Saya malu menjadi sebahagian dari bangsa yang meminta-minta. Mana maruah diri kalian? Sudah diberi RM500, masih meminta lagi! Jangan marah andai kita dikata bangsa pengemis.
Memang tak dinafikan, masih ada golongan yang memerlukan. Hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Golongan itu yang perlu kita bantu. Bukan golongan yang gagah perkasa ni.
Ada yang nak melenting? Orang dah nak bagi, ambik je la. Kalau tak ambik bodoh namanya…
Sekali lagi saya tanya. Mana kalian letakkan maruah? Kan Nabi dah cakap, golongan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Kenapa kita taknak jadi golongan yang baik itu? Masih mahu bertongkat sampai mati kah?
Tidakkah kita malu, badan sehat, masih mampu bekerja, mampu mencari 2-3 ribu sebulan tapi berbaris panjang mengharap BR1M 2? Walaupun dikatakan layak tidak malukah dengan mereka yang benar-benar layak?
Minda kita masih di paras lutut. Susah sikit-sikit meraungnya lebih. Dalam poket ada duaribu, dikatanya takde duit. Bila kerajaan umumkan bantuan lekas-lekas isi borang. Ada juga yang sanggup menipu untuk dapat BR1M.
Walaubagaimanapun saya bersyukur. Saya masih mampu menyara keluarga. Terima kasih dan syukur sebab ada yang sudi membantu golongan susah. Lebih cantik lagi kalau yang dibantu itu golongan yang benar-benar susah.
Minta maaf pada sesiapa yang terasa. Bila dah terasa, marilah sama-sama memperkasa maruah. Jangan sampai nanti kita dilabel bangsa pemalas, pengemis lagi tidak bermaruah!
Kalo dok selalu meminta2, tapi usahanya takde,.. camana nak maju.?
Kita masih selesa diberikan ikan daripada diberikan pancing..
tak tahu lah akak tak berapa ambik tahu pasal brim ni, bukan sebab riak atau apa, sebab bagi laluan yang betul2 memerlukan….satu lagi memang kena berbaris panjang (staff bagi tahu sebab dia dapat)…
Memang itu yg sebaiknya. Ada kudrat mencari harta.. Berilah kepada yang benar2 memerlukan.
biasalah.. bila bagi duit, siapa nak menolak….
better pihak kerajaan sediakan kemudahan… berhenti memberi bantuan kewangan kepada semua. hanya yg diperlukan shj… sediakan kemudahan, boleh digunakan semua.
Barulah adil dan saksama.
aku rasa perlu ada kerjasama ketua penduduk dan pihak kerajaan untuk memastikan yang benar2 layak menerimanya.
Sesetengah ketua kampung hanya mementingkan kroni je. Susah gak kalau camtu.
Ada yang dengan tak malunya mengaku menipu untuk dapatkan bantuan ni…
Sanggup buat apa saja demi duit. Dato pun ambik.. 🙂
orng bagi kita ambik 🙂
Ermmmmmmm… 🙂 tak perlu kata apa-apa..
macam itulah orang kita..
Kita? Kalau sebut kita maknanya termasuk kau dan aku. Hahahaha. Oh tidakkkkkkkk
btul, jika dibina satu kampung pusat menghasilkn produk2 utk dijual..pastinya ia dpt meningkatkan taraf hidup secara berterusan berbanding bantuan mcm ni..
Yang tu dah timbul isu.. Tempat saya ada juga nak buat camtu. Tapi kekangan nak dapatkan bahan mentah. Ada yang menyekat.
jika terlalu kerap beri bantuan pastinya akan ada mslh kelak..
Itu dah semestinya. Orang kata, naik lemak.
Ada yang mampu dan ada yang sanggup menipu semata2 RM500… Mengambil haq orang yang lebih berhak adalah zalim..tak akan berkat setiap $$$ yang dia dapat.takut, $$$ itu akan jadi musibah pula pada diri.
Moga dijauhkan…
Cikgu,dari bagi pancing lebih baik bagi jala..(^____^).tujuan sama,faedah berganda.berbaloi-baloi!!!
Bagi jala ikan cepat pulak habis, cepat pupus.
ada betul juga kata2 cikgu hairul ni…
berilah laluan kpd yg benar2 memerlukan….
Kesedaran tu yang belum ramai dapat. Kalau masing2 rasa diri tu layak dan benar2 patut dapat…payah juga.
Betultu cikgu…lebih baik sekiranyanya diberipada mereka yang benar-benar memerlukan..just pandangan dan tidak ditujukan pada sesiapa…
inilah dinamakan sudah dapat paha mahu lagi badan..hehe, sepatutnya kita kena bersyukur dengan apa yang ada skrg.. bknnya asyik2 fikir pasal bantuan.. kalau tak diberi, mulalah kutuk kjan..
sakan woo bila tengok beratur amik br1m.. tak dinafikan ada yang betul2 susah