Teknologi dah canggih. Orang jauh pun terasa dekat. Itupun kalau pandai memanafaatkan teknologi yang ada.
Aku cukup sedih dan kesian dengan orang yang ada telefon, tapi tak reti manafaatkannya dengan baik. Telefon tak berjawab, sms juga tiada balasan. Apa pun tak boleh. Matikah? Hidupkah? Sehatkah? Atau telah meninggalkan teknologi tekefon dan menggunakan teknologi telipati?
Aku cuba juga menghantar isyarat telipati, tapi tak juga sampai. Mungkin isyarat tersangkut atau sesat kat mana-mana. Maklumlah jauh sangat.
Bukan guna telefon rumah. Ini dah zaman telefon bimbit. Telefon yang boleh digantung di leher, masuk kocek, masuk handbag. Sekali dering patut boleh terus jawab. Ni langsung tak jawab ni pe hal?
Aku bukanla kelapaq sangat nak menelefon. Tapi kalau sampai berita penting pun tak mampu disampaikan dengan teknologi telefon bimbit, apakah maknanya?
Bertukar nombor.
Ada orang suka bertukar-tukar nombor. Mentang-mentangla simkad dah murah. Sebulan sekali tukar nombor. Orang yang suka tukar-tukar nombor ni mungkin banyak musuh, banyak hutang atau tak ada kawan. Dah tukar nombor tak bagitau pulak tu. Apa jenis manusia la?
Ada telefon, sila manafaatkannya. Jangan biar anak-anak main game sampai habis bateri, lepastu tak caj semula. Berhari-hari tak aktif sampai terlepas berita kematian ibu sendiri. Sapa yang susah?
Nasihat untuk diri sendiri: sila letak telefon di tempat yang mudah dilihat. Jangan simpan dalam bag james bond. Nyusahkan orang je.
Telefon canggih.. memang dimanfaatkan sepenuhnya.
Cuma bila dapat sms tak boleh balas balik sebab tiada kredit ๐ haha..
Tu yang jadi masalah juga.. Kena sentiasa alert dengan baki kredit.
yang lucu gak.. orang semua nak telefon canggih-canggih, iphone..samsung la..harga sampai beribu..tapi kalo takda kredit..tak guna juga kan… hehehe
Nak jimat tu. Duit dah habis beli handphone canggih. Tiga bulan sekali la baru topup.
hehe…ade yg kate, biar pape, asal bergaye =)
Bergaya tapi nyusahkan orang pun tak guna juga kan?
Kalau berita kematian ibu pun tak tahu … tu kira sungguh tidak bertanggungjawab ….
Tu la akibat dari menyimpan telefon dalam beg jamesbond.
Cerita pasal tukar-tukar nombor ni teringat member Benjy … hampir setiap bulan tukar nombor … mungkin betul kata cikgu, agaknya dia banyak hutang kot kalau tidak pun banyak musuh. Tetapi kalau main kayu tiga lagi nyaya OOOooo …
Kalau tukar nombor tapi bagitau kawan2 takpe juga. Yang jadi masalah bila tak bagitau. Bila ada hal kecemasan kan susah.
Benjy minat dengan smart phone tetapi belum mampu untuk membelinya … sedihnya ๐
Tunggu jerat Benjy mengena, dapat la sambar smartphone satu nanti.
takpe. sms tak leh. call tak berjawab. pakai aje surat. hehe
Sekarang mungkin boleh pakai email. Surat takut posmen sorok pulak.
pakai email, tkut masuk spam pulak…telefon ttp pilihan utama =)
Oleh itu hargailah dan manafaatkanlah telefon.
AI pakai no yang sama sejak tahun 2000. Hp memang sentiasa di sisi sebab keperluan kerja. Dulu pakai prepaid, tp asyik nak kena top up je, last2 tukar ke postpaid.
p/s: memang sgt geram dan marah kalau kita call org tak angkat, pastu msg pun tak balas. Baik tak payah pakai hp. ๐
Bagus tu, HP yang dimanafatkan sepenuhnya.
kalo no x dikenali mmg x jwb la..huhu
Kalau berita sepenting ni tak dapat disampaikan, mmg hati akan rase susah dan kecewa…
Alahai hp, ada tp macam takde…kesian =(
err… pernah juga tak angkat cal dan xbalas sms org. Mesti diaorg “angin” pada saya.Err.. Ya ampun.
Mesti hangin.. Tapi kalau call dan sms mengacau takyah la angkat.