Sudah setahun saya menggunakan whatsapp untuk berkomunikasi dengan sahabat-sahabat. Selain daripada ia percuma, ia sebuah multiphone message chat. Tidak seperti BBM dan iMessage yang cuma boleh digunakan pada peranti Blackbery dan Apple je.
13 February 2013 genap setahun penggunaan saya. Saya baru perasan pagi tadi ada satu popup message semasa membuka Whatsapp. Message itu meminta saya membayar USD 0.99 setahun untuk menggunakan whatsapp. Bila saya semak status account, rupanya saya menggunakan versi trial.
Cuma yang menjadi kemuskilan saya ialah betul ke whatsapp ni berbayar? Untuk makluman, saya menggunakan handset Nokia. Saya pernah juga bertanya kepada sahabat yang menggunakan iPhone dan Android, mereka kata percuma.
Sahabat-sahabat blogger yang menggunakan whatsapp, bantulah saya meleraikan kemuskilan ini. Harap-harap ada yang dapat membantu.
yer kne bayor doh pahni…
Nasib baik tak mahal. Bayo je la..
Hmmm.. tak tahu pula versi Nokia kena bayar.
Bro guna android rasanya kena bayar juga. cuba tengok kat status. Rasa-rasanya berbayar juga macam nokia.
mcm mana nak tahu nak tahu….????
aku baru ju tahu apa benda whatsapp ni
ingat nak juga cuba
kalau kena bayar, kira tak jadi la
hehe
Cikgu guna la.. Menjimatkan kos.
Android aku tahu ada trial, tetapi untuk ios, tak jumpa lak, aritu aku nak download memang terus bayar 0.99, tapi murah je tu berbanding dengan kegunaan dia.
Kalau iOs memang apps tu berbayar. Jadi whatsapp kat iOs memang boleh guna terus tanpa bayar yuran tahunan.
oh. aku guna whatsapp kat android. memang dia sebut license setahun.tapi masa da nak abis tetibe je whatsapp berbesar hati continue kan account ak utk beberapa bulan. ak guna je la..