Sudah seringkali aku dengar orang asli di pedalaman Sabah dan Sarawak mahupun Semenanjung Tanah Melayu tak punya kad pengenalan dan surat beranak. Tak ada IC maknanya tak ada la kemudahan persekolahan. Silap-silap kena tangkap dan dituduh PATI la pulak.
Dalam hal ni, aku tak menyalahkan kepada mereka. Duduk di pedalaman ratusan kilometer dari pejabat kerajaan tidak memungkinkan mereka keluar ke bandar semata-mata mendaftarkan kelahiran. Kalau ada kecemasan dan mendesak mungkin jugalah mereka akan ke bandar mengadap pegawai.
Kekangan itulah yang menjadi cabaran pegawai kerajaan bagi memastikan semua rakyat Tanah Melayu mendapat haknya. Jangan disebabkan rasa senang duduk di pejabat, maka rakyat di pedalaman terpinggir. Apa guna bergaji besar, tapi dilaknat rakyat.
Bagi mencapai maksud itu, apa kata pegawai-pegawai JPN masuk kampung. Rasanya setiap jabatan dibekalkan dengan kenderaan pacuan empat roda. Takkan nak gunakan kenderaan kerajaan tu untuk urusan peribadi je. Bila orang kata salahguna kuasa tau pulak melenting. Buatlah inisiatif untuk menjejak mereka di pedalaman. Usah harapkan mereka bersusah payah pergi ke bandar mengadap pegawai bergaji besar.
Sebenarnya bukan sahaja isu orang tak ada kad pengenalan yang perlukan perhatian. Orang susah dan fakir miskin juga perlu perhatian. Mereka terpinggir disebabkan pegawai tak turun ke kampung. Cuma mengharapkan orang susah mencari mereka. Mana mungkin!
Aku sangat tertarik dengan perkhidmatan AgroBank di Bandar Tun Razak Kuala Lumpur. Pegawai-pegawainya datang ke premis perniagaan bukan untuk mengutip hutang, tapi datang untuk mengutip wang kalau-kalau ada peniaga nak buat simpanan. Macam zaman dulu-dulu, ada pejabat pos bergerak.
Mereka faham kesukaran orang ramai untuk pegi ke Bank atau Pejabat diwaktu kerja. Tindakan proaktif itu akan menyebabkan orang bertambah suka dengan pemerintah. Nanti tak ada la isu yang boleh dipolitikkan untuk kepentingan sempit sesetengah pihak.
Pegawai Masuk Kampung pasti banyak manafaat. Tak dapat buat seminggu sekali, buat sebulan sekali pun tak apa. Yang penting, semua orang boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya.
bagus idea ni, hantar pegawai guna helikopter tentera pun boleh juga, boleh jimat banyak masa bila cepat sampai. mcm biasa juga pengawai boleh claim elaun.
Bagi memudahkan rakyat, apa salahnya bersusah sikit.
Aku rasa, bab pegawai nak masuk kg tu takde masalah sangat kot, yg masalahnya budget… ๐
Kan kerajaan banyak duit. Kalau tak masakan boleh bagi macam2 bantuan.
inisiatif yang bagus oleh agrobank.. AIM pun rasanya dah lama buat cara ni
Sektor swasta dah lama faham kehendak pelanggan berbanding sektor kerajaan.
klu tak der ic mmg sush nak buat apa2 permohoan skrg wjib ada pengenalan diri..
Tu yg kena pro aktif tu..
klu pikul tanggungjwb keje tu mka org2 sepatutnya pi masuk pendalaman..ate og cacat..org2 tua yg uzur tu cam ner dema nk klr pekan..nk pi bandar..lebih2 lagi org kurang upaya..
pikir juga sumbe rkewangan mrka nak kesana mesti memerlukan peruntukan wang..
Pegawai tu berfikiran sebaliknya.
nak bt kp kena ada cop ibu jari empunya kad tu..mmg susah2 harap pihak terbabit dpt atasi
Kita cuma mampu berharap. Sapalah kita nak paksa-paksa mereka kan.
aku rasa diorang pikir kerja pejabat, dok kat pejabat jer lah. Tak ramai yang nak amik inisiatif p cari orang yang nak ditolong
Sekali-sekala keluar kawasan apa salahnya kan. Bukan hari-hari.
idea yg bijak dpt membantu rakyat
emm.. kadang-kadang mereka lebih bijak lagi. Tu yang taknak masuk kampung.
idea yang bernas sepatutnya agensi kerajaan seperti JPN kena lebih peka…;)
Setahun sekali pun ok kan.. Sekurang-kurangngnya rakyat kita terbela.
patut semua bank wat macam tu. takdelah datang ke pejabat untuk promosi kad kredit aje..
Kad kredit bawa untung besar kpd mereka. Sangguplah buat macam tu bro.
Ala senang cakap macam ni la…Pegawai Rajin Mencari Jalan, Pegawai Malas Mencari Alasan..Pegawai Tak Guna cuma pandai jalan-jalan cari makan jer..tu la yang ramai.guna kereta ofis untuk melaram ,melepak kat kedai makan,hantar anak pegi sekolah,angkut wife pegi pasar…memang hampeh!!
Harus disingkirkankah?
Apa diorang malas masuk kampung … kat kampung best OOoo boleh mandi2 kat sungai jeram, makan ikan sungai fresh dan macam2 lagi …. cuma ia agak memenatkan sikit je ๐
kampung benjy mesti seronok kan. heheh.
kesabaran dlm menjalankan tugas heee gaji berkat dlm mmbantu org2 seperti itu
Berkat gaji tolong orang.
memang idea bagus ni, cikgu
kalau dapat setahun sekali pun dah bagus sangat
lagi pun tak baik untuk kesihatan duduk lama2 dalam bilik hawa dingin
kan? ๐
Betul tu. Sekali sekala keluar tambah pengalaman dan tambah elaun perjalanan.
Salam untuk tuan punya blog dan pembacanya.
Mungkin JPN kekurangan kakitangan. Apapun JPN patut tubuh satu skuad khas untuk keluar masuk kampung. Terdiri dari anggota tetap atau ikut giliran daripada kakitangan sedia ada.
chii setuju..kdang2 pegwai ni harus turun padang..kena bantu golongan2 yg tertinggl di blkg ni..jangan hanya dok tunggu..pastu mengular je byk..opss :p