Tak sangka ada lagi manusia yang masih terpedaya. Berkali-kali telah diingatkan. Jangan…jangan…jangan meminjam dengan ceti haram. Kalau dah degil taknak dengar kata, tak ada siapa boleh halangnya.
Sedikit tersentuh bila tengok berita mangsa ceti haram. Kesian pun ada, marah pun ada. Pinjam RM1000, lepas tu bayar balik RM20000. Bila rasa dah tertipu mulalah buat laporan polis. Siap panggil akhbar lagi untuk ceritakan masalahnya.
Nasi dah jadi bubur. Kalau bubur lambuk masih sedap lagi. Tapi masalahnya bubur nasi basi. Apa pun tak boleh.
Mungkin dia terdesak. Saya cuba memujuk hati bagi menurunkan kemarahan. What? Terdesak sangatkah kalau meminjam seribu untuk beli bisnes rakannya yang kononnya diidamkan sangat tu? Alasannya pinjaman di bank ditolak sebab dah blacklist. Heheheh.. Cuba tengok, blacklist kenapa? Sebab liat bayar hutangkah? Patutla bank dah taknak bagi.
Alasan lain keluarga dan kawan-kawan juga tak bagi pinjam. Betul ke? Atau ada cerita hitam sebelum ni. Dengan bank pun kena blacklist, mungkin juga kawan-kawan dah blacklist.
Semuanya kembali pada diri sendiri. Ukur baju di badan sendiri. Nak buat apa pun ikut kemampuan diri. Jangan sampai terpedaya lagi.
Bab masalah ceti haram jangan salahkan orang lain tapi salahkan diri sendiri ! Itu bodoh namanya
kesian jugak kan yang bodoh sombong camni. Dah dibagitau… Masih juga nak buat.
kdg2 kalo dh terdesak..mereka terpaksa guna alternatf ni..
Ceti haram ni bahaya bukan sahaja bunganya tinggi tetapi nyawa juga terancam bila tak bayar …
Dah tau camtu, tapi kenapa masih ada yg meminjam? Saya sangat pelik..
ceti haram tu dah tentulah salah sebab beroperasi secara haram.. tapi di sebabkan permintaan yang tinggi yg menyebabkan mereka berani beroperasi. lebih kurang macam masaalah dadah..sampai hari ni tak boleh settle.
Owh ye.. Permintaan juga main peranan jugak kan. Sebab tu la mereka ambik kesempatan.
Setuju sangat
Semuanya kembali kepada diri sendiri
Langkah kita tiada sangkut paut dengan langkah orang
Dah kita buat pilihan salah, masih juga nak tegakkan benang basah
Berani ekk pinjam ngn cheti??haiya. pinjam ngn kawan boleh tahan lagi. hehe
Pinjam 1000 kena bayar 20000 memang gile banyak tu. Kalau terdesak macam mana pun jangan la pinjam dekat ceti haram ni. Melibatkan nyawa tu.