Ahad lepas berdekatan dengan rumah saya ada satu pertandingan burung merbah jambul. Lebih kurang 150 orang turut serta dalam pertandingan tu. Ingatkan yang dipertandingkan tu kecantikannya, tapi yang dipertandingkan tu bunyinya. Saya pelik dan kagum sebab pada saya bunyi burung tu sama je.
Burung merbah jambul memang cantik. Para peminatnya sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memilikinya. Seekor burung berharga di antara RM100 hinggalah ke ribuan ringgit. Itulah maklumat yang saya dapat dari seorang peserta yang dah empat kali masuk pertandingan ni.
Sebenarnya pertandingan ni mashur di kalangan orang-orang Kelantan. Pengadil akan mengadili suara burung tu seekor-seekor. Orang istilahkan tu pertandingan “butir”. Ada banyak lagi yang dipertandingkan selain daripada “butir”. Kalau tempat-tempat lain biasanya ia akan mempertandingkan kecantikan, kelincahan aksi si burung dan suaranya.
Pernah ke korang tengok pertandingan ni? Kalau pertandingan suara burung merbok tu ada la jugak. Seriusly ni pertama kali saya tengok dan dengar. Tu yang tak lepaskan peluang. Macam orang asing je bertanya kehulu kehilir dengan peserta dan pengadil. Rasa meluap-luap nak tahu. Kalau ada antara korang yang tahu bolehla cerita sikit.. Pada saya pertandingan ni memang unik.
Emm betul tu cikgu..butir orang panggil…ching pun orang panggil..kat area ni, aaktif jugak pertandingan merbah jambul ni..hadiah bukan simple2..ada sekali tu kereta.
uis.. ye ke? berbaloi-baloi..
Ye…sebab sy pernah buat flyer untuk pertandingan ni…hehe
Uniknya Malaysia 😀
Macam-macam pertandingan boleh kita jumpa. Cengkerik pun dipertandingkan..
kalau sikit masa dulu kecoh jugak dengan pertandingan ayam serama..ini pulak pertandingan burung merbah…memang meriah la negara kita.
Sunyi dah pertandingan ayam serama tu. Orang kata ayam serama dah susah nak cari. Kena makan ngan musang.
mesti bunyi dia mengasyikkan
membingitkan telinga
asal tak rakam huhu…nk jerit ni.. =)
Hehehe.. jangan menjerit kak. Nanti pecah cermin keta
setiap buurng mmpunyai keunikan yg tersendri. suka juga degar bunyi burung merbok syahdu gitu.klu kt kg sy mmg byk buurng tu.tpi burung merbah ni jarg pula d temui
Agaknya burung kawalan kot. Saya pun tak pernah jumpa. Kalau burung murai tu pernah la jumpa.
ingatkan ada contest makan cendol tadi..
Nak makan cendol jumpa di putrajaya.. hahaha
Sy pernah dengar nama burung ni dr kawan org K’tan. Tapi tak pernah plak tengok camana rupa burungnya. 🙂
yela..bagaimana agknya burung merbah jambul ni..
macam burung murai, tapi ada jambul kat kepala dia.
Assalam..
Biasanya suara burung akan dipertandingkan…
tapi dah lama tak tengok acara sebegini..
Wassallam,
Pengadil yang betul2 mahir je mampu menilai suara burung ni. Sebab semua macam sama.. 🙂
Peehhh~ Memang susah nak menilai bunyi burung nie kan 🙂
First time dgr pasal burung merbah jambul…tak bole bayang mana ropenya. 🙂
Rupanya macam burung murai.. warnanya voklat, ada jambul kat atas kepalanya. Bunyi bising macam murai jugak.
Teruk x bunyinya~???
lama rasanya tak tgk pertandingan mcam ni……
aku paling minat pasal burung2 ni, dulu minat bela burung nuri..
burung nuri kala hijau kan? yer ker?
Nuri kala hijau ler.. Ada kot nuri kuning.. 🙂
Sekarang bela lagi ke dony?
wahhh dah lama tak join tgk pertandingan fight suara ni.. selalu tgk figth tekukur je dalam hutan. huhuhu
sy ada gak bela sekor…rm150 je…
Bela burung celcom jer..sebulan sekali baru bagi makan..