Percutian boleh meningkatkan prestasi kerja. Mitos je tu.. Hakikatnya terlebih cuti juga boleh mematikan mood berblog. Walaupun perkara yang nak disampaikan cukup banyak, tapi semacam ada sesuatu yang menghalang untuk menulis. Sebenarnya malas je. Tambahan pulak device untuk mengupdate blog tak cukup canggih.. Lagilah mati semangat. Alasan semata! Ia cumalah satu alasan untuk mendapatkan iPhone 5 yang sedang hangat di pasaran. Balik-balik dari bercuti, tiba-tiba handset Nokia E5 mengalami … [Read more...]
Contoh Soalan Temuduga SPP
Temuduga SPP memang betul-betul menguji kesabaran. Macam-macam ujian diberi sebelum bergelar pendidik. Sabar aja lah. Saya dapat kumpulkan beberapa contoh soalan temuduga spp yang dialami oleh beberapa orang rakan yang dah menghadapi Temuduga SPP tempoh hari. Tanya nama, latarbelakang. Soalan-soalan dasar pendidikan kebangsaan. Law of teaching. Berapa kali majlis raja-raja bersidang? Siapa Yang Dipertuan Agong ke tiga? Apa berita di tv semalam? Berapa peruntukan budget 2013 untuk … [Read more...]
Jaga budaya sampai sanggup berperang
Mual dengan kerenah mereka. Dari dulu, kini dan selamanya masih tak senang dengan kita. Mengaku serumpun, sebangsa, seagama tapi tidak mampu hidup aman bahagia. Sentimen budaya menjadi hangat. Gegarannya turut terasa di alam maya. Godaman tak berkesudahan, hentaman blogger berpanjangan sepertinya luak dua pertiga negaranya diambil kita. Lain ceritanya di luar sana. Jerit pekik sudah biasa. Kata kita macam-macam sehingga tak mampu diterima telinga. Yang kita pun satu juga! Berkira-kira itu kita … [Read more...]
Kuih Popular Masa Musim Durian
Sekarang ni musim durian sedang berada di kemuncaknya. Sana-sini orang jual durian. Di atas lebuhraya pun akan terserempak dengan lori bawak durian. Mewahnya kita dengan durian. Durian bukan sahaja sedap dimakan macam tu je. Tapi kalau dibuat kuih lagi la sedap. Waktu-waktu ni la orang kreatif mempelbagaikan makanan berasaskan durian. Orang kata musim durian dah tak menentu. Ada juga betulnya sebab hampir sepanjang tahun saya boleh dapatkan durian. Kalau dulu, waktu kemuncak musim durian harganya … [Read more...]
Prasarana Treasure Hunt 2012
Sabtu dan Ahad lepas, saya berpeluang menyertai Prasarana Treasure Hunt ke Lost World Of Tambun. Peluang macam ni tak mampu saya lepaskan. Kalah dan menang adat pertandingan. Paling penting ialah keseronokkan bersama kawan-kawan. Ahli kumpulan sedang menunggu untuk taklimat dan pelepasan. Waktu ni hati berdebar-debar menunggu apa soalan dan tugasan yang perlu dibuat sepanjang Treasure Hunt. Sesi taklimat bermula. Peserta diingatkan supaya berhati-hati semasa memandu. Ini bukan pertandingan … [Read more...]
Kerja Lepas SPM
Semalam secara rasminya SPM dah berakhir. Lepasan SPM nak buat apa? Ada yang terus nak bekerja. Tak tunggu tahun depan, lepas habis periksa semalam, terus keluar dengan kawan-kawan untuk cari kerja. Macam saya dulu, lepas je habis SPM terus kerja kilang. Kat KL mana nak cari kilang kan? Kecualilah duduk dekat-dekat dengan kawasan perindustrian. Kerja lepas SPM : Boleh ke? Ketahuilah hakikat sekarang zaman susah nak cari kerja. Orang yang betul-betul ada komitmen dan nampak kematangannya je akan … [Read more...]
Rugi tak pegi MAHA 2012
Entah bila nak habis entri jalan-jalan ni. Maklumlah cuti sekolah, mana boleh sesiakan peluang keemasan untuk berjalan. Semalam saya sempat berkunjung ke MAHA 2012 di Serdang. Expo pertanian terbesar di Asia Tenggara ini berlangsung dari 23 November sampai 2 Desember 2012. Sepagi di MAHA terasa tak cukup masa. Terlalu banyak teknologi terkini dalam bidang pertanian yang dipamerkan. Kalaulah ada cukup masa, banyak ilmu yang boleh kita cedok. Mekanisasi Pertanian Teknologi dalam pertanian kian … [Read more...]
Isi Perut Di Padang Kota Lama
Keluar dari bendang, kami ke pulau.. Pulau Pinang sebuah pulau yang terdapat di dalamnya makanan special. Isteri saya sejak cuti sekolah bermula, tak henti-henti membebel nak makan Pasemboq Padang Kota. Alang-alang dah sampai utara, saya pun sampaikanlah hajat yang tersayang. Dari bendang tok wan, kami lalu jambatan Pulau Pinang untuk menuju ke Padang Kota Lama. Sebelum ni saya pernah sampai sekali. Tapi masa tu tempat makannya sangat kotor. Tak tergamak nak makan. Seingat saya, dua tiga bulan … [Read more...]
Sawah padi menghijau, sumber ketenangan selepas temuduga.
Selepas temuduga minggu lepas, hati dan otak jadi tidak tenang. Pengalaman saya minggu lepas temuduga di Institut Latihan Kecemerlangan Mara sangat menguji kemampuan mental dan fizikal. Letih.. inilah temuduga paling lama saya hadiri. Temuduga dari pukul 7 pagi sampai 5 petang. Perjalanan ke ILKM pun sangat mencabar. Peta, Google Maps dan GPS langsung tak membantu untuk sampai ke tempat temuduga. Nasib baik abang ipar saya tinggal dekat-dekat dengan ILKM. Saya percaya, ramai lagi yang nak mencari … [Read more...]
Mestilah takut
Berapa ramai anak murid cikgu yang ambik UPSR tahun ni? Saya tanya seorang cikgu. Ada la lebih kurang 500 orang. Uih ramai tu.. saya agak terkejut dengan jawapan dia. Cikgu tak takut ke? Errr.. itu soalan cepu cemas. Mana mungkin tidak takut. Segala penat lelah setahun dinilai hari ini. Baik keputusan sekolah, baiklah reputasi cikgu. Begitulah sebaliknya. Tadah telinga, kentalkan jiwa. Ketaq lutut cikgu sewaktu keputusan peperiksaan diumumkan memang fenomena biasa. Kadang-kadang cikgu pulak yang … [Read more...]
- « Previous Page
- 1
- …
- 47
- 48
- 49
- 50
- 51
- …
- 97
- Next Page »