Semalam balik kampung di Pahang jenguk mak. Sampai je kampung terus cari ikan fresh. Hajat di hati nak makan ikan talapia bakar. Kebetulan ikan talapia dah habis. Cuma ikan patin je yang tinggal. Ambik seekor... Walau tak pernah cuba masak ikan patin, tapi mak kan ada, isteri saya kata la. :) Sampai rumah terus bersiang. Cuci bersih-bersih. Bau hanyir ikan sungai melekat di tangan. Mak kata kalau nak cover bau hanyir tu, masaklah gulai tempoyak. Resepi mudah ni memang cukup mudah. Orang yang tak … [Read more...]
Obor, Lilin dan Matahari
Macam-macam perumpamaan yang dirujuk kepada seorang pendidik. Ada yang kata guru macam lilin, guru macam obor dan ada yang kata guru macam matahari. Apa pun perumpamaannya, semua membawa maksud menerangi. Mereka menerangi seluruh alam dengan ilmu dan hikmah yang mereka tebarkan. Samada si penerima suka atau tak suka, guru tetap dengan tugasnya. Tak pernah sekali berundur mahupun kecewa di tengah jalan. Perumpamaan ini berkembang selaras dengan perkembangan pemikiran masyarakat. Ruang lingkup … [Read more...]
Sampah
Dari kecik sampai besar kita dah didedahkan dengan sampah. Secara otomatik otak kita mentafsirkan sampah itu kotor. Rasa jijik dan geli. Kadang-kadang sampah di dapur pun tak gamak nak angkat. Itu sampah yang kita buat sendiri. Bukan sampah yang orang buat. Kalaulah sampah yang orang buat, diberikan pada kita mau kena maki sedas dua. Cuba bayangkan ada lori sampah menumpahkan air licik di halaman rumah kita. Mesti buat kita marah kan? Atau ada orang letak sampah dalam rumah kita, dah tentu kita … [Read more...]
Saya menang Giveaway Buku PTS pilihan saya
Salam.. Alhamdulillah. Ingat lagi tak? Minggu lepas saya ada menyertai satu giveaway buku pts pilihan saya anjuran lelaki kacak ini. Keputusan dah pun diumumkan. Lapan orang bertuah dipilih untuk mendapat buku idaman. Jom tengok sapa insan bertuah ni. Tak sangka pulak saya terpilih. Bayangkan, saya dapat tau giveaway tu sejam sebelum ditutup. Dalam keadaan kelam kabut mencari idea tu, Alhamdulillah idea datang tanpa henti. Bila diumumkan keputusannya.. Walla.. Ini adalah kemenangan sulung saya … [Read more...]
Bola Berapi
Hebat! itu saja yang mampu diucap bila melihat suasana padang futsal awam AU1 Taman Keramat Permai. Gelanggang futsal awam itu selalu digunakan oleh remaja sekitar di hujung minggu dan waktu petang. Tengok luar je dah tahu, memang gelanggang ini digunakan secara maksimum. Bila ilmu tinggi diaplikasikan dalam permainan ni, kesannya sangat dahsyat. Tendangan-tendangan maut juga kadang kala boleh memudaratkan persekitaran. Tak hairanlah setiap tendangan bola akan menghasilkan impak maksima. Kalau … [Read more...]
Sunset Pantai Teluk Kemang
Salam.. Saya mencuba ambik gambar matahari terbenam. Mungkin tak sehebat Azman Ishak. Tak juga sehebat Tarmizi Shukri. Baru nak mencuba menggunakan DSLR yang dipinjam. Dah ada di PD waktu senja, tembak, tembak dan tembak je la. Jadik tak jadik belakang kira. Proses nak belajar ni. Kalau salah tolong tunjukkan. Dah puas menikmati senja nan indah, saya bertolak pulak ke Port Dickson. Menikmati pemandangan malam. Masa ni ada Pesta Air. Majlis perasmian masa ni. Cahaya memancar-mancar menerangi … [Read more...]
Pantai Teluk Kemang Pulih
Salam.. Salah satu tempat kunjungan hujung minggu bagi mencari damai di luar kota ialah Pantai Teluk Kemang. Terletak di daerah Port Dicksaon lebih kurang satu jam setengah perjalanan dari Kuala Lumpur naik kereta berkelajuan 110KMj. Saya pernah sampai ke sini beberapa kali. Kali terakhir Pantai Teluk Kemang sedang dalam mod baikpulih. Sekarang wajahnya benar-benar berubah. Bertambah kemas, cantik dan bersih. Saya bertolak seawal pagi. Kalau lambat takut tak ada tempat nak lepak pulak. Hari cuti … [Read more...]
Apabila Maksiat Semakin Biasa
Semasa memandu ke tempat kerja tadi saya mendengar Radio Ikim. Perbincangan agak berat. Ia berkisar tentang maksiat yang dilihat semakin biasa. Laluan ke tempat kerja macam biasa sesak. Tersengguk-sengguk, bersimpang siur, berserabut. Sama seperti apa yang ada dalam kotak fikiran saya. Kesah dalam berita hari ni, seorang remaja perempuan sanggup membunuh anak luar nikahnya dengan merendam bayinya sampai lemas benar-benar buat hati saya tersentuh. Apa taknya, kekejaman demi kekejaman disajikan … [Read more...]
Giveaway Buku PTS Pilihan Saya
Isnin lepas saya ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Dah banyak buku dibeli. Tapi masih rasa belum puas. Masa tengah blogwalking tadi tiba-tiba ada satu giveaway nak bagi buku percuma. Apa lagi terusla cari idea. Antara buku yang menjadi pilihan di PTS ialah buku Didik Anak Gaya Rasulullah. Macam-macam masalah sekarang ni berpunca dari remaja. Mungkin juga cara didikan yang kurang sesuai atau tidak mengikut cara Rasulullah. Kalaulah dapat buku ni, bolehla saya jadikan rujukan mendidik … [Read more...]
Aplikasi Blog Cikgu Hairul Untuk iPhone Dan Android Dilepaskan
Alhamdulillah saya telah menyiapkan sebuah aplikasi untuk pengguna iPhone dan Android. Kebelakangan ini ramai pembaca Blog ini datang dari pengguna iPhone dan Android. Tak boleh disangkal lagi kepentingan mempunyai aplikasi sendiri. Sebelum terciptanya aplikasi ini masalah yang saya jumpa ialah kesukaran untuk membaca blog ini di dalam skrin yang kecik. Bertitik tolak dari itu, ia memberi kesedaran kepada saya untuk menyiapkan aplikasi ini. Saya menjemput pengguna-pengguna iPhone dan Android … [Read more...]
- « Previous Page
- 1
- …
- 59
- 60
- 61
- 62
- 63
- …
- 97
- Next Page »