Cuti hujung minggu dihabiskan untuk menghabiskan rambutan di kampung. Tahun ni tak berapa banyak berbanding tahun lepas. Mungkin doa mak tahun lepas agar rambutan ni berbuah cukup-cukup je.

Sampai-sampai je rumah tengok 3 pokok rambutan tengah masak ranum. Tak sabar nak memanjat dan menikmati kemanisan buah-buahan tempatan ni.

Lipat seluar, capai parang dan terus melakukan panjatan. Mana-mana ranting yang terkena kat bumbung rumah dipotong. Mudah-mudahan tahun depan berbuah lagi kat ranting yang baru.

Dah tumbang dahan tu, barulah boleh kutip buah rambutan yang masak ranum. Masa untuk berlawan dengan semut pulak. Banyak betul semut hitam.

Sedia untuk diagih-agihkan kepada jiran tetangga dan saudara mara. Ni baru sepokok. Ada 2 pokok lagi yang masih merimbun. Habuan untuk yang belum balik kampung lagi.
alhamdulillah
berebut dengan semut tu yang tak tahannya
sakit
Allah masih kurniakan rezeki untuk dikongsi bersama makhluk lain.
alhamdulillah
rezeki yang berkat untuk hambaNya yang tahu bersyukur
waaaa merah rambutan…
ada juga yg warna kuning. merah lebih mengujakan cikgu..
hantar satu plastik kat aku weh. nak rambutan gading tau. hehe
ok ok..
kat rumah pokok rambutan byk buah tapi tak rajin nak ambil
Sedekah kat makhluk lain je la. Dapat juga pahalanya.
moktan jenis apa ni cikgu? masa atas pokok kaler merah , bila dah petik betukar kuning…mesti rasanya mcm manggis kan..hehehe..
Pokok lain2 la..
Patut ler Pak Chik Dee telefon petang tadi. Diorang payah sikit nak dapat rambutan.
Dah hantar ke umah pakcik semalam
inilah seronoknya ada dusun sendiri..
Woww..bestnya ada dusun sendirikan..
Orang dulu2 Tanam tepi rumah je..
berperang dengan kerengga tu tak tahan. haha..