Sekadar meluahkan rasa gusar dengan Bahasa Rasmi Malaysia. Semakin hari semakin dipandang sepi. Walau pelbagai program dilaksanakan termasuklah Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) namun ia masih belum mencapai apa yang diharapkan.
Kegagalan bukan berpunca dari bahasa itu yang sukar dituturkan, tetapi keenganan bangsa empunya bahasa menuturkan dengan betul. Malahan ada yang bertindak merogol bahasa tanpa rasa ihsan langsung.
BR1M, TR1MA, RMR1M, MR1M dan macam-macam 1 Malaysia lagi diperkenalkan oleh PM. Hasilnya rakyat mempercayai segala bantuan yang diberikan mempunyai ritma bunyi “im”. Kesan secara tidak langsung mula diperlihatkan satu persatu. Dari PM, timbalannya, cikgu sekolah, mak bapak, dan anak-anak semua mengungkapkannya. Adakah itu bunyinya?
Mana tidaknya, SATU disamakan dengan I. Mereka membunyikan segala program atas nama 1Malaysia sebagai “im”. Brim, trima, rrim, krim dan im-im yang lain. Bukankah ini mengelirukan? Hasilnya nanti kita boleh lihat di siaran-siaran berita, dj-dj radio mengungkapkan perkataan yang salah ini. Kemuncak perogolan bahasa dapat dilihat di atas kertas jawapan anak-anak dalam peperiksaan utama.
Masalah ini sama seperti masalah bahasa singkatan. SMS mempelopor kerosakkan tulisan kita. Kalau tidak dibedung perkara sekecil ini, tak mustahil satu hari nanti bahasa kita akan tidak ketahuan.
betul tu cikgu, saya pun dah tersebut benda yg sama
kena betulkan tu fiz.
biasalah..memang terlalu ramai..dah tak terhitung rasanya..
Sanggup ko nak menghitung..hehe
dah tak tau cakap ape dah..dulu masa saya baru turun kapal, saya tanya kawan saya apa itu BR1M..saya tak sebut brim..depa boleh gelak..siot je..rasanya betul dah saya sebut tu..nak tak nak terpaksa mengikut kehendak semasa..ni la masalahnya..
Kadang-kadang macam tulah. Yang salah nampak benar bila orang sekeliling melakukannya. Macam orang menutup aurat di kalangan yang tak menutup aurat. Kadang-kadang rasa bersalah pulak.
yang perlu menjaga bahasa bagi mereka hanyalah rakyat. jika kerajaan yang memulakannya, itu tak pa. yang menjaga bahasa juga hanya kementerian tertentu sahaja. kementerian lain jangan sibuk-sibuk.
perkara macam tu susah semut kecil nak tegur. semut kecil ini cuma perlu buat tugasnya sendiri.
Peliharalah bahasa Malaysia!
Kalau bukan kita, siapa lagi nak jaga bahasa kita?
Setiap perbuatan ada balasannya. Tulisan rumi dilahirkan untuk merogol dan membunuh tulisan jawi. Sekarang giliran tulisan rumi pula kena rogol.