah kan beli aiskrim yang macam abang jual kat gambar atas tu? Satu waktu dulu.. masa aku tengah kerja dengan kengkawan aku Ucop, Sem … [Read more...]
Basikal Belanda VS Basikal Malaysia
Basikal Belanda VS Basikal Malaysia, originally uploaded by KHAIRUL AMRAN. Alahai bertuahnye basikal kat Malayisa. Bukan dijadikan tunggangan, bahkan dia pulak naik kereta. Berbeza situasi dengan Belanda. Rupa-rupanya Belanda terkenal dengan jumlah pengguna basikal terbanyak. Tengoklah gambar tu. Siap ada parking khas lagi. Patutlah Belanda diiktiraf sebagai bumi hijau. Kat sana ada yang langsung takde kereta. Pegi keja pun naik basikal. Di Malaysia ada juga orang naik basikal. Selain … [Read more...]
Peluang Kerjaya Perguruan di Malaysia
Cikgu, guru, teacher, ustaz, ustazah.. semuanya satu panggilan yang memberi maksud yang sama. Perguruan dah diiktiraf sebagai salah satu profesion yang tertua di dunia. Kini ianya telah memasuki satu dimensi baru. Dulu, cikgu cuma dikenali sebagai penyampai ilmu pengetahuan dalam mata pelajaran dalam bidang tertentu. Tapi sekarang semuanya dah berubah. Cikgu bukan sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan. Tanggung jawab guru diluaskan lagi sebagai pemudah cara pengetahuan dan harus mempunyai … [Read more...]
Selamat Ke TASKA Sekarang Ni?
Jika dahulu, wanita tempatnya di rumah menguruskan keluarga tetapi peningkatan taraf hidup masa kini menjadikan kebanyakan ibu terpaksa keluar bekerja dan sekali gus membuatkan anak-anak terpaksa tinggal di rumah pengasuh atau taman Asuhan Kanak-kanak (Taska). Tahukah anda, lebih daripada 2000 buah taska atau pusat jagaan kanak-kanak tidak berdaftar? Mahukah anda mengambil risiko? Ada juga ibu bapa yang ‘cuba’ hantar anak ke Taska tanpa betul-betul memastikan criteria penting sesuatu … [Read more...]
Tamat Sudah Satu Ujian
Alhamdulillah, semalam 22 April 2011 tamatlah sudah satu ujian besar dalam pengajianku. Maknanya pengajian 6 tahun hampir selesai dengan tamatnya ujian besar ni. Sedih juga meninggalkan sekolah. Terima kasih kepada seluruh warga SMKTM terutamanya kepada Cikgu Yati yang banyak beri tunjuk ajar. Daripada seorang yang tak reti bercakap kepada orang yang buleh la bercakap sikit-sikit. Daripada seorang pemalu kepada orang yang lebih konfiden. Terima kasih Cikgu. Sebak juga bila mengadap sorang-sorang … [Read more...]
- « Previous Page
- 1
- …
- 82
- 83
- 84
- 85
- 86
- …
- 97
- Next Page »