Minggu depan peperiksaan UPSR bermula. Inilah peperiksaan awam besar pertama anak-anak hadapi. Debaran bukan saja bagi mereka yang menghadapi peperiksaan malahan ibu bapa turut sama berdebar. Lagi-lagi kalau anak sulung yang ambik periksa. Tips ini bolehla dikatakan petua juga. Aku dapat tips ni masa nak ambik UPSR tahun 1992 dari seorang atuk di kampung. Alhamdulillah, bukan saja UPSR tapi sampai sekarang kalau nak ambik apa-apa exam aku guna petua ni. Tidur awal. Bangun awal /solat dan … [Read more...]
Penyumbang Statistik Kemalangan dan Selamat Hari Raya
Penyumbang Statistik Kemalangan dan Selamat Hari Raya, originally uploaded by KHAIRUL AMRAN. Antara kegemaran orang KL ialah bertukar lorong last minute. Dan sebab itulah juga kadar kemalangan di bandar-bandar besar terutamanya KL sangat tinggi. Gambar menunjukkan seorang pengguna warga kota yang suka-suka menukar lorong. Lagi dahsyat, dia tukar jalan terus. Tak sekolah agaknya dia. Line merah dan palang penghadang tu pun dia langgar. Orang lain pun sangkut dalam jem juga. Tapi boleh je … [Read more...]
Dua Cara Hajat Cepat Ditunaikan
Aku punya hajat yang menggunung tinggi. Nak di gapai, tangan tak sampai. Mengharapkan galah menjolok hajat sesuatu yang mustahil. Semua orang ada hajat. Tak kira besar kecil pasti ada hajat. Pelajar berhajat agar keputusan examnya cemerlang, ibu bapa menghajatkan anaknya menjadi orang berguna, pemimpin berhajat menambah kekuasaannya. Semua orang juga mengharap hajatnya tertunai. Pernahkah kita terfikir siapakah yang memperkenankan hajat kita? Adakah semua hajat kita itu tertunai atas usaha kita … [Read more...]
Berhenti Berharap
Pasrah dengan keadaan keewangan syarikat yang tenat. Sudah akhir bulan August, khabar bonus belum kunjung tiba. Aku cuma mampu menelan air liur melihat rakan-rakan di sektor awam menerima bonus. Ada juga dari syarikat lain menerima bonus sehingga 3 bulan. Rezeki masing-masing. Belum terbayar bonus tahun lepas, sudah dapat arahan untuk isi borang appresal tahun depan. Apa bezanya bersusah payah mengisi borang itu kalau saban tahun macam ni jadinya. Seperti menanti buah tak gugur. Bekerja dengan … [Read more...]
Semakin Jauh Dengan Masjid
Semakin hampir Ramadhan meninggalkan kita, semakin sayu hati ini. Syawal yang akan menjelang pun tak mampu membuatkan hati ini gembira. 20 malam terdahulu masjid umpama rumah kedua. Dari Zuhur sampailah ke Subuh ada saja insan yang mengimarahkannya. Malam-malam awal Ramadhan nampak seperti masjid perlu ditambah ruang solatnya. Penuh melimpah sampai ada yang solat di atas jalan. Dalam hati terdetik, alangkah indahnya suasana seperti ini jika ianya berterusan. 10 malam terakhir masjid semakin sunyi … [Read more...]
Shopping Raya
Aku gagahi juga untuk merempuh kesesakkan Masjid India. Tempat yang diketahui ramai memang sesak itu aku tuju juga untuk membeli barang keperluan masa raya nanti. Shopping sakan walaupun raya ni kena kerja. Takpe, semangat punya pasal aku layan je la. Naik LRT lagi selesa untuk ke Masjid India. Bebas dari kesesakkan ibukota. Bebas juga dari naik darah melayan jem. Tak payah pening-pening nak cari tempat parking kereta. Walaupun hari Ahad, waktu-waktu macam ni parking susah juga nak cari. … [Read more...]
Kerja
Sudah berhari-hari semangat kerja aku tak seperti hari ini. Longlai.. Mungkin cuaca tak menentu di KL membuatkan aku hilang tenaga. Sekejap panas membahang, sekejap hujan lebat. Tambahan pulak malam tadi aku kena standby. Bila kerja petang dan bersambung ke malam, seluruh tenaga seperti dicurahkan untuk kompeni. Sedar tak sedar dah hari terakhir bekerja. Bukan nak berhenti, tapi esok dan lusa adalah cuti mingguan. Walaupun kerja empat hari dan cuti dua hari terasa juga penatnya. Padahal bukanlah … [Read more...]
Kenapa Dah Berpuasa Tapi Tak Kurus Juga
Alhamdulillah hari ini masuk fasa terakhir berpuasa. Menanti debaran lailatulkadar yang entah bila akan tiba. Semua umat Islam yang beriman pastinya akan menantikan malam yang lebih baik dari malam seribu bulan itu. Sepanjang berpuasa apakah yang kita rasakan? Adakah perubahan pada tubuh badan kita? Makin kuruskah, makin gemukkah. atau makin lemah longlai? Semua perubahan pada diri akan berlaku bila kita mula berubah cara hidup. Ada yang pelik kenapa dah berpuasa 20 hari tapi masih tak turun … [Read more...]
Tanya Anak Apa Cikgu Ajar di Sekolah
Sebagi ibu bapa, kita wajib bertanya kepada anak-anak apa yang cikgu ajar di sekolah. Bertanya sekadar nak ambik tau. Jangan menyerahkan sepenuhnya tugas mengajar kepada guru di sekolah. Kes yang berlaku baru-baru ini benar-benar menampar ibu bapa. Anaknya diajar lagu-lagu Kristianisasi dan ditarbiah untuk menjadi seorang Kristian. Itu pun ibu-bapanya tahu selepas gurunya membuat laporan ke Jabatan Agama dan gurunya beritahu sendiri. Bila dah jadi macam tu, mulalah gelabah. Pak-pak menteri pun … [Read more...]
Selesaikan Urusan Allah, Allah Akan Selesaikan Urusan Kita
Dalam kesibukkan bulan puasa, diam tak diam dah hari ke 19 kita berpuasa. Semoga amalan kita bertambah baik dari sehari ke sehari. Aku berharap supaya semua urusan kita dengan Allah dapat diselesaikan sesempurna mungkin. Penyempurnaan segala urusan Allah sangat mempengaruhi seluruh kehidupan kita. Urusan Allah adalah solat, puasa dan zakat. Percayalah, jika kita selesaikan segala urusan Allah, segala urusan kita akan selesai. Pernah tengok anak-anak yang susah nak dididik dan dibentuk? Pernahkah … [Read more...]
- « Previous Page
- 1
- …
- 73
- 74
- 75
- 76
- 77
- …
- 97
- Next Page »