Bismillahhirrahmanirrahim.
Terkini Xiaomi memohon maaf kerana melanggar privasi pengguna (rujukan http://wp.me/p1w6tN-mQQ). Itu secebis dari keseluruhan cerita. Kecil sangat dari apa yang sepatutnya kita lihat.
Untuk pengguna Android, bila nak install suatu app, app selalu akan minta akses kepada phonebook, lokasi dan beberapa maklumat rahsia yang lain. Walaupun pengguna boleh blok atau lumpuhkan atau disable semua maklumat yang telah diberi, pengguna masih terpaksa berikan kebenaran untuk kali pertama. Jadi, developer app tersebut dapat juga maklumat tu pada langkah pertama. Bila kita disable akses kepada maklumat tu, kita dah terlambat, ia mungkin telah disalin ke pengkalan data mereka jika perlu. Ibaratnya begini.
“Kalau hang nak mai masuk rumah aku dengan berpakaian pun takdak masalah. Tapi masa hang nak langkah bendui tu hang kena telanjang dulu sekali. Lepas tu hang nak pakai baju balik pun takpa dah. ”
Kasar kan? Memang pun. Begitulah adanya keadaan hari ni. Kita pengguna telefon ni terdedah bukan kepada lanun tapi kepada developer yang berhajat nak jual kita. Jadi tak pelik lah Telegram tak kenakan bayaran tahunan seperti WhatsApp. Mereka bukan nak duit kita dari jualan app tapi mereka mahu tahu siapa kita. Siapa kenalan kita. Kemana kita pergi. Mereka mahu kenali kita lebih rapat. Lebih rapat dari Jabatan Pendaftaran Negara dan lebih rapat dari adik beradik kita sendiri.
Maklumat phonebook ni puak terkutuk tu cuba nak dapatkan lama dah. Dengan cara menawarkan peranan phonebook dalam email. Tapi kurang orang simpan phonebook dlm email. Jadi mereka umpan dengan servis cloud. Maka dapatlah semua contact kita. Mereka boleh lukis lakaran rangkaian kenalan kita dengan sempurna. Hebat.
Maklumat lokasi membolehkan pergerakan kita dijejak dan patern gerakan perjalanan rutin kita dibaca dan dijangka.
Maklumat akaun membolehkan semua aktiviti kita dirakam dan difahami dengan lebih cermat.
Itulah asam dan garam smartphone yang perlu kita telan.
asam garam yang perlu kita telan
dan
yang sudah banyak kita telan
dengan terpaksa
dan
dengan hati yang rela
Masalahnya Sampai bila?
Bila teknologi yang ada sekrang ni semua daripada diorang. Ni la jadinya.
Apa kata kita cipta pesaing.. Atau sesuatu bagi menggantikannya.
itulah.
nak wat camana. senang cakap..tak yah install apa-apa.
Mana boleh.. Keperluan hidup tu.. hehehe
Saya tulis app sendiri utk kegunaan sendiri dan self research. Menulis app ni bukan mudah juga. Banyak yang perlu diteliti. Tapi kena buatlah juah.
Teknologi tu bagus selagi mana kita yang menguasainya. Kalau kita hanya sebagai pengguna, kita terdedah kepada bahaya yang sukar dijangka mudaratnya.
untuk apa mereka semua itu??…………….. .. .