Aku terkejut dengan laporan yang dikeluarkan oleh tynt berkenaan keyword digunakan untuk tiba di blog ini. Blog ini bukanlah blog teknologi komputer. Tapi ini cumalah secebis bingkisan dari hati. Pelik juga macam mana orang yang mencari cara nak curi wifi sampai ke blog ni. Belek punya belek, rupanya ada satu artikel aku berkenaan rakan facebook yang menjual produk wifi booster. Wifi booster ni disertakan sekali perisian mendekod password wifi. Bukan aku sokong, tapi aku persoalkan kewajarannya … [Read more...]
Yuran Percuma Jangan Jadikan Alasan Untuk Tidak Berkualiti
Bajet oh bajet. Perkara yang aku tunggu-tunggu bajet semalam ialah peruntukan untuk sektor pendidikan. Wahaa! Banyak tuu.. Paling menarik ialah pengecualian yuran untuk sekolah rendah dan menengah. Tahun depan mak bapak dah tak payah fikir pasal yuran sekolah. Anak-anak boleh masuk sekolah kerajaan secara percuma! Betulkah percuma? Ye! Memang percuma macam yang PM kita cakap semalam. "tak ada kos terselindung?" Entahlah, aku pun tak pasti lagi. Sejarah tahun-tahun terdahulu boleh menceritakan … [Read more...]
Panggilan Percuma Guna Viber di iPad 2.
Kan best kalau ramai member-member guna viber. Apa itu viber? Viber ialah satu perisian untuk telefon mudah alih iPhone dan Android. Ia membolehkan panggilan dan teks pesanan ringkas dibuat dengan percuma. Syaratnya mestilah ada sambungan internet samada 3G atau wifi. Aku tercari-cari jawapan pada persoalan yang bersarang di benak. Adakah viber boleh digunakan di iPad 2? Jawapannya adalah boleh. Macam mana nak buat? Install macam biasa ke iPad anda. Untuk pengaktifan, gunakan nombor telefon … [Read more...]
Suksess Dalam Perjuangan PMR 2011
Tiada kata lain yang sesuai diucapkan melainkan didoakan agar murid-murid yang sedang menghadapi PMR hari ini dapat menjawab dengan tenang. Segala usaha selama tiga tahun digunakan dengan sebaiknya untuk meraih kejayaan. Awal tahun dulu masa kamu main-main dalam bengkel cikgu marah-marah bukannya sebab tak sayang kamu. Sebabnya cikgu taknak tengok kamu dimain-mainkan oleh soalan PMR hari ini. Dalam kelas cikgu ketuk tangan kamu sebab main baling-baling kertas bukan sebab cikgu benci kamu, tapi … [Read more...]
Sudah Bubarkah Parlimen Malaysia?
Sudah bubarkah parlimen Malaysia? Aku tertanya-tanya pada diri sendiri. Cari di gooogle pun tiada satu berita yang menceritakan pembubaran parlimen Malaysia. Tapi aku sangat pelik. Kempen politik semakin terasa. Diperingkat nasional, negeri malahan di peringkat setempat semua cerita politik. Seolah-olah pilihanraya minggu depan. TV dan radio semua kempen politik. Nak cari berita kejayaan negara cukup susah. Semua kakitangan awam sebok berkempen. Menteri-menteri sebok berkempen di sekolah, … [Read more...]
Kewajipan Haji Cuma Sekali
Menunaikan ibadah, Di Tanah Suci Mekah.... Penerbangan pertama dah berlepas. Ramai bakal mak Hajjah dan Pak Haji akan mengerjakan Rukun Islam kelima itu. Sedarkah kita bahawa kewajipan menunaikan fardu haji itu cumalah sekali seumur hidup? Kalau dah pernah buat ibadah tu maknanya kita dah tak wajib lagi. Sekali je... faham tak makna sekali? Sekali tu maknanya bukan dua, bukan tiga malahan bukan berkali-kali. Wahai orang yang banyak duit aka kaya dunia. Berhati perutlah sikit... Berilah peluang … [Read more...]
Google Murah Hati Bagi Sitelink
Sedar tak sedar dah setahun lebih kemunculan cikguhairul.com di alam maya. Banyak yang aku belajar dari aktiviti berblogging. Dari menaikkan rangking, menurunkan alexa, site link dan macam-macam lagi la. Masih jauh lagi perjalanan ini. Teknik SEO yang aku pelajari dari buku Zamri Nayan banyak membantu. Hasilnya, banyak artikel aku telah diindex oleh pakcik google dan berada di muka depan carian walaupun tak ada pada kedudukan no 1. Aku bersyukur sangat. Aku cuma masih terkilan dengan alexa, … [Read more...]
Apalah Guna Kawan Yang Ramai
Alhamdulillah Rakan Facebook telah mencecah angka 1111. No cantik, tapi aktiviti kurang cantik. Nak ikutkan kuantiti, 1111 tu memang ramai. Tapi adakah semuanya berkualiti. Kualiti yang aku maksudkan ialah interaksi dan sejauh mana kita kenal akan rakan-rakan facebook kita. Aku percaya, dalam ramai-ramai kawan ni mesti ada yang langsung tak perasan aku. Samala juga aku. Dalam 1111 orang tu, cuma beberapa orang je yang perasan kewujudannya. Itu pun mereka yang selalu update status. Kalau yang … [Read more...]
Free Imaging Application
Dalam carian aku di google untuk keyword free imaging application, terdapat sebanyak 902 aplikasi percuma untuk kita gunakan. Ini satu perkembangan yang baik dan menguntungkan pengguna. Tiada alasan nak guna aplikasi cetak rompak. Walaupun aplikasi ini agak sukar digunakan, tetapi kesabaran kita dalam mempelajari kaedah pengeditan gambar menggunakan perisian percuma ini sangat berbaloi. Disamping tak dapat dosa merompak, kita akan dapat pahala belajar. ------->Percayalah Kat atas tu aku … [Read more...]
Permohonan KPLI-SR jQAF Ambilan Januari 2012 Dibuka
Setelah sekian lama menunggu, akhirnya pembekuan pengambilan jawatan guru dilepaskan. Terbaru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui laman sesawangnya telah mengumumkan penawaran kursus KPLI-SR jQAF bagi ambilan Januari 2012. Permohonan boleh dibuat sejak 26 September yang lalu. Macam biasa, sebelum permohonan dibuat sila buat pembelian no pin di mana-mana kaunter BSN seluruh negara, SMS banking dan Internet Banking. Permohonan KPLI kali ini hanya boleh dilakukan secara dalam talian … [Read more...]
- « Previous Page
- 1
- …
- 71
- 72
- 73
- 74
- 75
- …
- 97
- Next Page »