Hai kenapa la blog ni selalu down. Hantar ticket tak berbalas. Telefon tak ada orang angkat. Tengok komen-komen di blog kawan-kawan semuanya caci maki. Boleh sakit jiwa dengan provider macam ni.
Wait.. wait.. wait.. Itu cerita dulu. Masa aku baru je guna servis dari mereka. Biasalah awal-awal memang nampak cantik. Tapi sejak kebelakangan ni semuanya hancur berkecai. Buruk seburuk perkhidmatan pernah aku jumpa.
Pernah dalam satu entri Review Ikhlas dair CikguHairul dot COM memuji melangit masa tu. Benarlah orang kata, janganlah memuji sesuatu itu melangit. Nanti akan timbul rasa bangga diri. Akibatnya akan jatuh berguling-guling. Bila orang nak buat rujukan artikel tu jadi huru-hara la. Sekarang aku terpaksa la tulis entri ni untuk beritahu kisah sebenar.
Bukannya apa, ada ramai juga yang bertanya ok ke servis dari mereka? Sebabnya mereka buat rujukan dalam entri aku yang lepas. Artikel Review Ikhlas tu jadi rujukan. Tak sangka pulak. So ni updatenya.
Aku dah tak gunakan servis dari mereka. Aku pernah berkali-kali hantar ticket minta mereka memperbaiki perkhidmatannya. Tapi tak juga berubah. Iyelah… aku kan orang kecil. Bukan ada effect pun pada income mereka kalau aku tak langgan di tempat mereka.
Sekarang dah boleh tersenyum. Tak ada lagi down disiang hari. Tak ada lagi down berhari-hari. Sekali sekala tu lumrah la. Bukannya semua benda perfect. Orang pun ada demam panas sakit sendi. Inikan pulak cuma sebuah hosting.
Nasihat aku.. jangan terus percaya pada review melangit blogger-blogger ni. Mungkin review tu ditulis masa awal-awal langganannya. Cari kalau boleh 10 review terdekat. Maknanya cari review dalam masa 6 bulan kebelakangan sahaja. Artikel lama-lama tu mungkin dah tak relevan dengan keadaan sekarang.
Heppi blogging sahabat. Jangan tensen-tensen. Kalau blog down berhari-hari, buatlah keputusan untuk bertukar ke provider yang lebih baik. Kalau down lagi pindah la lagi dan lagi dan lagi dan lagi.. Sampai bila? Sampailah kita puas hati. Cuma satu la kena ingat. Tiada sesuatu pun yang sempurna di alam yang fana ini. Cuma Yang Empunya Dunia sahaja bersifat Maha Sempurna dan Maha Kekal sampai bila-bila.
heheh..susah gak kalo blog down kn..tp alhamdulillah..setakat ni blog chii x pernah alami mcm tu..kecuali sblm ni..sebab lambat bayar :p
Hahah.. Saya pun pernah terlupa bayar. Tapi bukan hosting, tapi domain. Berhari2 juga la dak satel ngan godaddy.
begitulah dugaan berhosting sendiri kan, sabar ye cikgu
Saba..
Masa mula memang tip top sebab nak tarik perhatian. Bila dah ramai yang masuk tu yang sampai tak leh nak urus agaknya…
Kalau bersistematik tak jadi macam tu.
gunalah netkl, onebytes dan hostgator tanpa was-was.
Betul tu titan semua hosting mereka kacak-kacak belaka ๐
Masyuk banyak ok la nak guna HG tu bro..
yela..kdg2 xleh percaya review sgt..
lgik satu kalo ade yg murah x semestinya bagus..dlm pemilihan hosting selain performance perkara p enting yg len ialah support..kalo ade prob kan senang..huhu
Bab support ni, provider Malaysia biasanya fail. Tapi bab murah, provider Malaysia no1.
Hosting yang tak jawab2 tiket tu sahaja nak tolak rezeki akan datang … ataupun hosting mereka memang teruk tu yang susah nak bagi alasan tu … kira macam peminjam lari dari Alonglah … bila along datang menyorok … macam tu agaknya …
Dia dah ambik duit kita, tapi servis tak bagi.. His! Kalau saya malu la. Mana nak taruk muka? Hehe
Benjy tiada masalah dengan hosting kerana masih menggunakan platform blogspot untuk blogging.
Aik.. Blog baru tu pun hostkan kat blogspot gak ke?
sejak berpindah dari blogspot sampai hari ni.. alhamdulillah netkl belum bagi masaalah lagi
Baguslah macam tu. Kalau asik down dah tentu pening kepala.
Dugaan semua tu,… boleh dijadikan pengalaman yang berguna
Sedikit sebanyak mengajar kita erti berblogging.
BTW, tukar theme lagi ke?
Tukar la.. nampak terang sikit dari sebelum ni.
tak kena tak tahu bro…hehehhe..pengalaman berguna tu dan tunggu apa lagi tukar la hosting lain…mcm blog so far alhamdulilah tiada masalah….
Baru je bertukar awal tahun ni.
selalu yg jadi masalah pada hosting murah.
support tu layan xnak layan je.. padahal bukan salah kita..
Sepatutnya gunakan kelebihan murah tu untuk mengembangkan lagi perniagaan kan. Kalau malas nak layan, customer pun mulalah fedup.
aku baru 3 bulan guna hosting baru ni
belum nak komen lagi setakat ni,
tunggu sikit nak komen gak ๐
Hahah.. Guna dulu, rasai pahit manis berhosting sewa.
Rasanya di hosting free takde la terkena masalah camni.
Hehehhe.. Watlah review setulus ikhlas..
hai…… cikgu yer? saya bakal cikgu…..
mengajar di mana?
Hai alieza.. Selamat menjadi guru. Mesti tensen tengah praktikal ni kan? Hehehe
guna vps.net… ๐ hihi..
Mahal le..hehe
aya dari dulu sampai sekarang guna webhosting exabytes.. memang mahal skit tapi support team memang cepat… mula-mula dulu guna namsahaz, lepas tu guna exabytes samapilah sekarang.. domain aya banyak beli kat netkl.. sebab lebih murah..
Exabytes memang antara yang terbaik setakat ni. Domain saya lebih suka beli kat godaddy.
salam kenal ya pak
mujur la..saya tak guna hosting..
jadi masalah tu memang xde la…hehe
macam tu la.. kalau hosting tu murah mmg kena tolerate sikit.
Alhamdulillah,hosting saya buat masa ni tak ada masalah..
hehe…pindah dan pindah. So, Cikgu dah masuk rumah barulah ni yer?
Aku pun camtu jugak. Mase mula2 dgn satu hosting ni, siap buat review ala2 testi lagi. Mmg murah dan servispun ok.
Akhirnya, dah tak tahan lagi. Pindah jugak.