Secara rasminya blog ini telah berpindah dari hosting lama ke hosting baru. Pengalaman ngeri di hosting lama sangat-sangat buat aku trauma. Bayangkanlah setiap minggu mesti ada sekali atau dua blog akan down. Customer service juga buatkan aku bertambah sakit jiwa.
Sedar tak sedar domain ni rupanya dah berusia setahun setengah. Aku sudah berblogging stat dari tahun 2001 bermula dengan platform blogspot. Sampailah sekarang sudah 4 hosting yang aku cuba. Semuanya ada mimpi ngeri. Harap-harap rumah ini tak membuatkan aku sakit hati lagi.
Tiada perubahan besar dari segi design dan content yang ada. Cuma perpindahan tu sahaja yang sangat besar untuk aku. Pengalaman berpindah tanpa hilang walau satu fail sangat-sangat berguna. Semuanya pihak hosting yang uruskan.
Baru aku sedar, tiada satu pun yang sempurna. Kat rumah sana lain ragamnya, kat rumah baru ni lain pulak ceritanya. Apapun tak terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru 2012. Moga tahun-tahun mendatang ini akan memberikan seribu kejayaan buat kita.
Selamat menyambut kedatangan 2012. Semoga hosting baru ni lebih stabil dan mantap. ๐
Harapan saya macam tu la.
Mahal ke bayar hosting ni ? Benjy pun baru nak try juga ni …
Betul tu anif … itulah kelebihannya kalau guna domain [dot] com … rasanya benjy pun nak tukar juga ke [dot] com ni nanti tetapi sayang dengan url sekarang ni …
skrg guna hosting ape?
betul tu, tak ada yg sempurna,mesti ada cacat cela sana sini. kita kena pilih mana satu yg betul2 kita sesuai
Sekarang guna sealserver macam kat saranan blog.ariff tu. Nak guna serverfreak rasanya tak mampu lagi. Harap2 ini tindakan betul.
wahh, dari 2001. Saya baru aje setat tahun nih. Hebat ahhh.. ๐
Dari 2001 cuma banyak merapu. Bila baca semula banyak sangat cerita jiwang2. Malu nak baca semula. Hehehe..
tu ar pasal..lama tu..chii start blog pun thn 2004…hehe
wah! Masing2 dah lama berblog ni. Sya juga baru 2 tahun jagung. Huhu..
tahun baru rumah pun baru…best2…
insyallah selesai kot masalh bro..saya guna hosting cubiex so far alhamduliliah tak de masalah..:)
Harap-harap boleh selesai. Tapi masih ada rasa kecut perut juga.
apa yg kecut perut tu bro
pengalaman ngeri ngan hosting tempatan. ada je masalah melanda. tu yg kecut perut gak tu.
Wow smart betul rumah baru ni …. mesti mahal nikan … ๐
Benjy nengok rumahnya macam rumah banglo semi-D lah … class gitu ๐
Hehehe.. Biasa2 je ni. Tak sampai 100 pun harga rumah ni. Asal selesa sudah.
Nanti ada masa benjy pun nak tukar juga rumah semi-D jugalah hehehehe ๐
Tapi rumah bro tu dah lawa dah tu. ramai pulak pengunjung….
kacak dah rumah baru ko ni. hehe..
Biasa-biasa jer.. Sedang berusaha ke arah lebih baik. Fokus kat kontentnya la pulak lepas ni. Penat nak adjust theme.
sy guna serverfreak..tp mmg hosting terbaik lah! sebab support 24/7…sy rase benda yg paling penting nak pilih hosting company adalah customer support..ari tu blog ade masalah ckit..kejap die diorang reply dan betulkan..walaupun masa tu kul 2.00pagi
Wira Chomel recently posted 5 Cara Hebat Menjadikan Rumahtangga Sentiasa Ceria & Bahagia
Antara sebab perpindahan ni pun benda tu la. Support tiket tak pernah jawab, telefon jauh sekali..
Sy sendiri pun pikir panjang jugak masa nak ambik hosting tempatan ni,.. dulu dah biasa ngan luar punya,.. pernah skali je cuba Exabytes dulu, namanya hebat, tapi servis, server agak slow.. harga je mahal.
maknanya tak semua pakej mahal menjamin kualiti sesuatu hosting. Tapi, kalau kualiti hosting baik dah tentu mahal.
Cara terbaik tanya rakan2 blogger.
Yup.. betul tu shraqs. Malu bertanya, merana jiwa. Hehehehe
bro seal server best x, aku skrg blog aku nk dah start asik seminggu ni slow jer, loading lambat, serius aku nk tukar hosting nih, kalau ok aku pindah ker sana
sealserver setakat ni ok jer. Kadang2 ada juga panggilan tak berjawab. Normal la tu.. Tapi kalau nak yg terbaik cuba ambik serverfreak. Tengok revew kat web dia no1 kat malaysia sekarang ni. Cuma agak mahal la.
semoga website cikgu lebih stabil di tahun ini
skrg ni guna internet-webhosting cma kekadang down beberapa minit,masih ok lah, tp rasa2 nak tukar rumah baru plak
Kalau down sket2 tu normal. Jangan sampai berhari2.