Semalam balik kampung di Pahang jenguk mak. Sampai je kampung terus cari ikan fresh. Hajat di hati nak makan ikan talapia bakar. Kebetulan ikan talapia dah habis. Cuma ikan patin je yang tinggal. Ambik seekor… Walau tak pernah cuba masak ikan patin, tapi mak kan ada, isteri saya kata la. 🙂
Sampai rumah terus bersiang. Cuci bersih-bersih. Bau hanyir ikan sungai melekat di tangan. Mak kata kalau nak cover bau hanyir tu, masaklah gulai tempoyak.
Resepi mudah ni memang cukup mudah. Orang yang tak reti masak macam saya ni pun boleh buat. Tapi isteri saya la yang masak. Saya cuma tolong tengok je.
Bahan-bahan.
-Ikan patin seekor ( sederhana). Potong ikut suka.
-Kunyit hidup sebesar ibu jari.
-Serai 2 batang dititik. Ketuk je pakai lesung sampai hancur.
-Cili kecik 7. Nak pedas tambah la lagi.
-Tempoyak 2 sudu.
-Garam secukup rasa.
Cara Buat.
Kunyit hidup dan cili ditumbuk sampai lumat. Masukkan air, ikan, bahan yang ditumbuk, serai dan tempoyak dalam periuk. Hidupkan api dan tunggu sampai masak. Masukkan garam secukup rasa. Kalau nak pekat, tambah tempoyak banyak-banyak.
Dah masak bolehla hidangkan dengan nasi yang panas. Fuhhh.. Makan sampai lupa mak mentua ada depan. Hehe.
Selamat mencuba.
P/S: Bawang tak dimasukkan sebab ia akan menghilangkan rasa manis ikan patin. Lagipun bawang memang dah habis. Wahaha.
owh..mmg menjilat jari.. 🙂
Satu kepuasan..
nak test la.. kalo menjadi mmg terbaik!!
Test jangan tak test muaz..hehe
jadi lapar balik plakk..
Lapar g kedai carik nasik..
Gulai tempoyak ikan patin sangat sedap kalau orang pahang buat. Serius !
Betul tu bro. Tapi orang tempat lain kalau kena dengan resipinya, ok je kot.
aku juga selalunya tolong tengok je isteri memasak
lepas tu tolong makan
kalau ada mood rajin, ada la tolong cuci pinggan
hehe
Suami yang baik nih.
cam suami sy gak ni hee…sy sllu kurg sihat mujur ada ringan tangan mmbantu.
Kg dekat Pahang tu dekat daerah mana???
Bera
sambil masak main camapk2 mudah aja heeee
Sila campak dalam periuk, jangan campak atas lantai. Pasti tak jadi. Heheheh
mula2 kwin mmg tak tahu masak ni sb tahu mask asam org melaka. bila kwin org ipoh baru belajar skrg masak lauk ni tak dak hal
saya kalau ikan patin ni x makan, hehe
rugi bro tak makan. kena cuba sekali.
lapar nampak ikan tu..
Bolehla cari kat kedai..Kalau rajin cuba resepi ni Dony..
baru tahu mengenai bawang dan kemanisan isi ikan tu.. TQ ya..
Petua ibu..
ada bawanag mmg blh maniskan ikan..kuah 😉
pergh… sedap ni!
mak saya kompom suka!
Wahhh bestnya gulai tempoyak ikan patin..favorite tuuuuu……..
jadi laaapaaaaar betolll
Sory tak sengaja melaparkan anda.. wakaka