Assalammualaikum, salam 30 Ramadhan buat pembaca semua.
Ada tak dalam kalangan sahabat² saya telah berjaya meloloskan diri dari SJR dan dah berada di kampung halaman tercinta?
Ada dengar kot² jiran-jiran kampung telah diziarahi oleh “tetamu istimewa”? Awas! Ramai mata-mata sedang memerhati ni. Kalau belum ada, baguslah.
Dua tiga hari ni mesti rasa tak tenteram kan? Tulah, tak guna juga dapat bebas bersama keluarga tercinta, namun jiwa rasa terseksa dek kerana tertunggu-tunggu kunjungan tetamu istimewa.
Saya memilih untuk berada di atas kayangan sambil menikmati lemang dan rendang yang telah diorder seminggu sebelum puasa haritu. Ketupat nona dengan kuah kacang frozen pun ada juga ni. Ketupat palas frozen bersama serunding daging juga bersedia untuk dinikmati.
Tapi, maaf, saya tak buat open house tahun ni walaupun tahun ni beraya di 🏠 dan tak bertugas macam tahun-tahun dulu.
Selamat menyambut Aidilfitri. Salam perpisahan buat Ramadhan 😭😭. Semoga puasa kita bukan puasa yang cuma mendatangkan lapar dan dahaga. Semoga Ramadhan kali ini mampu menanggalkan segala dosa-dosa kita. Rahmat dan keampunan Allah jua yang kita harapkan.
Amin…
Leave a Reply