Runtuhan ini adalah akibat hujan yang berpanjangan minggu lepas. Kawasan rumah saya ni hampir setiap hari hujan. Longkang yang kecil tak dapat menampung kedatangan air yang banyak. Sebelum ini ada juga kejadian runtuhan di sebelah runtuhan ni. Pihak MPAJ telahpun membaikpulih longkang yang runtuh. Tak sampai enam bulan, kejadian berlaku lagi. Kalau dibiarkan, pasti runtuhan lebih besar akan berlaku. Bertambah bahaya lagi apabila runtuhan itu dekat benar dengan rumah pangsa ni. Silap haribulan … [Read more...]
Dulu dan kini
Dulu dan kini, a photo by KHAIRUL AMRAN on Flickr. Dulu saya suka share sarapan apa yang saya makan, kini saya sedar, mungkin ramai lagi sahabat-sahabat saya tak sarapan lagi kerana tak ada duit. Dulu saya suka share tempat-tempat percutian yang saya lawati. Kini saya sedar, mungkin ada sahabat-sahabat yang kurang mampu bercuti macam saya. Dulu saya suka cerita kegembiraan bila saya dinaikkan pangkat. Kini baru saya sedar, mungkin ada sahabat terasa hati sebab tak dinaikkan pangkat bersama-sama … [Read more...]
Bahaya ubat diabetes dan darah tinggi kepada pesakit
Penyakit paling ditakuti abad ini ialah penyakit tiga serangkai. Darah tinggi, diabetes dan sakit jantung. Semua penyakit tu datang dari Allah asbab cara hidup kita. Seringkali di usia muda, kita tidak terlalu mengambil berat tentang kesihatan. Bila umur mencecah 30-an pelbagai penyakit mula menjenguk. Saya bukan nak jual insurans. Ayat mukadimah macam orang nak jual insurans je kan.. hehehe. Dah banyak kali terdengar ceramah percuma dari ejen insurans guna ayat macam tu. Tapi jangan risau. Saya … [Read more...]
Adakah Ini Yang Dikatakan Program Diet Sehat?
Seminggu dua ni saya aktifkan diri dengan aktiviti yang agak extreem. Apa yang saya lakukan ialah jogging dan berbasikal setiap hari. Malahan untuk ke tempat kerja juga saya berjalan kaki. Di samping itu saya juga mengawal pemakanan dengan agak ketat. Cuma makan mengikut keperluan tenaga sahaja. Selama hampir dua minggu saya tak makan nasi. Cuma makan roti, susu, ikan dan sayur-sayuran. Akhirnya tak cukup dua minggu, badan mula rasa lain macam. Otot mula sakit-sakit. Tekak perit akhirnya … [Read more...]
Syukur lagi
Maka yang mana satu nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Lihat anak-anak kita, masih lagi berbasikal atau berhimpit lagikah seperti ini untuk ke sekolah? Saya percaya, sebilangan besar ibu-bapa menghantar anak mereka dengan berkereta besar. Paling kurang pun naik van sekolah. Jarang lihat ibu-bapa menghantar anak ke sekolah menaiki motor apa lagi berbasikal. Bayangkan bertapa gigihnya mereka. Barangkali itulah pengangkutan yang mereka ada. Motor itulah untuk menghantar anak, … [Read more...]
Perhatian kepada mereka yang ingin melakukan ibadah korban
Sabda Nabi yang bermaksud : Apabila masuk sepuluh terawal bulan Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunakan ibadah korban, maka janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya. Hadis Riwayat Muslim. Kata Imam Nawawi : Para ulama berbeza pendapat tentang hukum hadis ini, Imam Ahmad dan sebahagian ulama Syafie mengatakan haram perbuatan menghilangkan bulu tadi, tetapi imam Syafie dan ulamak-ulamaknya yang lain mengatakan ia adalah makruh yang sangat besar sehingga hampir kepada … [Read more...]
Dah diberi amaran, masih juga degil, kan dah kena
Minggu ni heboh orang kata pasal serbuan sebuah syarikat pelaburan emas. Maka ramailah yang melenting. Ramai juga yang gigit jari. Selama ni tak sedar yang pelaburan di syarikat tu ada yang tak kena. Senang cerita tak patuh syariah. Bila para cendikiawan bagitau status sesuatu pelaburan macam-macam orang mengata. Saya ada dengar ulasan seorang ustaz di radio ikim semalam. Rupanya Bank Negara dah lama nak serbu syarikat tu. Tapi oleh kerana ramai sangat orang Islam masuk, ditangguhkannya dulu … [Read more...]
Bantuan
Assalamualaikum. Saya cuba sampaikan apa yang saya dapat dalam tazkirah mingguan pagi tadi. Ringkas tajuknya tapi panjang huraiannya. Antara intipati yang dapat saya kongsikan ialah tajuk menghulur bantuan. Dari Salim r.a. dari bapaknya katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim. Dia tidak boleh menganiaya saudaranya dan tidak boleh pula membiarkan saudaranya (teraniaya). Siapa yang membantu (mencukupkan) keperluan saudaranya maka Allah Taala membantunya … [Read more...]
Perokok tak boleh masuk Universiti
Ada dua maksud dengan tajuk yang saya tulis. Pertama memang semua dah maklum, ada undang-undang yang melarang merokok dalam kawasan universiti. Semua tahu universiti adalah kawasan larangan merokok. Keduanya belum ada pewartaan. Apa kata kalau kementerian pengajian tinggi meletakkan syarat permohonan hanya diterima dari kalangan mereka yang tidak merokok? Saya melihat ada keperluan dalam melaksanakan undang-undang sebegini. Ini kerana masalah merokok sudah tidak dapat dibendung lagi. Ramai … [Read more...]
iPhone 5 Kemampuan VS Kemahuan
Masa berjalan dengan agak pantas. Saya menanti kehadiran gadjet idaman sejak dua tahun yang lalu. Dari iPhone generasi pertama sampailah iPhone generasi terbaru iPhone 5, saya masih sabar menanti. Kekangan kewangan membuatkan segala keinginan dipendam didalam hati. Dalam kalangan rakan-rakan yang gilakan gadjet, macam-macam mereka bercerita. Blog kawan-kawan yang bernichekan gadjet, macam-macam mereka sajikan. A berkata " tengok, ni iphone terbaru, aku baru dapat dari Singapore, kat Malaysia … [Read more...]
- « Previous Page
- 1
- …
- 50
- 51
- 52
- 53
- 54
- …
- 97
- Next Page »