Susah juga kalau tak paham bahasa asing terutamanya bahasa inggeris kan? Tapi ada juga manusia yang sanggup ke negara orang tanpa sedikit pun mereka faham bahasa negara tersebut. Subhanallah..
Semalam masa naik LRT, saya didatangi oleh seorang pak arab. Gayanya macam nak bertanya sesuatu. Dia datang dekat, menghulur tangan lalu memberi salam. Saya sambut salamnya. Alhamdulillah, gugur dosa dan terjalin persahabatan.
Mulutnya terkumat kamit menuturkan sesuatu. Saya kurang jelas. Lalu dia mengeluarkan sekeping kertas dan menunjukkan senarai universiti. Dia menunjuk-nunjukkan pada sebaris alamat. MMU Cyberjaya! Saya mula faham, barangkali dia nak pergi ke alamat yang ditunjukkan. Sedaya upaya saya cuba membantu.
Sepanjang “berborak”, apa yang dia cuba sampaikan kepada saya dan saya mampu paham cuma “arabic”. Dia cuma tahu berbahasa arab. Itulah yang mungkin dia cuba beritahu saya. Dalam kosa kata bahasa inggeris yang sangat terhad, dia mengaku hanya tahu berbahasa arab! Terdetik dalam hati saya, dia benar-benar memerlukan bantuan.
Pelbagai cara untuk saya sampaikan informasi. Tergelak seketika mengingatkan situasi tersebut. Hampir kesemua anggota badan saya gunakan untuk berkomunikasi dengan dia. Tiadalah daya saya memahamkan apa yang cuba saya sampaikan kecuali Allah. Alhamdulillah, Allah permudahkan dia, saya bawa dia ke mesin untuk beli token dan turun ke stesen Pasar Seni.
Dari sana saya beri arahan untuk dia cari bas. Macam mana nak beri arahan tu sedangkan saya sendiri kurang mahir berbahasa inggeris. Saya cuma cakap “stop at pasar seni, and take a bus to cyberjaya”. Dia mengangguk-angguk. Entah angguk faham atau angguk apa pun saya tak pasti.
Ya Allah, gigihnya dia mencari ilmu sejauh ini. Tanpa memahami bahasa inggeris, apatah lagi Bahasa Melayu. Tetapi dia sanggup bersusah. Itulah cabarannya menuntut ilmu. Mempelajari pelbagai bahasa itu penting. Kalaupun tak hebat, cukuplah faham sikit-sikit. Ia pengajaran yang berguna buat saya.
Kena belajar Bahasa Arab kalau macam ni! 😀
yer… bangga.. bagus ….
kalau berjaya Cikgu sendiri ada bakat jadi tourist guide heee.. apa pun bantuan cikgu tuh mesti pak arab tuh tak lupakan….
semoga dia itu berjaya dalam pelajarannya
Tinggi semangat dia nak tuntut ilmu, walaupun takde basic ilmu bahasa langsung. Semoga dipermudahkan niat baik dia.
memang sukar sekali tu
tahniah dan terima kasih kerana cikgu membantu beliau
pernah lama dahulu aku hantar sorang pelancong korea dari tumpat ke kota bharu
dia tahu berbahasa inggeris sedangkan aku ni ‘merangkak’ je
tapi aku bedal je apa yang boleh
haha memang lucu
kalau bukan kita yang nak tunjukkan budibahasa dan budaya yang baik sebagai org islam, sapa lagi kan?
nak seribu daya kan..besar usahanya kan..
Begitu semangat dan cekal beliau datang untuk menuntut ilmu. Semoga berjaya dalam pelajarannya nanti. Dah jumpa ke tak MMU tu.
Tak tau la dah jumpa ke belum. Rasanya dah jumpa.. Bukan jauh pun MMU tu dari KL kalau naik bas.
wah… pengalaman menarik…
Bahasa badan pun penting rupaya….
Semoga org arab tu dpt pi tempat yang dituju….
Tiada rotan akar pun berguna. Badan pun badan la. Asalkan dia mampu faham.
hoho..kene belajar sket arab maa…bahasa nabi-nabi tu..
Masalahya dah belajar bertahun. Masih tak dapat bercakap jugak. Belajar nak lulus cam ni la.
Most Pak Arab yang datang kaya-raya.
Saya pasti dia adalah salah seorang student atau lecturer MMU Cyberjaya yang tengah buat research tentang budi bahasa orang2 malaysia.
Mungkin juga. saya tak pernah terfikir orang buat kajian sampai macam tu.
kisah yang membuatkan saya bersemangat untuk terus berusaha gigih~ terima kasih bro dengan perkongsian ni~
teringat pula masa hari pertama hubby saya nak pergi kelas kat france ni…dengan tak tahu cakap french, dia cekalkan hati je nak bergerak guna public transport…situasinya sama juga la agaknya dengan pak arab di atas..
Teringat cerita Pendekar Bujang Lapok..”tumfuk-tumfuk tahi unta”..
bahasa menunjukkan bangsa, tapi kena belaajar juga bahasa asing bukan mcm dulu lagi
mungkin len kali kita ditempat orang ..kita juga akan berada dlm situasi ini..apa yg penting kita dh tolong sedaya yg boleh.. 🙂
Hehe..untung kan ada pengalaman mcm ni..tak ada la gementar sgt bila pak arab datang utk mintak bantuan kali kedua..hehe..pernah belajar bahasa arab.5 tahun lagi tu..ting 1 smp ting 5..tapi spm still dapat 7D dalam Bahasa arab..ntah kat mana silapnya..mungkin kurang meminati..adoii bila baca entri ni rasa menyesal gak tak blaja sungguh-sungguh hari tu..emmm
kagum dgn sifatnya tu, perlu dicontohi…
nasib baik cikgu tau direction nak ke mmu cj..kalau x..tak dpt nak membantu gak..eheh
Mujur dia tanya kat org yg tau.
Gigih juga mas bro dalam membantu sesama. Salut ni sama mas bro
Insya Allah mas bro akan selalu dimudahkan pula oleh Allah SWT dalam melangkah kemanapun
Membantu sekadar yang mampu.
Menuntut ilmu kalau dirasakan sangat sukar, maka Allah permudahkan jalannya menuju ke syurga dengan menambahkan padanya pahala yang teramat banyak berbanding dengan orang lain yg menuntut ilmu dengan cara mudah. Jadi, kita tidak perlulah mengeluh kerana sekiranya kita susah hendak belajar sesuatu ilmu kerana Allah Maha Adil terhadap hamba-hamba-Nya. Wallahua’lam.