Dari kecik sampai besar kita dah didedahkan dengan sampah. Secara otomatik otak kita mentafsirkan sampah itu kotor. Rasa jijik dan geli. Kadang-kadang sampah di dapur pun tak gamak nak angkat. Itu sampah yang kita buat sendiri. Bukan sampah yang orang buat. Kalaulah sampah yang orang buat, diberikan pada kita mau kena maki sedas dua.
Cuba bayangkan ada lori sampah menumpahkan air licik di halaman rumah kita. Mesti buat kita marah kan? Atau ada orang letak sampah dalam rumah kita, dah tentu kita akan marah. Orang yang tak marah tu mungkin kepala otak dia penuh dengan sampah. Macam-macam cara kita tunjukkan rasa marah bila ada orang letak sampah di laman rumah lebih-lebih lagi di dalam rumah. Siap panggil reporter, suratkabar, tv, twitter, facebook.. rasa-rasa semua media dia nak hebohkan ada orang buat kerja tak guna otak kat rumah dia.
Itu cerita sampah..
Dalam ketaksuban kita geli dengan sampah, sedar tak sedar hari-hari fikiran kita disajikan dengan sampah. Lihatlah kanan dan kiri kita. Sampah yang masuk dalam fikiran kadang-kadang kita tak dapat nak tepis pun. Adakah kita marah? Kenapa kita tak marah dengan benda-benda negatif yang disogokkan di dalam fikiran kita? Renung dan fikir sejenak…
Rupanya unsur negatif seperti fitnah, caci-maki, sumpah seranah, hina-menghina, umpat mengumpat dan seumpamanya yang setaraf dengan sampah itu lebih bahaya daripada sampah sebenar yang orang sangkakan sampah yang menjijikkan. Kenapa orang boleh terima? Sedangkan ianya bukan sahaja disajikan di dalam rumah kita, malahan ia dimasuk serta diserapkan terus dalam pemikiran. Alangkah jahilnya manusia menilai mana sampah dan mana bukan sampah.
Jom kita sama-sama menyapu sampah. Buang sampah di tempat yang betul. Jangan biarkan sampah masuk dalam minda.Berusaha supaya sampah di persekitaran kita tidak berjaya mempengaruhi pemikiran kita. Supaya kita jadi orang hebat dan cemerlang sepanjang masa.
sampah di rumah @ kawasan sekitar boleh dikutip dan dibersihkan..
sampah di minda dibersihkan dgn ilmu dan akal..
sesekali kena bersihkan sendiri punya sampah.
kami sekeluarga amalkan kutip sampah di sekitar kawasan perkelahan…. bila nak balik, kutip sampah yg sekitar untuk dibawa balik dan dibuang di tempat yg sepatutnya…. benda ni kecik tetapi sekurang2 dah buat bahagian diri sendiri.
Bila semua orang ada kesedaran macam ni, tak adalah sampah merata-rata. Semua bermula dari kita. Cuma nak tak nak je.
wahhh bagus la.. nak follow la, contoh yg baikk.. 🙂
bersihkan minda…bersihkan hati =)
Bersihkan segala-galanya
byk sampah kt mana2 klu daun pun d kira sampah he..klu smpah ttg manusia mmg byk kita sllu hdp dok sabar jer bro…nk ckp byk salah huuu
Daun yang dah bergelar sampah mudah nak dibersihkan..
Assalam..
Semua sampah boleh menyebabkan orang bergaduh..
Kena bersihkan supaya ia tak jadikan pergaduhan
tu la yang aku doh heran sekarang ni
ramai sangat yang suka buat sampah dan sebarkan merata-rata
cikgu jugak yang salah.. hahahah
bagi orang yang berfikiran bisnes, sampah boleh jadi duit
Betul jugak.. sebusuk mana pun sampah tu, mesti jadi duit. Tak kiralah cara apa sekalipun. baik ke, buruk ke..
banyaknya sampah. tade yang kutip ker..
Tak mampu dikutip lagi.. hampir semua orang buat sampah.. yang tukang kutip mogok.
Entah la… Sampah nie sebenarnya kene ada didikan dari rumah…
Sy dalam keluarga majoriti x akan buang sampah merata… Bayangkan, dalam poket mesti ada sampah simpan bawak balik rumah… Tapi x bestnya bila beg penuh sampah… Nak buang kat umah lupa jeee… 😀
Sayangnya sifat kesedaran menjaga kebersihan masih kurang pada segelintir orang.
Kalau nak tengok mentaliti bersih atau tidak isi rumah seseorang itu tengoklah pada longkang depan rumahnya 🙂
sampah yang ‘tak nampak’ ni la yang susah nak ditapis dan dibersihkan..
Saya terfikir bagaimana proses pelupusan sampah2 di seluruh dunia dilakukan. Adakah bumi rela untuk menelan?
Kalau fikiran dah banyak “sampah” maka secara x langsung kita hidup dikelilingi sampah juga
Barulah hidup dalam keharmonian. Selesa sepanjang hidup. Hehe. Penyakit pun dapat dielakkan.
Sampah pun ada nilai sebenarnya. Tapi tak ramai nak fikir nilainya sampah~
hmm masalah domestic waste ni baru nak di ambil berat skarang. ada jugak nampak lori besar2 dah rajin angkut sampah. ada jugak naik pusat pelupusan bersistematik. kalau tak dulu.., hampeh.