Bismillah..
Alhamdulillah..
Hari ini dah mula bersekolah semula. Maka bermulalah rutin harian ku sebagai seorang guru. Baru lepas bercuti panjang. Aku perlukan motivasi untuk menambah semangat. Sepanjang cuti, dua kejadian besar berlaku di luar negara dan dalam negara. Pergolakkan politik di mesir dan banjir di selatan tanahair.
Jika dilihat kedua-dua kejadian ini, semua luar dari biasa. Luar dari kebiasaan kejadian. Luar dari jangkaan. Tak ada siapa pun menjangka. Kejadian ini berlaku diluar dari kotak fikiran kita.
Pergolakan di Mesir.
Mesir adalah sebuah negara bertamadun. Sebuah negara kuasa besar di Tanah Arab. Negara yang cukup disegani. Pusat kepada ilmu. Bumi anbiya itu aman sejak beberapa dekad lalu. Tapi dalam sekelip mata semuanya huru hara. Negara berdaulat yang bertamadun itu hancur dengan pergolakkan yang berpanjangan.
Negara-negara yang mempunyai rakyat di Mesir mengambil langkah drastik dengan mengeluarkan rakyatnya. Malaysia saja ada lebih 11k rakyat yang perlu dievacuasi dalam masa yang singkat. Alangkah kalangkabutnya keadaan masa ni. Lapangan terbang sibuk. Harga minyak, makanan, minuman dan tiket menjadi mahal. Semua orang nak keluar dari negara bergolak itu.
Kejadian Banjir di Selatan Tanahair.
Banjir memang selalu berlaku. Biasa juga kita alami banjir besar. Siap dah ada plan kontijensi la untuk menangani masalah banjir tu. Pendek kata dah ada button untuk ditekan bila-bila masa bagi menggerakkan jentera menangani banjir. Tapi banjir kali ni lain dari yang lain. Selalunya banjir di Pantai Timur. Berlaku pulak biasanya diantara November dan Disember. Itu semua orang boleh jangka. Tapi yang ni…..
Rata-rata mangsa banjir tak menyangka perkara itu akan berlaku. Yelah.. Kampung tak pernah banjir. Ujan sikit-sikit tu perkara biasa. Bila dah kena musibah macam ni habis semua tak dapat diselamatkan. Sebabnya kita tak sedia. Tak ada plan kecemasan. Itu yang jadi kelam kabut.
Begitulah kita bila tidak sedia. Memang kita tak pernah alami. Tak pernah pun kita terfikir untuk kita menerima nasib seperti itu. Kita kena ambil pengajaran dari peristiwa yang Allah timpakan kepada manusia. Kenapa? Sebab Allah jadikan sesuatu tu tanpa sia-sia. Pasi ada pengajaran di sebaliknya.
Pepatah melayu ada menyebut "sediakan payung sebelum hujan". Nabi juga berpesan.. "ingat 5 perkara sebelum tiba 5 perkara".
Wallahua’alam..
jgn dilupa tragedi dinegara tunisia.puncanya sama yg berlaku dimesir.apabila pemerintah korup,mencuri harta negara,membazir,menepikan agama,menolak hukum islam.dan menindas rakyat apa lg menafikan hak rakyat..ramai yg melihat apa yg berlaku dimesir sesuatu yg buruk mengakibatkan ekonomi lunpuh..tapi ada yg indah dan baik juga yg berlaku..dimana revolusi ini dimulakan oleh anak2 muda tanpa mengira agama melalui FB hingga kedataran tahrir..didataran ini lah dapat dilihat perpaduan anak2 muda tanpa mengira agama,bila anak2 muda islam menunai solat jumaat,pemuda kristian mengawal supaya tiada ganguan dari pihak polis mesir,begitu lah juga bila pemuda kristian sembahyang pada pg ahad giliran pemuda islam pula menjaga mereka.