Dah lama nak cerita tentang pemandu teksi di KL. duta kecil adalah gelaran yang biasa diberi kepada pemandu teksi. Oleh kerana pemandu teksi ni berjumpa secara terus dengan pelancong mungkin itu sebabnya mereka layak bergelar duta kecil. Memperkenalkan KL khasnya dan Malaysia amnya kepada pelancong. Khidmatnya kepada masyarakat tak siapa mampu pertikai.
Tapi…..
Disamping itu juga banyak kedengaran di sana sini pemandu teksi menipu pelanggan, tipu meter, mengenakan tambang yang terlalu mahal dan sebagainya. Tak kurang juga yang merungut, pemandu teksi bawak teksi macam sial. Menukar lorong sesuka hati, menghimpit kereta lain tanpa belas kasihan, parking ikut suka mak bapak dia dan paling menakutkan mereka terlibat dengan aktiviti jenayah.
Ngeri juga bila nak naik teksi. Terpaksa tengok dulu penampilan dirinya. Alhamdulillah inisiatif kerajaan telah menyediakan perkhidmatan pemandu teksi wanita. Tapi itu pun belum boleh menjamin mereka tidak ganas di atas jalan raya.
Ragam pemandu teksi yang paling tak dapat diterima ialah bawak kereta bagai orang gila. Suka suki je nak berhenti. Mencelah dan langsung tak hormat pengguna jalanraya lain.
Bila kena maki dari awal pagi sampai dinihari, macam mana nak berkat rezeki yang diperolehi? Bila tiada keberkatan dalam rezeki, mulah menuntut nak naikkan harga tambang teksi. Apa taknya, duit yang diterima rasa sentiasa tak mencukupi.
Abang teksi jangan la terasa hati. Saya cuma meluahkan rasa hati. Tak terniat pun nak dengki. Yang buruk, yang busuk, cubalah baiki. Agar anda tak dimaki.
memang ramai pemandu teksi yang tak berhemah, tak menghormati pengguna lain dan suka charge lebih… kesian kat orang dari luar KL yang selalu jadi mangsa penipuan meter
Harap2 ada lagi pemandu yang baik..
memang ada 1 dalam 100 😀
driver teksi…yg baik pn ada, yg gila duit pn ada…manusia katakan…
Cuma yang agak gila di atas jalan tu ramai. Yelah mereka dah anggap jalan tu dia yg punya.
pemandu kereta biasa pun bawak ikut suka hati gak, cuma bab berhenti suka hati tu ada benarnya.. ahha..
Pemandu hilang sabar dengan sikap yang camni. Tak kira teksi atau org biasa.
Assalam..
Dah lama tak naik teksi.
Dari dulu memang tak suka naik teksi kecuali terdesak.
Lagipun naik teksi ni mahal. Kalau ada alternatif lain, gunalah.
Teringat insiden 6 taun lepas.. Brother teksi pandu laju bagai.
masa aku turun bayar duit tambang, aku cakap kat brother tuh
‘BRO, ESOK MASUK F1 MESTI MENANG’ har3.. bengang betul..
Dia senyap2 simpan azam tu..
hehehe … memang sedap maki orang yang salah kan … hehehe 😀
Tak boleh diamalkan bro. Nanti kalau kita buat salah orang maki jugak. Heheh
Uiksss !! … hehehe betul tu kena beringat diri sendiri… 😀
Perenggan akhir tu rasa macam puisi pulak
Hehe
Aku dah lama benar tak guna teksi ni
Saya tak berapa reti la cikgu nak berpuisi2 ni. Mungkin kebetulan je kot.
mmg pntang kalo nk amik cust x bg signal..bhya woo nek motor..
Kawan saya pernah langgar teksi masa naik moto bila tiba2 je dia tukar lorong. Tapi pelik sebab teksi tu marah balik kawan saya tu. dia anggap dia betul je. Hehehe
jangan bergaduh dengan teksi di jalanraya.. kalau berebut di simpang tu kita beralah tidak mengapa. aku merasakan yang mereka telah terlalu lama berada diatas jalan raya dan ini menyebabkan tumpuan mereka menjadi semakin lemah.. masuk simpang sesuka hati, berhenti sesuka hati.. ini menunjukkan yang mereka sudah terlalu letih.. kerja kuat mungkin nak menyara anak sekolah.. kadang kadang kesian melihat mereka mencari rezeki hingga membahayakan nyawa mereka dan orang lain..
Pernah tengok orang berebut jalan dengan teksi. Lepas tu teksi tu kejar dia tak hengat dunia. Ngeri tengok…
sebenarnyakan saya takut naik teksi…biar naik lrt atau bus lebih selamat di mata saya
naik teksi kalau berdua atau bertiga mungkin rasa selamat sikit Kak. LRT pulak kena hati2 dengan penyeluk saku. Makin ramai sekarang ni.
Ko citer pasal teksi tapi kenapa letak gambar kereta adik?
Hehehe.. keta adik camtu ke? Belum sempat nengok lagi.
so far setakat ni, semua yang aku tumpang, baik belaka..hehe..
Memang masih ramai yang baik. Cuma sebaldi nila tu yang merosakkan susu secawan.
Aku pun dah byk kali kena dgn pmandu teksi ni..hampir2 kena himpit time dia sesuka hati tukar lorong..aku malas cakap byk la..bkn nk kutuk tp sbb tu la diorang ni bwk teksi..tuhan x bg diorg ni bwk bmw atau merc..sbb drive teksi ni cukup2 kurang ajar!
sorry la bro2 teksi ek..mmg korang dr kecik biadap..
Marah sangat nampak bro. Hehehe.