Sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina 2013, Saya ingin mengucapkan GONG XI FA CAI kepada semua rakan yang menyambut ketibaan tahun ular pada kali ini.
Menurut kepercayaan kaum Cina, individu yang lahir pada Tahun Ular iaitu tahun 1917, 1929, 1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001 dan 2013 akan menjadi lebih berjaya dalam bidang pekerjaannya pada tahun 2013 ini.
Dalam bidang akademik, individu akan lebih menonjol daripada yang lain asalkan individu tersebut fokus terhadap apa yang dipelajari. Individu ini akan dapat ramai kenalan baru dan hubungan dengan rakan-rakan akan bertambah rapat.
Baiknya kepercayaan masyarakat Tiong Hwa sempena tahun baru yang datang ini, begitulah juga dengan baiknya harapan kita supaya lebih maju dalam hidup.
Usahlah banyak mengular semasa bekerja. Tunaikan tanggungjawab dengan penuh amanah. Kita juga janganlah suka cakap berbelit-belit dan membuat fitnah sesama kita.
Akhir kata, memandulah dengan berhemah dan berhati-hati ketika pulang ke kampung pada musim perayaan ini.
Selamat Tahun baru cina kepada semua rakyat Malaysia… 🙂
Selamat tahun baru china juga.
Kalau kerja gaji 2000, tapi buat kerja macam gaji 4000, nantu Allah akan balas dalam rezeki bentuk lain. Kalau tak sebaliknya lah.
Saya setuju tu. Kadang-kadang kita terlupa bab tu. Selalu mengeluh kerana banyak kerja sampai termengular..
haha..mengular bila kena masa yang tepat untuk mengular..
Bahaya tu bro. Tertangkap ke lokap jawabnya.
elakkan budaya kerja ular….atau tepatnya mengular
insyallah.. kena ingat mengingati.
leeza tahun ular… haaaaaaa
owh.. patutlah jadi best student..
jangan ular lebih ye…
kehkehkeh.. sikit pun tak boleh juga. bos tak nampak. Allah nampak.
betul2
bukan tahun untuk mengular
dan jangan pula seperti ular sawa kekenyangan
kat mesir, tak perasaan pun pasal CNY ni, sedar2 dah tamat .. hihi.
Aku tahun lembu.. Haha..
aku lhir taun ular rpenye..
ptotla smngt nk mengular berkobar2 taun ni..
ahaha
tahun ular bukan masa mengular … memang tepat sekali.. hehehe
terasa mcm tersengkak kat tekak jerk.. hahaha
Mengular tu biarlah ‘bertempat’…kalau asyik mengular..mmg ularlah jawabnya =)
cuma ayah aku yang lahir pada tahun ular..aku tahun lembu..anak aku tahun naga..hehehe