Semua manusia diberi tempoh masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Tapi masih ramai yang menjadikan masa sebagai alasan untuk mengelak dari melakukan sesuatu. Sebenarnya, bukan salah masa tapi salah urus masa dan alasan yang paling utama ialah tidak minat untuk melakukan perkara tersebut.
Sebab tu, pepatah mengatakan ” Nak seribu daya, tak nak 1000 dalih” dan ” Orang Rajin Mencari Jalan, Orang Malas Mencari Alasan” dan lagi…. Pepatah sendiri pulak menyebut ” kalau dah asyik cari alasan je, memang alasan je la yang jumpa. Tapi, cuba kalau sentiasa cari jalan, mesti jumpa jalan punye. Sama ada highway ke, express way atau jalan raya mahupun jambatan. Jalan kampong pun okey”. Ada usaha pasti berjaya..
Tapi, sesetengah golongan pula kata ( ayat habis ikhtiar la ~ konon), ” bukan saya tak nak buat, tapi…. Itu ini begitu begini, bla bla bla….” – intonasinya sangat tulus suci mohon simpati si pendengar. Ramai yang suka menggunakan kata hubung “TAPI” untuk melindungi sikap malas mereka. Nampak macam keengganan mereka tu tak disengajakan la…sweetnya, kan? Tak rasa bersalah ke meletakkan beban tugas mereka pada individu lain?
Kalau rasional alasan yang diberi, kita boleh terima. Ini tak, memang niat nak cabut lari…. Huh! Asal ada program je, muncullah masalah dia, anak sakit la, Mak mentua masuk wad, atuk belah suami meninggal, sepupu tiri isteri eksiden, kenduri khatan anak sedara, hantar nenek pergi umrah, jiran sebelah buat tahlil… Kreatif sungguh cipta alasan.
Semua orang kena faham masalah dia.. Macam dia sorang je ada masalah. Ikan pun ada masalah juga la, cuma ikan tak cerita pun. Lembu pun ada sebab kenapa dia bodoh tapi tak cerita pun masalah dia..
Jadilah manusia dan pekerja yang bermotivasi.. Kewujudannya disenangi dan mampu beri manafaat pada yang lain. Jangan jadi manusia yang ketiadaannya dirai dan tak dihargai…
Sangat pandai cikgu menulis susunan bahasa
Sebetulnya “kehendak” atau “kemahuan” tu tak ada. Macam kuda, boleh heret kuda ke bekas air, tapi kalau kuda taknak minum, tak minumlah dia. Apa yang kita boleh buat ialah “pikat” supaya dia berminat. Selebihnya kalau dia dah minat, dia akan bergerak sendiri. Bukan lagi seperti pahat dengan tukul.
Biasanya manusia memang bijak mencari alasan terutamanya apabila hendak mengelak sesuatu..
namun dalam sesetengah kes, kita mungkin juga perlu menjalankan peranan untuk menarik perhatian/minat orang lain supaya mereka senang melakukan sesuatu bersama kita yang akhirnya boleh mengelakkan mereka dariapda ‘melarikan diri’
bila seseorang nak mengelak dari sesuatu..pasti seribu alasan akan diberikannya
bab cari alasan ni..memang mudah sangat sebenarnya..
entahlah pasal saya sendiri pun kadang-kadang macam tu jugak..
Salam hormat buat Cikgu Hairul 🙂
I would choose listen rather than reason…
Tersemyun sendiri bila baca ni. Memang musah bagi alasan, dari nak cari jalan penyelesaian
Salam cikgu, saya suka yang perenggan kedua last. hehe haiwan pun ada masalah 😀
Kalau dah malas tu macam2 alasan la yang diberi. Jawapannya malas atau rajin je nak buat.
memang geram je dengan orang yang banyak alasan ni
paling senang, biarkan je dia dengan dunianya
cikgu hairul, cikgu bahasa melayu ke? hehe.. hebat dalam menyusun ayat…