Bismillahhirrahmanirrahim 1. iPhone ialah sebuah telefon yang mengawal ketat semua app yang digunakan di atasnya. Semua app mestilah dibeli/muat turun hanya dari App Store. Ini bertujuan memastikan setiap penjualan dan pembelian app menguntungkan Apple. 2. Semua pembelian app dari App Store mestilah menggunakan matawang dollar Amerika. Sekalipun kita membuat pembelian dari Malaysia App Store, peraturannya tetap sama; mesti menggunakan dollar Amerika. Tujuannya ada dua. Pertama ialah untuk … [Read more...]
Tips Temuduga: Bagaimana Impress Penemuduga?
Bismillahhirrahmanirrahim. Kelmarin saya temui sahabat saya di Universiti Malaya. Ketika duduk di ruang menunggu di cancelory sempat saya berbual dengan 5 orang freshy yang datang temuduga di situ. Mereka masing-masing berkelulusan Master. Seorang dari mereka menyuarakan kegusarannya untuk berjaya dalam temuduga tu — Apa perlu buat untuk impress penemuduga tu nanti. Kemudian masing-masing membuka cerita tentang bidang pengajian masing-masing. Wah, bukan calang-calang. Saya ni apa ada? Aduhai... … [Read more...]
TimeStamp – Saya Kelihatan Rumit
Bismillahhirrahmanirrahim. Aktiviti harian saya menulis di komputer memang agak rumit. Rumit sebab saya cerewet. Saya sentiasa mahu meletakkan nota "masa" bila suatu catatan ditulis. Saya suka ada timestamp. Dalam Windows, mudah sangat, cuma buka Notepad dan tekan kekunci F5 untuk dapatkan timestamp. Copy dan paste saja ke dokumen yang sedang ditulis atau kemaskini. Dalam Mac? Ada dua cara. Cara pertama: 1. Tekan kekunci Shift+Cmd+3 untuk printscreen keseluruhan skrin. Akan ada satu fail imej … [Read more...]
Ingkar
Ingkar perintah raja masih ditahap biasa-biasa je. Biasa la, manusia sesama manusia, kengkadang ada yang tak sependapat. Ingkar dengan pemimpin lagilah biasa. Mereka bukan pencipta bukan juga pendeta. Banyak juga arahan bersifat peribadi. Jadi bila ada akar umbi ingkar, memang biasa. Tapi kalau ingkar dengan perintah Allah, itu dah bukan biasa-biasa. Itu sesuatu yang sangat luar biasa. Kengkadang kita rasa lebih biasa, lebih selesa mengingkari perintah Allah, tapi cukup takut mengingkari perintah … [Read more...]
Algoritma Baru Facebook Mengubah Cara Kita Berblogging
Sejak Isnin lepas, facebook telah menggunakan algoritma baru yang dinamakan click-bait. Algoritma ini akan mengurangkan kadar view sumber dari luar terutamanya link-link yang bukan dari facebook ke dalam newsfeed kita. Kalau sebelum ini, facebook telah mengurangkan kadar view gambar-gambar yang kita upload, sekarang giliran link pula akan mengalami nasib sama. Menurut sumber facebook, tindakan ini bagi mengekang aktiviti memancing like dan mendapatkan like untuk konten-konten luar. Kalaulah kita … [Read more...]
Doa Sebelum Menulis
Baca doa sebelum menulis sesuatu entry. Pesan mentor saya dalam penulisan. Idea, kudrat dan ilmu semua datang dari Allah. Sebab tu ada masa kita banyak idea tapi tak mampu nak menulis. Diantara kelebihan berdoa ialah mendapat pahala. Menulis juga dengan harapan mendapat pahala. Kan cantik tu. Sambil menulis sambil kumpul pahala. Bukan untuk orang lain, kita buat untuk kita juga. Ya Allah Kau permudahkanlah penulisanku. Permudahkan juga pembaca memahami penulisanku. Pinjamkanlah ilmuMu untuk … [Read more...]
Usah Terlalu Berharap Dengan Sekeping Ijazah
Mak suruh masuk Universiti, cikgu juga mendesak, kawan-kawan terlalu mempengaruhi. Kengkadang serabut kepala membuat pilihan. Masing-masing memomokkan kita dengan mitos "tak ada ijazah tak boleh hidup". Mungkin juga kita sudah terperangkap dengan kelulusan akademik untuk menentukan hidup. Belajar tinggi-tinggi itu bagus, ada PHD juga bagus. Memang hidup ini memerlukan kita belajar sepanjang hayat. Ijazah adalah satu nilai tambah untuk diri kita. Terlalu ramai orang di luar sana yang belajar … [Read more...]
Opera Mini
Bismillahhirrahmanirrahim. Opera Mini ialah pelayar web yang tak ada dalam telefon sebagai pakej asas (khasnya iPhone). Perlu dimasukkan jika berminat. Elok masukkan. Kenapa? 1. Opera Mini ada mod Turbo yang akan mampatkan fail imej dan mengurangkan kualiti imej web ketika laman web dimuatkan di paparan Opera. Dengan cara ni Internet yang “so wet” bukanlah masalah besar. Laman web dapat dimuat papar dengan lebih cepat. Penggunaan kuota data juga dapat dijimatkan. 2. Opera Mini ada Discover. … [Read more...]
Sekaki Payung Petronas Limited Edition Untuk Dikutip Lagi
Kalau tak mampu jangan buat promosi. Itu antara luahan hati pengguna minyak petronas yang sudah berjaya memenuhkan cop di coupon tapi tak dapat menukarkannya dengan sekaki payung. Benar seperti didengar. Rata-rata kedai petronas sudah kehabisan stok payung. Dan ramai juga pekerja petronas sudah kena maki cukup-cukup. Mangsa keadaan, mangsa keghairahan. Biasalah, kalau ada promosi memang jualan mencanak. Kalau sebelum ni tunggu kering minyak baru isi, time promosi susut separuh pun dah isi. … [Read more...]
Tak Payah Guna Dron, Campak Aplikasi Waze Pun Suduh Cukup Buat Yahudi Mengintip Kita
Saya terkejut bila dengar sagmen bersama K-Azli di Bernama Radio 24 semalam. Antara perkara yang membuat saya terkejut dan baru tersedar ialah penggunaan aplikasi waze. Ramai yang dah guna. Termasuklah saya. Rupa-rupanya aplikasi waze ni dibangunkan oleh orang-orang Israel. 100% orang Israel dan sekutu mereka. Kalau entry yang Amar buat minggu lepas berkenaan dengan aplikasi Telegram yang melondehkan maklumat diri kita, kali ni saya bawakan satu lagi aplikasi untuk menjejak kita. Musuh-musuh kita … [Read more...]
- « Previous Page
- 1
- …
- 19
- 20
- 21
- 22
- 23
- …
- 97
- Next Page »