Matahari mula meninggi. Perut juga mula membunyikan lagu-lagu syahdu. Mata pula memohon untuk dilelapkan barang seketika. Cuaca yang agak panas hari ini buatkan seluruh anggota badan terasa longlai. Dalam melayan hayal, tiba-tiba teringat motivasi pagi semalam. Setiap pagi corong radio dalam kereta itulah yang membuatkan hati saya jadi macam-macam rasa. Ahh kenapa menerawang jauh? Sejauh KL-JB. Tiada kaitan…
Nilaian yang kita berikan kepada diri sendiri tak semestinya mengambarkan siapa kita. Baikkah kita? Jahatkah kita? Sebab itulah cerdik pandai menyuruh kita mencari kelemahan kita melalui musuh. Sebabnya musuh tak pernah melihat kita dari sudut baik. Jadikan kritikan musuh sebagai motivasi meningkatkan diri.
Orang kata kalau kita banyak cakap itu tandanya kita masih muda. Ya.. saya masih muda. Banyak cakap? Entahlah.. orang kata saya pendiam. Banyak cakap, banyaklah yang silap. Tapi selagi percakapan kita hanya kepada perkara yang baik-baik ia tetap memberi manafaat. Salah silap sikit-sikit tu normal la. Bukankah setiap manusia itu mempunyai tahap penerimaan yang berbeza.
Kadang-kadang terasa diri ini juga dah tua. Tanda-tanda tua tu makin nampak jelas di raut wajah yang comel ini. Bila ada perkara yang tak kena, mulalah nak marah-marah. Kan itu tanda dah tua. Hati mula cepat terasa, merajuk pada benda-benda yang biasa lalu menyendiri memendam rasa. Ahh.. benarkah saya dah tua? Mungkin.. atau itukah kenyataan?
Menurut satu kajian yang pernah saya baca, banyak penemuan baru di universiti dilakukan oleh orang muda. Sifatnya yang tak pernah kenal erti jemu mungkin jadi faktor perkara tersebut berlaku. Kalau ikut logik akal, patutnya orang tua la yang lebih banyak menemui perkara-perkara baru. Tapi tidak berlaku macam tu. Orang muda tak takut gagal. Biasalah, pensyarah muda dengan otak yang lebih fresh mana tahu erti gagal. Bila gagal pada tahun pertama cuba lagi tahun depan, macam tu la seterusnya. Tiada apa-apa yang dirisaukan tentang kegagalan.
Apabila kejayaan masa muda dipandang tinggi, secara tak langsung ia akan menjadikan kita berada dalam zon selesa. Inilah yang berlaku kepada orang tua. Mereka takut gagal. Bayangkanlah sekali kegagalan yang dibuat di zaman tuanya akan memberi kesan buruk akan kejayaan yang pernah mereka lakukan masa muda. Sudah jadi lumrah manusia. Benda baik berpuluh tahun hilang dalam sekelip mata walau dengan hanya satu kesilapan. Nak buat macam mana? Inilah persepsi manusia. Tiada siapa yang mampu mengubahnya.
Oleh itu, sebelum jadi lebih berusia, ada baiknya kita merancang hidup. Kat mana kita nak mulakan? Kita mulakan dengan menilai diri. Kenalpasti kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri kita. Barulah langkah dan strategi dapat diatur untuk mencapai kejayaan. Orang kata, perjalanan yang beribu batu bermula dengan langkah yang satu. Kalau kita tak rancang hidup, pasti kehidupan kita tak akan ikut perancangan.
Salam Ramadhan,
Semua orang akan tua satu hari nanti. Sedikit demi sedikit nikmat Allah beri akan ditarik.. takot kan?
memang menakutkan. kena ada persediaan yang cukup untuk itu.
Kalau kita tak rancang hidup, pasti kehidupan kita tak akan ikut perancangan. 😀
Pusing-pusing macam tu la adat dunia.. tak buat maka tak ada la..
hmmm…. nice entri…. bila guru berkata2……
🙂 Bila tangan mula berbicara… yg sebenarnya. hehehe
hmmm….. setuju…
kita kena rancang agar ada hala tuju. tp jgn letak harapan terlalu tinggi pd apa yg kita rncang. nnt sedih sendiri.
dah rancang jangan lupa pulak ikut perancangan dengan penuh kesungguhan.
Dalam kehidupan ini kita hanya boleh merancang…ketentuan Allah S.W.T yang tentukan….
yup.. sebaik mana pun perancangan manusia, perancangan Allah juga yang terbaik. Kena redho dengan ketentuannya.
chii setuju..nk nilai diri sendiri..kena minta dari musuh…pastu kena sedia dari segi zahir batin la kalau kena kritikan yg menyakitkan..tp itulah hakikatnya kan..xkan nak dgr yg baik2 je..nnt sampai bila2 kita akan berada di takuk yg sama
tapi ada juga manusia yang suka dipuji dari dikritik. bila dikritik cepat melenting.
terasa sedikit tua bila melihat anak keliling pinggang.. 😛
itu pun petanda dah tua juga bro. banyak tanggungjawab nak kena selesaikan tu.
semua orang akan tua dan semua orang akan mati. itu hakikatnya. huhuhuhu
payah aku nak faham ayat-ayat level tinggi nih..hehe..
takde tinggi mana la bro. biasa biasa je tu.
Dia banyak sgt mkn cendol.. itu yg keras otaknya nak bersastera.. har3..
sebelum tua pon kita kene buat segala segi persiapan..manala tau sesuatu berlaku..
dah tua tinggal pungut hasil dari usaha mudanya.
Betul tu, sebab tak semestinya dah tua baru mati. Kadang-kadang muda-muda pun ajal tiba. So, masa muda nilah kita patut kerah tenaga dan keringat dan berusaha tanpa kenal waktu.
Dah tua nanti merasalah hasilnya.
mudah-mudahan macam tu la.
saya sedang cuba untuk menongkah arus….keluar dari zon selesa saya…
hebat, entri penuh mempunyai maksud yang mendalam….
salam ramadhan!
orang melayu suka dok kat zon selesa
Thanks for sharing here brother… bila baca baru perasan
usia dah melanjut.. tgk cermin tak perasan pula dah kedut.. hik3..
semua orang akan melalui hari tua,,,don’t worry ,,ianya akan datang kalau dipanjangkan umur…harus bersedia untuk itu.
biar tua tapi jiwa kena sentiasa muda… baru penyakit lambat sampai 🙂
he camtuh pula hee..yg tua byk pengalaman sy suka belajar hargi org dri org2 tua ni heee..
Emm betul tu cikgu..makin berusia mkin sensitif..tu la kalau ckp ngn org tua kena hati2..apa yang kita rasa betul tak semestinya dia terima..
AF dah lama rasa tua… welcome to the club!!
maknanya kehidupan pelru d rancang dari skrglah..jika tidak masa depan akan kelam huu…