Apa yang cuba nak aku sampaikan di sini ialah sikap segelintir orang Malaysia yang suka akan kerja-kerja vendalisma. Kemudahan awam yang disediakan umpama disediakan untuk mereka sahaja. Tangan dan kaki gatal. Demam tak kebah bila seharian tak dapat menjahanamkan harta awam.
Tempat yang sama dengan kejadian dua bulan lepas, kepala paip kena curi, kejadian sama berulang. Kali ini kepala paip dalam tandas pulak. Entah apa yang mereka fikirkan, aku pun kurang jelas.
Membentuk mentaliti rakyat kelas pertama ni susah juga ye. Macam-macam kerajaan buat. Kempen, poster, ceramah, iklan, pendek kata dah habis akal nak mengajar rakyat erti tanggungjawab. Hasilnya serupa tu juga. Agaknya kat rumah mereka tak ada kot. Atau sudah terdesak sangat rakyat Malaysia sampai sanggup menjual kepala paip curi.
Dengan rasa rendah diri aku mengajak semua rakyat Malaysia meninggikan taraf pemikiran kita agar tidak dipandang rendah oleh orang asing. Cegah sebelum menjadi barah. Didik anak dari rumah agar sentiasa menjaga kemudahan awam yang disediakan. Elakkan dari terjerumus ke lembah kehinaan.
ni bukan vandalisma ehhh… sekarang ni mmg banyak kejadian curi sbb harga besi dan alumminium NAIK! Di tempat kawe, Jabatan Air sudah mula tukar mana-mana besi dgn fiber.
Owh malangnya. Kita kena buat sesuatu nih.
Akibat harga besi/logam mahal ni..
misteri kepala yang hilang di dalam tandas.
kos sara hidup makin meningkat, apa saja yang boleh buat duit, pastinya tidak akan dilepaskan
Kehkehkeh.. Letak tajuk mesteri kepala yang hilang pun menarik juga ek…hheheheh
rasanya aritu hilang dah kan?ni hilang lagi ke?huhu… 😛
Aritu ilang kat sinki. Yang ni ilang dalam jamban. Fuhh nasib baik dah perasan awal2.
Semua mende yang boleh dijual dan senang “didapati” akan dicilok
Asal barang jadi duit. Satu pemikiran baru.
rajin benar pencuri ni cari duit ekk..
Duit raya.
huhu mat gian manelah yg curi ni, kena tangkap kalu masak kene belasah huhu
bijak gila pencuri zaman sekarang ni ye..
Bijak lagi menyusahkan.. Sangat sedih loo..
ishh… berapa kupang sangatlah boleh tuuu
mereka ni apa kesah. asal boleh jual sudaa..