Entri ni ditujukan khas buat warga pendidik…satu kisah yang diceritakan oleh isteri. Macam biasa la, bila ambil isteri balik keje, sepanjang perjalanan balik ke rumah tu, saya akan dengar celoteh dari dia tentang ragam murid mahupun guru pada hari tu. Ada yang best, ada yang lucu, nak marah, nak membebel ke, kurang puas hati dan 1001 macam rasa lah.
Hari ni kisahnya pasal register atau rekod kedatangan/ maklumat murid. Semua guru sedia maklum,bahawa rekod tersebut mestilah dipulangkan dan disimpan di pejabat selepas ambil kehadiran murid selewat- lewatnya masa ke-3.
Alkisah,nak jadi cerita bilamana rekod disimpan dalam beg tangan berjenama BONIA… bersama-sama telefon bimbit berjenama SAMSUNG.. wahhhhhh… apa kaitannya?hehehe..
Anak murid terberak dalam seluar.. murid ni memang terkenal dengan sifat pendiamnya. Maka, tidaklah dimaklumkan pada guru yang dia dah terberak. Kawan- kawan yang duduk berhampiran ada terhidu, tapi sebab tak berapa ‘power’ lagi kot, so masing- masing buat dek je la. Tapi, lama kelamaan, setelah tempoh pengeraman yang sampai ke tahap suhu matang, maka aroma tadi tak dapat disembunyikan.. apa lagi, elok pulak tu time isteri yang masuk mengajar… Nauzubillah… pergh!!. Sambil berkerut penuh gaya dia bercerita.
Apa lagi,murid tu pun dibawalah ke toilet untuk bantu murid beristinjak dengan betul, malangnya, air pulak tak de. Bergegas la si cikgu ni pergi cari bekalan air di toilet guru. Seusai itu, baju dan seluar murid dah lencun dek pewangi asli, nak tukar dengan pakaian spare yang disediakan di sekolah,tak sama saiz.. ( tak de saiz xxl). Bergegas la pulak cari rekod murid di office untuk hubungi ibubapa minta diambil murid ni. Cari- cari tak jumpa. Masalah dah merebak ni. Isteri dah mula nak naik angin, murid dalam kelas cuma diawasi oleh guru dari kelas sebelah- Bimbang!(Moga selamat dari bahaya). Call guru kelas- tak jawab! Telefon mahal tu rupanya memang diciptakan untuk hiasan je kot.. terpaksa kerahkan beberapa orang pengawas untuk cari guru kelas tadi… hahaha.. sesedap rasa dia lepak kat ‘bilik kebal’ dia. Mentang- mentang ada bilik kebal, duduk la kat situ berjam- jam sambil mengadap komputer. Bila dimaklumkan hal budak ni tadi, baru nak kalut… budak ni pun dah kecut dah.. kesian sungguh. Nak duduk tak selesa dengan baju yang macam tu.. berdiri je la kat tepi tandas. sedih betul..
Moralnya, semua guru terutamanya guru kelas, jangan la ambil mudah dengan buku register ni. Simpan di tempat yang sepatutnya. Walaupun cikgu ada bilik khas sendiri, tapi jangan sampai tak bergaul langsung dengan guru- guru lain. Bertegur sapa lah walaupun cuma ucap salam, hai, bye. Pastikan telefon tu memenuhi krateria sifat telefon- untuk dihubungi. Renung- renungkan.
aduii haiiii macam2 hal kan…
teringat masa sekolah rendah darjah satu dulu, ada kawan sekelas yang terberak dalam seluar lepas tu duduk diam2 kat penjuru…
tu la.. biasanya yang terberak ni orangnya pendiam. malu kunun nak cakap ngan cikgu. dah terkeluar isi perut barulah gelabah. nasib baik benda tu berbau. kalau tak dah tentu sampai rumah disimpannya.
hahaha…mau tempoh eraman dipertingkat ke tahap melebihi tempoh matang…
malu tak bertempat…aduiyai!
selamat sedar ade bom yg terlepas..kalo x smpi blik rasanya mcm tu jer..huhu
hahaha teringat kat member masa sekolah rendah dulu yg berak dalam seluar, sampai sekrg kalau jumpa mesti gelak dulu… tp member selamber jeeee…..
Tak baik gelakkan dia. Member tu pendiam ke? Hehehe. Memang jadi bahan la dah tua2 camni. Nak buat camna.. Tadah telinga je la.
alhai…bila baca cerita ni baru tahu kepentingan buku kedatangan tu kan…kesian gak kat budak tu…mesti dia malu….
Kesian kat budak.. Taping paling marah sangat kat cikgunya. Geram pun ada.
Baunya tentu menyengat sanubari..mantop! Sabo je la.hehehe..
sabooo
Macam-macam cerita di sekolah ye.. 😀
cerita yang mewarnai kehidupan. mesti budak tu takleh lupa sampai mati.
Memang betul2 kebal bilik kebal tu ek, sampai coverage pun takde. 🙂
memang sengaja diciptakan macam tu. bagi yang takut menghadapi cabaran serangan ibubapa. hahaha
alahai..sian kat budak tuh..dia cirit-birit ke? kot tak perasan leh terberak..
takde la cirit birit. cuma malu nak bukak mulut minta kebenaran ke tandas.
Kesian budak tu. Lagi kesian kat cikgu yg tercari2 cikgu kelasnya yg duduk dalam bilik kebal.
p.s-ambe ingat, semua cikgu pandai bersosial offline…rupanya tidak…emmm…
ada sesetengah yang dah takde minat jadi cikgu. tu la jadinya.
aku simpati dengan budak itu. hehe..
eh.. dulu masa ko darjah 1 pun tercirit dalam kelas gak kan.. heheheheh..
Nampak gaya cikgu2 semua kena stanby pakaian peng-alas spare leh dalam kelas. Siap dengan botol air sekali heeee… eh.. buku catatan peribadi murid tak buat ke cikgu? salinan sendiri dalm bentuk diari… ishk3 .
Kisah yang tragis untuk dibayangkan..
Hahaha..bijak cikgu mengarang ayat..senyum sorg sy membacanya..hehe