Pertengkaran kecil dengan bos buat hati rasa geram. Walaupun dia bos, saya peduli apa. Takkan nak terima pendapat dia bulat-bulat. Pendapat yang berasaskan teori semata. Langsung tak masuk akal untuk dilaksana.
Selalu juga berlaku macam ni. Orang bawahan dianggap kuli dan hamba. Bos dianggap pemerintah hakiki. Saya terima hakikat apa yang bos pandang tak sama dengan si kuli pandang.
Kan elok kalau jumpa titik persamaan, saling boleh menerima pendapat dan tidak terlalu ego dengan pendapat masing-masing. Pekerja senang, produktiviti pun meningkat. Macam Kak Siti melayan pekerjanya.
Sekarang barulah saya faham kenapa ada segolongan manusia yang tak boleh bekerja dengan orang. Walaupun dia bekerja sendiri, bila berurusan dengan orang, dia akan sentiasa nak menang.
Golongan ini hidupnya sentiasa mahu memerintah. Apa yang keluar dari mulutnya berbentuk arahan. Sampai satu tahap, tiada siapa boleh berurusan dengannya. Bila tiba saat itu, tiada ayat paling sesuai mampu dikata kepadanya.
[warning]Perlukah Sentiasa Setuju Dengan Bos 100%?[/warning]
Saya rasa tak perlu la sentiasa setuju dengan bos 100%. Tapi kalau memang bos betul, 1000% pun saya sanggup setuju.
Pandangan berbeza antara pekerja & bos itu biasa. Cuma jangalah sampai satu kerja pun tak jalan akibat daripadanya.
Kalau kedua belah pihak boleh bertolak ansur itu adalah lebih baik..
Kerja tetap kerja. Kadang-kadang terpaksa juga. Dah dapat keputusan baru bagitau tak boleh buat macam yg bos nak. Lepas tu barulah bagitau solution kita.
gaduh dengan orang atasan tak mengapa… kalau gaduh dengan tuan punya syarikat memang nahas kita huhu 🙂
Bos tak semestinya empunya syarikat kan.. Hehehe. Kalau gaduh ngan empunya syarikat. Baik cabut sebelum kena pecat.
ha baik kita cabut dulu sbluh buang kita tanpa kata sebab payah gak he…
biasa tu, kalau nak terus bekerja, memang kena tahan, kalau tak tahan macam akak ni, kerja sendiri… selagi kerja dengan orang situasi begini tidak akan berhenti takat ni jer…ianya akan terus berlaku
Saya percaya, akak mesti baik ngan pekerja dan pelanggan. Kalau tak, takkan biz maju cam sekarang ni. 🙂
walaupun ade ketidaksefahaman..kdg2 kene amik pendekatan win-win..bos x semestinya betul..pekerja x semestinya salah..
Ramai yg cakap camtu. Tapi hakikatnya bila dah jadi bos, ia akan sentiasa kata dia betul. Lagi2 kalau berhadapan dengan bos yang fresh graduate dan pemegang ijazah dengan teori pelbagai dalam kepala.
bak kata pepatah dah terhantuk baru tergadah..nnt bila ade benda yg x leh nk dihandle die akan refer kat org berpengalamn juga.. 🙂
adat pekerja mmg kdg2 terpaksa mengalah wlpn bos yg salah..
Mengalah bukan bererti kalah kan cik tom.. 🙂
Aku kan boss!!!!
Sikit2 nak blagak ngan status “boss” tu. bab nak mengarah itu ini,mmg pegang kuatla ngn status tu..tang nak betanggungjawab isu2 tertentu,huh….menyorok bawah meja dlm bilik kebal dia..apa da…pastu paksa orang bawahan respect dia.songeh la!
Agak2 la nak merancang sesuatu tu.bincang dulu dgn si pelaksana( kuli ). Ini tak,main redah je…
Pekerja plak banyak sgt lemaknya..bg keje sket,rungutnya mengalahkan siren ambulance. Kurang motivasi dan banyak gossssssssip sana sini…
aku kan bos.. hehehe. mana nak bertolak ansur.
perkara biasa bo, aku alami perkara yang sama dgn bro…hehehe…bersabar dan mengharap Illahi tunjukkan bos dgn hati terbuka itu doa aku huh…:)
depa ingat depa boss depa semua betul
sama-samalah kita bersabar. moga hati dan mata bos terbuka luas menerima kebenaran yg sebenar.
kalau bende yg betul perlu setuju dgn bos kalau x betul perlu diperbetulkan 🙂
dalam proses nak memperbetulkan tu kadang-kadang terpaksa bertengkar macam budak-budak kecik. tapi bila ternyata akan kesalahannya, langsung ta tau malu. hehehe
Biasalah tu. Boss selalu rasa diri dia je yang betul
bos.. mestilah rasa betul selalu. ijazah pun bergulung-gulung. tak macam si macai yg cuma ada spmv je.
Hahaha…apa cerita ni cikgu???tekanan ke??biasa la cikgu..kulimcm tu la..emm pasal sokong bos 100% tu aku tak setuju mana..sebab dia pun manusia sperti kita jugak..tak semua dia perfect..hehe
hahah.. takde la tekanan sangat. selagi ada kudrat dan idea, akan diteruskan tugasan ini.
tu la. masalahnya..bos aje nak betul..
Dah nama pun bos. Mana ada bos mengaku salah.
Susah nak jumpa bos yang berfikiran terbuka.
Mungkin bila generasi Y yang jadi bos, akan lebih bersikap terbuka. Masalah sekarang bos datang dari generasi X.
elok suruh menoreh gotah ajolah…
hehehehe
Mau rosak pokok getah kena kat tangan org yg bukan ahlinya.
Boss saya pun sama sentiasa fikir dia yg betul, mungkin dia owner apa keputusan dia adalah mendatori
kalau owner tu yg agak segan nak melawan.
Entah la. kalu kita jadi bos, kita pun mengharapkan anak buah ikut cakap kita.
Tapi kena ingat. selagi namanya manusia kita semua masih ada yg tak sempurna. Mcm tu juga seorang Bos.
bos mmg nak menang jer..mujur sy dpt bos sini ok..tpi yg tempat baru tak tahu nak jangkakan apa..klu lagi baik dair skrg ok gak..mmg best..tapi klu tak best dari skrg ni sy serah diri jelah klu kena marh nnti heeee
Saya dapat tips dari DMFK, kena selalu doakan bos supaya bos jadi baik.
berkerja tahap tekanan mmg tinggi kena desak kena pula bos kata dia jer betul.kalu betul masuk akal ok lagi..tpi klu dah terang2 salah nak betullkan mmg kita ketap gigi menahan geram..klu sush nak berurusan dg bgtu baik kita bhti jer,,takut2 lagi lama kita keje lagi byk kata kita simpan nanti kelak d hamburkan pada bos panjang ceritanya nnti
Ramai yang memendam rasa bila berlaku situasi macam ni. Tak hairanlah 20% rakyat malaysia ada masalah mental.
Mmg seronok kalo dapat bos yg boleh mendengar pendapat dan idea kita.. barulah rasa dihargai kan.. 😀
1 dalam 1000.
x perlu..boss bukan manusia sempurna..dia tetap ada melakukan kesilapan..sepatutnya..boss dan pekerja kena saling membantu..bukan menghentam dan mengarah je taunya..dgr pendapat org lain..
Kan cantik gitu kalau bos dan pekerja sama-sama buat kerja. Meningkatlah produktiviti.
saya pembangkang…sorang yang suka bangkang…sebab tu boss dah mark muka saya…suka menjawab selagi saya rasa betul dan akan terima untuk pembahruan…