Assalammualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua jururawat terutamanya kepada adik ku Siti Hasnah dan Junaidah. Tak lupa buat jiran ku Pn Asfah dan suaminya En Hassan yang juga seorang Jururawat. Jasamu tetap dikenang.
Buat seorang jururawat yang pernah merawat luka ku, Selamat Hari Jururawat. Racun yang kau beri sangat bermakna dalam hidup ku. Aku hampir mati menelan racun itu. Dan kau sentiasa bergembira melihat aku begini.
Buat jururawat yang menjumpai aku terkapar tertelan racun jururawat durjana tu.. Selamat hari jururawat Sayang… Pengorbanan mu takkan ku lupa.
Buat jururawat di Klinik Kita.. Selamat hari jururawat juga. Mereka banyak merawat aku ketika aku sakit. Bagi MC dan bagi ubat walaupun tak aku makan. Hehehe.
Bekerjalah dengan penuh tanggungjawab. Jangan memaki pesakit terutamanya jururawat kat hospital kerajaan. Senyuman mu sungguh menawan. Kalau tak bawak ubat pun takpe. Asal masuk wad dengan senyuman menawan, Insyallah pesakit akan baik.
Tiada kek untuk mu wahai jururawat. Kerana hari ku juga tanpa kek. Cukuplah ucapan untuk mu wahai jururawat ku semua.
wah..orang rumah jururawat jugak ker cikgu? 🙂
Orang rumah seorang cikgu.. dia jadi jururawat sambilan hehehe..
Happy Jururawat!
Saya bukan Jururawat!