Semua menarik nafas lega. Keputusan PMR dah dapat. Murid-murid dah lega. Debaran sejak semalam juga dah berakhir. Mereka yang berjaya pastinya senyum lebar. Tidur pun sambil senyum. Mereka yang gagal jangan putus asa. Perjalanan masih jauh. Cikgu juga dah boleh menarik nafas lega. Tenang dalam percutian yang berbaki beberapa hari je lagi. Ingat tau minggu depan semua dah stat pegi sekolah. Jangan nak ngelat atau buat-buat lupa. Baik murid, baik cikgu semuanya ku ucapkan tahniah, tahniah dan … [Read more...]
Cuma Sebuah Egois..
Apa yang mampu aku Komen dengan penolakan SBPA oleh CUPEC ianya cuma sebuah egois. Ego yang tinggi sebuah persatuan yang dikatakan membela pekerja sektor awam. Cuba tengok semula 5 asas penolakan yang dibuat. Kebanyakkannya adalah berdasarkan kepada sebuah ego. Kenapa tidak meletakkan diri di tempat majikan? Cuba jadi seorang majikan yang bertanggungjawab. Adakah seorang majikan bertanggungjawab akan menindas pekerjanya? Sudah pasti tidak! Apa yang cuba dibuat perubahan jelas menampakkan … [Read more...]
Jangan Mudah Tergadai
Musim pilihan raya dah nak dekat. Tengoklah sana sini, jalanraya yang masih elok diturap. Para pemimpin datang majlis perkahwinan rakyat jelata. Orang tua dan sakit dilawati pemimpin tertinggi. Rakyat dari pemimpin sampailah ke budak sekolah dapat durian runtuh. Tak ketinggalan juga program-program yang dikatakan untuk rakyat banyak dianjurkan. Media-media sibuk memperlekehkan orang itu dan orang ini. Habis cerita dalam spenda pun keluar. Baik kawan baik lawan, hantam menghantam macam dah tak … [Read more...]
Sukarnya Mencari Busana Patuh Syariah
Macam-macam fesyen pakaian direka hari ini. Dari kepala sampai ke kaki sudah ada pereka terkenalnya. Masing-masing cuba menonjolkan kelainan. Pereka muslim pulak cuba mengetengahkan rekaan yang kononnya menepati syariah. Tidak kurang juga dengan artis-artis yang memperkenalkan tudung jenamanya sendiri. Juga mengaku tudungnya bercirikan islam. Dari sudut mana yang dikatakan islam tu entahlah. Aku tengok pelik semacam je. Tak nak la kata jenama apa. Tengok sendiri dengan mata dan kepala. Akal yang … [Read more...]
Ya Allah Selamatkanlah Isteriku
Hari ni dah masuk hari ke 8 isteriku demam. Hari Jumaat hari keenam demam baru ke klinik untuk dapatkan rawatan. Mengejutkan sebab suspect denggi. Tanpa berlengah terus ke HUKM. Sampai saat ini masih dirawat di HUKM. Sudah 13 botol air masuk badan, suhu tetap tinggi sekitar 39-40 darjah. Aku tak tau nak buat apa lagi dah ni. Bacaan platlet juga jatuh sampai 99. Doktor kata masih belum boleh keluar. Entah bila agaknya dinda boleh keluar. Moga cepat sembuh ye sayang. Awas dengan DENGGI! Itu nasihat … [Read more...]
Payung Emas Oh Payung Emas
Bila disebut payung emas masing-masing mula gelisah. Terutamanya para isteri pencinta suami. Iyelah.. Kalau emas di tangan atau di leher tak payah tunggu suami buka mulut, kebanyakkan isteri mula merengek minta dibelikan. Bab payung emas, bukan rengekan keluar tapi ngauman kedengaran. Untuk para suami, usah bercita tinggi menghadiahkan payung emas buat isteri jika sebentuk cincin gangsa pun tak mampu diberi. Sang isteri jangan pulak asik menolak bila suami nak hadiahkan payung emas. Menolak tak … [Read more...]
Wordless Wednesday: Kenapa Tak Turut Serta?
Wordless Wednesday adalah hari di mana ramai blogger menampalkan sekeping gambar tanpa ulasan. Siapakah pelopornya aku kurang pasti. Terpulanglah kepada blogger semua samada nak buat entry wordless wednesday atau tak. Tak ada sapa nak marah dan tak ada sesiapa pun yang menghalang. Pada pendapat aku, blogger yang menyertai budaya ni macam hari rehat jugak la. Berehat dari memikirkan karangan berjela. Sekeping gambar menceritakan 1000 cerita. Terpulang kepada pembaca nak menafsirkannya mengikut … [Read more...]
Geng Infinity Downline Semakin Mengganas
Hari tu diam kejap isu tag-tag oleh geng infinity downline. Sekarang semakin menjadi-jadi pulak aku tengok. Hari-hari ada je yang tag gambar duit berkepuk-kepuk.Mungkinkah ini angkara budak sekolah? Ini kerana sejak cuti sekolah ni baru aku perasan kegiatan tu aktif semula. Infiniti Downline ni ialah program yang kononnya buat duit dengan login facebook. Semudah itu? Tentunya kena mencari mangsa-mangsa bodoh dan sanggup dipergunakan. Tektiknya adalah tag gambar duit, kadang-kadang kereta dan … [Read more...]
Perginya Seorang Atuk
Pagi 22 November 2011, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari adik di kampung. Masa tu aku tengah bersiap untuk bekursus. Panggilan pagi tu benar-benar buat aku terkejut. Berita pemergian atuk selama-lamanya. Capai telefon dan terus beritahu bos. Alhamdulillah aku diberi pelepasan 3 hari. Sementara itu isteriku menyambar beberapa pakaian dan peralatan untuk dibawa pulang. Selesai bersiap aku rempuh kesibukkan KL menuju ke kampung di Batu Pahat. Dalam perjalanan mulut tak henti-henti … [Read more...]
Mak… Janganlah Marah Adik
Mak.. Adik sayang mak. Semalam adik dapat keputusan UPSR. Adik takut sangat nak beritahu mak keputusan Adik. Nak balik rumah pun Adik takut. Adik tak pandai. Tak macam Along dengan Angah yang dapat 5A. Tapi kan mak.. Inilah kemampuan adik. Mak pun tengok kan, macam mana Adik ulangkaji kat rumah? Apa yang mak suruh Adik tak pernah bantah. TV, mainan, jalan-jalan semua Adik tinggalkan. Sampaikan kawan-kawan Adik semua lari. Adik tak terasa hati pun. Dari awal tahun sampai hari peperiksaan pun Adik … [Read more...]
- « Previous Page
- 1
- …
- 67
- 68
- 69
- 70
- 71
- …
- 97
- Next Page »