Teknologi dah canggih. Orang jauh pun terasa dekat. Itupun kalau pandai memanafaatkan teknologi yang ada. Aku cukup sedih dan kesian dengan orang yang ada telefon, tapi tak reti manafaatkannya dengan baik. Telefon tak berjawab, sms juga tiada balasan. Apa pun tak boleh. Matikah? Hidupkah? Sehatkah? Atau telah meninggalkan teknologi tekefon dan menggunakan teknologi telipati? Aku cuba juga menghantar isyarat telipati, tapi tak juga sampai. Mungkin isyarat tersangkut atau sesat kat mana-mana. … [Read more...]
Macam Artis Juga
Pasar-pasar sekitar ibu negara tak sunyi dari dibanjiri orang seperti ini. Banyak pendedahan dah dibuat oleh akhbar-akhbar. Ada yang kata kegiatan itu didalangi sendiket. Apa yang pasti, kegiatan macam ni meruntun jiwa nurani insan yang melihatnya. Kalau tak dihulur seringgit dua macam tak sah. Mungkin sebab tu la ia semakin subur. Alangkah susahnya nak mencari sesuap nasi. Mungkin pagi mereka tak semewah kita. Bersyukurlah sebab kita selalu je dapat makan. Itulah yang selalu orang tua … [Read more...]
Suka-Suka Tukar Nama
Aku menghabiskan sisa-sisa cuti Tahun Baru China dengan menjenguk sanak saudara di kampung. Aku balik Pahang waktu malam, takut jem. Dengar cerita musim-musim raya ni Lebuhraya Karak akan jadi tempat parking. Aku jarang sangkut dalam jem ni sebab jarang balik waktu raya. Biasanya balik masa raya atau lepas raya. Kelajuan maksimum yang aku mampu tekan. Nak lebih-lebih lagi, tadek duit nak bayo saman. Dah la jalanraya tu maksimum speed cuma 80kmj. Memang penat bawak slow ni. Pagi esoknya, seawal … [Read more...]
Masih Dikenang
Majlis ini adalah rentetan dari peristiwa konvokesyen UTM September lepas. Perkara lepas biarkan lepas. Taknak dikenang lagi. Majlis Makan Malam kali ni cuma nak menganugerahkan apa yang sepatutnya dianugerahkan pada Majlis Konvokesyen lepas. Gembira sangat jumpa kawan-kawan yang sama-sama diraikan. Apa yang cukup mengujakan ialah ia dibuat di bangunan baru UTM Space sebelah Ampang Park tu. kira majlis ni jadi perasmi secara tak rasmi la. Makanan biasa-biasa je. Masing-masing control macho masa … [Read more...]
Bahagia Hingga Ke Akhir Usia
Semua orang mengharapkan kebahagiaan. Perkahwinan yang di bina diharap akan berkekalan hinggalah ke hujung usia. Mampukah kita mengekalkan kebahagiaan itu? Dengan banyaknya kes-kes penceraian sekarang ni, dapat dilihat semakin parah institusi kekeluargaan. Antara punca penceraian ialah masalah keewangan. Semasa majlis perkahwinan, nak buat grand mengalahkan anak raja. Bila masuk tahun kedua mulalah buat hal. Mintak dijauhkan. Aku tersentuh melihat pasangan warga tua ni. Berjalan berpimpin tangan … [Read more...]
Wordless Wednesday #5 : Syukurlah
Kenapa Limau?
Hai, selamat menyambut Tahun Baru Cina. Terutamanya buat Fong Wai Kit dan Ah Fatt. Hehehe. Macam la dua orang je sahabat aku yang berbangsa Cina. Ramai lagi, yang ni je mampu diingat. Ramai yang dah meninggalkan Kota untuk pulang ke kampung halaman. Tersentuh hati tengok iklan petronas. Kena balik jugak jengok mak. Dengar cerita semalam jalan raya teramatlah sesak. Betul ke? Aku tak balik lagi. Mungkin petang ni. Tahun ni tak banyak limau aku dapat. Ada pun cuma limau yang kecik. Tapi kan, tahun … [Read more...]
Sedih Tak Boleh BerPicnik
Aku sedikit sedih apabila dapat tahu aku dah tak boleh berpicnik. Maknanya tiadalah kegembiraan. No heppi-heppi dalam mengedit gambar. Apa pulak kaitan picnik dengan edit gambar. Hahaha.. Yup, Picnik.Com dah nak tamatkan perkhidmatannya. Edit gambar tanpa photoshop semakin sukar. Kenangan bersama picnik tak dapat ku lupakan. Aku tak pasti kenapa dia nak menamatkan perkidmatannya. Melalui email yang aku dapat, dia akan membuat projek yang lagi awesome. Kita nantikanla apa yang awesome sangat … [Read more...]
Usaha vs Nasib
Situasi 1 : "Aku dah study sungguh-sungguh, tapi keputusan exam aku cuma cukup-cukup makan je" Situasi 2 : "Walaupun aku tak study, tengoklah keputusan aku memang terbaik la." Pernah tak dengar dialog macam tu? Antara kedua-dua situasi tersebut mana agaknya yang lebih baik? Usaha dan gagal atau tak usaha tapi berjaya? Dari segi motivasinya, situasi 1 tu lebih baik. Tetapi adakah kita masih mengharapkan kepada nasib? Sebelum tu cuba lihat difinisi usaha dan nasib. Usaha ialah satu perbuatan bagi … [Read more...]
Ejen Insurans Kena Hati-Hati
Malang tak berbau. Kadang-kadang kita cukup berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara, tapi takdir Allah itu tak dapat kita elakkan. Sedang aku membelek Utusan Online, terbaca kisah "Ejen Insurans Melecur Disimbah Asid". Terpanggil menulis sesuatu mengenai ejen insurans. Ini bukan cerita Privecyku Dinoda, tapi lain ceritanya. Dengan tahap kebengangan yang tinggi dengan Ejen Insurans Mengaku Tuhan, aku simpati juga dengan mangsa yang kena simbah asid tu. Mukanya melecur dan dia tak tahu apa … [Read more...]
- « Previous Page
- 1
- …
- 65
- 66
- 67
- 68
- 69
- …
- 97
- Next Page »