Ini aktiviti kejiranan kami setiap tahun. Pihak badan kebajikan perumahan akan buat padang terbuka sempena hari raya bagi merapatkan ukhwah sesama penduduk. Saya cuma duduk di rumah burung merpati. Sesekali ada majlis macam ni memang sangat meriah. Alhamdulillah dapat berkenal-kenalan dengan penduduk dari blok lain.
Tahun ini kami bermula lepas solat Isyak sampai pukul 1130 malam. Tahun-tahun sebelum ni biasanya buat lepas sembahyang raya. Tapi entah macam mana tahun ni ramai pulak yang balik kampung. Jadi dah hampir tarikh luput baru nak buat.
Selain daripada aktiviti bermah mesra, ada cabutan bertuah dan majlis potong kek sempena Hari Kemerdekaan. Paling bermakna bila YB tempat kami Ustaz Saari Sungib datang menerjah memeriahkan majlis. YB memang macam tu. Kadang-kadang solat terawih dan solat berjemaah pun main terjah-terjah je. Tapi itulah yang buatkan semua orang sayang.
Beberapa tahun dulu masa masih kuat panjat tangga, kami akan beraya dari rumah ke rumah sambil berselawat. Nampaknya aktiviti tu dah tak mampu dibuat lagi. Bagus juga.. dapatlah berjimat sikit dari segi masa dan wang ringgit.
Waaaaaaaaaa meriah nyer cikgu oiii .. hihihi
sure la meriah.. setahun sekali kann..
wow..meriahnya..sy tak attend jamuan raya lg setakat ni..
tak ada jamuan raya ke kat tempat ibu?
Bagus acara macam ni diadakan, dpt eratkan hubungan di kejiranan. Susah nak jumpa kejiranan macam ni sekarang.
Alhamdulillah saya dapat kejiranan yang macam ni. Rasa sayang pulak nak pindah nanti..
Bagusnye rukun tetangga sini..biasanya kawasan rumah taman je buat sambutan cam ni. Terbaekkkk la ajk kebajikan kondo ni…
memang terbaik..
selamat berSyawal. hihi
Syawal..syawal. Meh la datang umah.
meriahnya bro..tapi yang mahalnay dpt merapatkan ukhwah
Meriah kalau jamuan raya dibuat macam ni. Boleh merapatkan hubungan sesama penduduk.
meriah sekali mas bro dan semoga ditahun depan pun acara berayanya makin seru
Insyallah, tahun depan ada baraan pulak.