Ini adalah kesah dan tauladan. Buat pedoman untuk mereka yang ada fikiran. Ini cuma Luahan Hati Bakal Guru Pelajar ISMP Seluruh Malaysia. Mendengarnya adalah satu kemestian, tindakannya mungkin boleh ditangguhkan.
Hati manalah yang keras sangat, tak tersentuh bila rayuan demi rayuan dibuat, sampai tahap buat video luahan hati dan diupload ke Youtube? Bukan saja berakhir di medan debat, malahan mereka berarak juga di jalanan meluahkan perasaan. Kira dah habis saluran mereka ikut. Namun, masih juga hampa.
Ini semua rentetan dari arahan dan cadangan dari menteri yang mahukan graduan ISMP seluruh Malaysia mencari kerja sendiri. Ada juga saranan hebat yang mahu menidakkan hak graduan ISMP mendapat penempatan. Tiada lagi penempatan automatik untuk Graduan ISMP. Sebab tu saya kata jangan masuk IPG atau ambik kursus pendidikan.
Walaupun ada juga kemajuan dalam isu penempatan ni, sebenarnya masih ramai lagi yang tidak mendapat penempatan. Pihak berkenaan, dengarlah rayuan hati mereka…
InsyaAllah ada rezeki tu. Sambil sambil tu mungkin kena cuba ambik inisiatif lain. Rezki tu Allah dah tetapkan cuma belum jumpa jalan usaha yang betul.
kesian dan bersimpati. aku tak tahu pucuk pangkalnya. cuma boleh mengharapkan agar ada penyelesaian terbaik.
walaupun dah keluar sebagai graduan line pendidikan, tapi masih tak dijanjikan pekerjaan sebagai pendidik.
ermm..semoga yang terbaik untuk semuanya
aku pun tak tahu kat mana silap
harap2 kerajaan boleh selesaikan masalah ni
kurang faham, adakah maksudnya dah ramai graduan guru. semoga ada penyelesaian nya nanti.
Banyak isu timbul. 2 minggu lepas baru lepas jumpa pegawai khas TPM. Katanya sehingga kini ada lebihan 18000 orang guru dibawah unjuran KPM yang tak dapat ditempatkan gara2 waran perjawatan tak ada. Kesian kan?
kalau diorang tajaan kpm..akan dapat rasanya. Cepat atas lambat.
Tapi kalau yang open market..yang dapat ptptn..memang kebarangkalian sangat sukar untuk dapat posting. Serius..memang susah. Ramai member yang jenis ptptn..semua dah cari kerja lain atau sambung belajar lagi.
salaam..sy nk minta pendpat..sy lepasan diploma mekanikal eng n hendak sambung degree.. antara degree pendidikan mekanikal dan degree mechanical eng, mana satu yg better sy pilih? sbb sy bermint utk ke arah pendidikan.. so hati berbelah bgi antara 2 pilihan tu