Pernah tak korang makan sepinggan nasi dan sejemput garam je? Sure, rata-rata daripada kita memang tak pernah. Sesusah mana pun kita, paling kurang pun ada la sayur atau ikan kering. Itu dulu la, sekarang orang kaya je makan ikan kering. Mahal weh!
Cerita makan nasi dengan garam ni memang benar-banar berlaku. Bukan di negara orang lain, tapi kat Malaysia juga. Malahan ia berlaku di kedai mamak di KL. Sungguh tak disangka.
Pada mulanya saya tak percaya. Tapi itulah, jenguk patlima kali juga la nak pastikan ianya benar. Nak ambik gambar tak sampai hati.
Saya perasan ada sekumpulan Bangla berpakaian smart ambik nasi saja dan duduk di satu sudut. Pelik jugak, sebab dia cuma ambik nasi. Lepas tu panggil mamak dan mintak sesuatu. Tak lama kemudian, mamak tu bawak serbuk putih dalam pinggan kecik dan sejag air kosong.
Saya perhatikan lagi. Ada juga diantara mereka yang ambik kuah dal dan dicampurkan dengan nasi. Sebahagian mereka mencampurkan serbuk putih yang saya agak garam tu dalam nasi dan dicurah dengan air kosong. Pasti! mereka makan nasi dan garam berkuahkan air kosong. Dengan penuh berselera mereka menjamah hidangan.
Tiba-tiba hati rasa sayu. Perlakuan mereka betul-betul menyentuh rasa hati. Cepat-cepat muhasabah diri. Mereka sanggup makan macam tu semata-mata nak hidup. Di bumi bertuah ini mereka kumpulkan duit bukan nak melantak semata-mata, mungkin untuk membantu keluarga mereka yang langsung tak jumpa nasi macam mereka. Sedangkan kita kadang-kadang membazir lauk tak hengat dunia.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, baru saya terfkir. Kenapa tidak aku ambilkan seketul dua lauk buat mereka. Ambilkan semangkuk sayur buat mereka. Bayaran setakat RM10 bukan besar sangat kalau untuk menjamu mereka. Ish.. bersalahnya aku. Langsung tak ada sensetiviti. Tapi cepat-cepat perasaan itu dibuang jauh. Oh! mungkin juga mereka vegeterian.. ๐
Assalamu’alaikum cikgu.. ๐
Memang belas memang kesian….terkenang masa zaman Ummi kecik-kecik dulu waktu belum bersekolah….makan nasi bergaul dengan sisa minyak goreng ikan yang dicampur dengan sedikit garam…memang ketika itu zaman kanak-kanak tidak faham tapi makan ja sambil disuap oleh ibu Ummi….rasanya sungguh sedap berlemak masin….lagilah sedap disuap dari tangan ibu sendiri……..
Waalaikumsalam Umi,
Pernah juga Umi mengalami situasi macamni.
Beruntunglah, mesti kesenangan hari ini digunakan dengan sebaiknya kan?
sayangnya, tiap kali kalau ambe makan di kedai, kalau ada 10 meja, lebih separuh ada pembaziran yg byk…
bukan sekali dua ambe tgk, tp byk kali…sedih tgk situasi camni
Alhamdulillah syukur sangat-sangat walaupun seadanya… ๐
tu la… kesian kat depa. kita ni makan pun kadang2 tak habis.. membazir ja
Bila tengok sendiri situasi macam ni harap-harap ia dapat mengubah sikap kita yang selalu membazir.
kat sabah dulu..gua nasi dengan kicap aje. sedap gak apa..
Nasi dengan kicap tu biasa. Sesusah kita pun masih mampu beli icap kan?
tak. aku tak mampu. kicap tu pau roomate sebelah. haha..
yg cari duit mmg betul tpi ada gak tka betul huu.wahualam.sedih saya
Kita fikir positif je. Yang buat tak betul tu mungkin 1 dalam seribu.
Pengalaman mematangkan hati jiwa dan perasaan . Saya pun kena muhasabah diri.
Alhamdulillah. Sama2 koreksi diri.
Terimakasih kerana berkongsi hal ini cikgu
sayu kisah ini… mungkin bro terlupa soal mengambil lauk tu….
dalam dunia ni masih ada orang yang susah sebenarnya….
Mungkin diaorang vegetarian?..haha..setuju..
Mungkin setakat itu saja yang mereka berkehendak dari dunia ni.
Punya la mereka nak jimat untuk hantar wang saku dekat keluarga. Tapi ada jugak bangla yang berlagak siap mengorat anak dara dekat sini.