Aku seorang paranoid ke? Entah la, nak menilai diri sendiri bukannya senang. Kena cermin diri sendiri. Bila tengok cermin dalam-dalam nampak juga sikap tu. Emmmm... memang betul kot aku seorang paranoid. Rentetan dari beberapa entry kategori teknologi yang tercatat dalam blog ni, boleh la dikatakan aku seorang paranoid. Mana tidaknya, semua teknologi baru mesti nak dikaitkan dengan Yahudi, Dajjal, Akhir zaman dan jenayah yang entah apa-apa lagi. Setiap kali produk iPhone keluar, ada je yang tak … [Read more...]
Shopping Sayur-Sayuran Segar
Jom shopping sayur-sayuran segar dan buah-buahan segar kat Cameron Highlands. Ingatkan pukul 7pagi dah buka, rupanya tak bukak lagi. Terpaksa la tunggu sampai pukul 8 pagi. Baju sejuk baru beli. Gila ko, dah la semalam hujan. Pagi ni nak shopping pun tak senang. Mengeletar satu badan. Last-last terjebak juga beli baju sejuk ni. Okeh, bersedia nak turun. Beku kepala otak dok lama-lama tempat sejuk ni. … [Read more...]
Pengalaman Pertama Solat Gerhana
Assalamualaikum, alhamdulillah bangun pagi ni masih lagi mampu bernafas dan menghirup udara kurniaan Allah. Jari jemari masih mampu digerakkan. Kalau dihitung nikmat Allah sejak dari bukak mata sampai sekarang, maka tak mampulah kita nak menghitungnya. Malam tadi satu kejadian alam telah berlaku. Gerhana bulan penuh yang sangat menginsafkan. Ada yang tahu, ada yang tak tahu dan mungkin juga ada yang tak ambik tahu. Masjid-masjid di seluruh negara mendapat arahan khas untuk solat gerhana. Seumur … [Read more...]
Google Street View Yang Ramai Tak Terfikir Kesannya
Ia satu lagi produk dari google. Lepas google maps, google erath dan sekarang google street view pulak diperkenalkan. Semuanya berkenaan dengan pendedahan seluruh pelosok permukaan bumi. Bukan setakat atas mukabumi, bawah air pun ada. Sesiapa yang bersikap positif, banyaklah manafaatnya. Nak kemana-mana guna google maps sebagai gps. Nak tengok tempat orang yang jauh guna google street view. Habis semua celah bedah kita dapat tengok. Mudah kan nak melancong tanpa keluar modal? Takkanla free macam … [Read more...]
Mencari Ikan Patin Masak Tempoyak Sampai Temerloh
Maaf entry ini bukan dari seorang pakar pemakanan. Apa yang tertulis bukan untuk panduan. Cuma sekadar satu perkongsian pengalaman. Mungkin selama ni sesiapa pun tak terfikir nak buat kerja gila macam ni. Memang kerja gila. Dari KL ke Temerloh semata-mata makan tengahari. Macam kat KL dah tak ada kedai makan je kan. Tapi takpe la. Kesesakkan di KL sebenarnya membuatkan manusia yang duduk di dalamnya tertekan. Time hujung minggu je, kalau boleh nak keluar dari kekalutan tersebut. Nah inilah … [Read more...]
Mungkin Inilah Sebab Sebenar Ibu Bapa Marah Sangat Soalan UPSR Bocor
Isu soalan UPSR bocor masih tak reda. Salah menyalah dari pihak parent berlaku bukan sahaja di media sosial, akhbar, malahan sampai ke pejabat sekolah. Yang mencari soalan bocor tu biasanya mak bapak juga. Nak bantu anak dapat 5A la katakan. Jarang anak-anak seawal usia macam tu mencari soalan bocor sendirian lalu menyebarkan di facebook dan whatsapp. Kalau ada pun sikit sangat yang terlalu advance macam tu. Nampaknya ibu bapa yang kelihatan sangat teruja dengan soalan bocor. Bayangkanlah, ada … [Read more...]
Ahli Sunnah Waljamaah
Ahli Sunnah WaljamaahBismillahhirrahmanirrahim. Saya selalu dihukum masuk neraka oleh MANUSIA. Mungkin kerana bahasa saya agak sulit untuk dicerna. Namun untuk menyatakan sesuatu saya perlu berbicara. Berpecah kepada 73 firqah, yang sampai hanya satu. Siapa? Ahli Sunnah Waljamaah. Siapa pula Ahli Sunnah Waljamaah? Di Malaysia kita masing-masing claim kitalah Ahli Sunnah Waljamaah. Jom kita semak. 1. Dari golongan marhaen yang cuma tahu mengucap dan baca basmallah sahaja hinggalah orang tertinggi … [Read more...]
Siasat Dalang Kebocoran Soalan UPSR Sains 2014
Cuai, tak amanah! Itu ungkapan paling lunak untuk si pembocor kertas soalan UPSR Subjek Sains 2014. Kot ye pun nak bagi anak didik cemerlang, tak rasa malu ke buat cara macam tu? Tak tau ke kesannya besar kepada sistem pendidikan di Malaysia terutama yang terlibat secara langsung dengan pembikinan soalan. Sudah pasti media dan masyarakat akan membahan cikgu sampai ke tanah. Satu demi satu isu cikgu dimainkan media. Isu yang keluar pulak menyebabkan masyarat turut sama mencerca profesion … [Read more...]
Melebur Duit
Labur dan Lebur dibezakan oleh satu huruf je. Bunyinya pun seakan-akan sama. Namun, kesan akhirnya sangat berbeza.Semakin canggih teknologi, semakin tenat ekonomi maka manusia semakin gigih memanipulasi kedua-dua perkataan ini. Si pelabur gigih akan kaya, manakala si pelebur akan papa. Beza keduanya, seorang sanggup berpayah, yang sorang nak cepat kaya. Kengkadang program tak masuk akal mudah je orang nak ikut berbanding program yang masuk akal. Ada yang sanggup keluarkan duit simpanan di … [Read more...]
UPSR Datang Lagi
UPSR datang lagi. Enam tahun dulu, terasa macam baru semalam berlaku. Cepat kan masa berlalu? Enam tahun lepas, mak ayah ambik cuti semata-mata melihat anak masuk sekolah. Hari ini mak ayah ambik cuti juga, tapi dengan tujuan menunggu anak menjawab soalan UPSR. UPSR dilihat satu peperiksaan besar pertama dalam pusingan hidup seorang rakyat Malaysia. Banyak duit dibelanjakan bagi menghadapinya terutama waktu anak masuk darjah enam. Semua ilmu dan kemahiran selama enam tahun diuji hari ini. Emak … [Read more...]
- « Previous Page
- 1
- …
- 18
- 19
- 20
- 21
- 22
- …
- 97
- Next Page »