Aku sedikit sedih apabila dapat tahu aku dah tak boleh berpicnik. Maknanya tiadalah kegembiraan. No heppi-heppi dalam mengedit gambar.
Apa pulak kaitan picnik dengan edit gambar. Hahaha.. Yup, Picnik.Com dah nak tamatkan perkhidmatannya. Edit gambar tanpa photoshop semakin sukar. Kenangan bersama picnik tak dapat ku lupakan.
Aku tak pasti kenapa dia nak menamatkan perkidmatannya. Melalui email yang aku dapat, dia akan membuat projek yang lagi awesome. Kita nantikanla apa yang awesome sangat tu.
Officiallinya, picnik akan ditutup mulai 19 April 2012. Jadi mulai sekarang, semua perkhidmatan berbayarnya boleh dieksess secara percuma. Sapa tak pernah guna picnik untuk edit gambar silalah mencuba. Mesti lepas tu akan rasa sedih sebab dah tak dapat gunakannya lagi.
Adakah ini semua angkara SOPA? Tiada sapa yang tahu.
Sepanjang pengalaman aku dengan Picnik, aku sangat puas hati. Hilangmu tiada pengganti. Tapi aku percaya, patah tumbuh hilang berganti. So lepas ni nak edit gambar online guna tools apa ye? Any suggestion?
Picnik tutup kedai sebab Google dah beli syarikat tu..
Kenapa la google nak monopoli semua ni? Ish.. sedihnye.
Google memang nak monopoli dunia internet…
Agak-agak ada ke orang berani saman google pasal monopoli nih? Heheh. Kalau menang untung berjuta woo..
Boleh cuba Fotoflexer @ FotoFuze (online). Kalau utk software plak sy syorkan GIMP @ Photoscape. Personally sy guna GIMP.
Thanks for the info. Tapi tak sehebat picnik..
tak apa. mana tahu..ada masa lagi nanti..
jarang guna pknik..slalu guna photoscape je
kan tengah cuti tahun baru cina ni, takkan tak sempat gakk..
Yup, photoscape pun sedap jugak, tapi lepas edit kat situ zida mesti upload kat picnik jugak sebab nak touch up sket2.
Sedih jugak T____________T
Nak wat camna kan.. Kena la explore kot2 ada yang boleh menandingi picnik.
owh…ingat tak boleh nak berkelah di tepi pantai..rupanya tak boleh guna software picnik. Saya tak pernah guna pun software ni…tak rajin sangat nak mengedit gambar
Ala bukan edit sangat pun. Cuma letak watemak je dalam gamba.
pernah dengar ttg picnik.. tapi x pnh cuba pon..
sopa punya angkara la nihhh!
Meh la cuba. Sebelum tutup terus.
Assalamu`alaikum cikgu,
kenapa tak cuba perisian Photoshop dan Visual Basic. Gambarnya lebih hidup dan jelas…
Waalaikumsalam Mama, photoshop program berbayar. Tak mampu nak beli. Cari yang free je. Sekarang tengah cuba berjinak2 dengan fotoscape
pakai irfan view editing software pun ok jgk.. yg penting free 🙂
Irfanview tak pernah cuba. Boleh tambah koleksi program free..
SOPA punya pasal nih, hehehe
dengar cita bukan sebab sopa, tapi sebab google dah beli.
Aku baru tahu pasal picnik ni.. sedar2 dah nak tutup pula.. tapi sempat lagilah guna sehingga tutup nanti
guna sampai lebam. sebelum ni guna yang free tak berapa menarik. tapi sejak dia umumkan nak tutup tu, tools yang berbayar pun boleh guna.
sama la bro saya juga sll menggunakkan picnik nie…:)