Seperti yang dilaporkan di Utusan, kekurangan guru sukar diatasi. Persoalannya kenapa? Panjang lebar pihak-pihak berkenaan bagi sebab. Semua salah cikgu. Bila dipindahkan masing-masing tak nak. Bila ditempatkan di kawasan pedalaman, masing-masing menolak. Betul ke?
Oleh sebab kedegilan cikgu taknak pindah, taknak ditempatkan di luar bandar, taknak berpisah dengan pasangan, maka kerajaan tak dapat mengatasi kekurangan guru? Kerajaan tak dapat melaksanakan penambahan guru dengan lebih cekap? Apa punya alasan dah. Semua salah cikgu kannnn… banyak cantik!
Hakikatnya masih ramai graduan ijazah sarjanamuda pendidikan masih belum posting. Bila diajukan kepada kementerian jawapnya masih belum ada kekosongan guru. Aik! ini cakap berbelit. Putar alam punya pegawai.
[warning]
Saya jadi mangsa.
[/warning]
Kenapa susah sangat nak selesaikan masalah ni? Pegawai semuanya ada ijazah. Takkan nak fikir masalah ni pun tak mampu. Kerenah birokrasi korang yang sebenarnya menyusahkan negara. Data kekosongan guru ada pada Kementerian Pendidikan, data penempatan ada pada Kementerian Sumber Manusia. Masing-masing taknak bekerjasama erat. Macam ni la jadinya.
Apakah masih mahu menyalahkan cikgu lagi? Cukup-cukuplah hal di sekolah cikgu dipersalahkan, ini hal penempatan pun cikgu juga yang salah.
sabar je lahh… amalan menyalah org lain ni takkan ada penyelesaiannya, kan?
sentiasa cari alasan, tanpa cari jalan penian. Inilah sikap sebenar kita. Tak boleh nak buat apa kak.
Hmmm.. Susah juga macam ni!
dalam delimma.
berat tugas seorang guru nih kan…anak murid tak cemerlang pun cikgu yg dipersalahkan…dalam kes nih pun cikgu juga dipersalahkan…huhu harap bersabar yer…
insyallah boleh bersabar lagi.
hmmmm…. sbnrnya lebih cenderung takut utk mengajar di tempat baharu. namun tidak menjadi masalah jika diberi peluang ke luar bandar. begitulah… namun, andai dlm borang posting diberi pilihan. pasti kita pilih apa kita nak. diberi atau tidak, itu semua satu ketentuan. jadi… bg saya… selagi ada kerja.. kerjalah….
adakala saya terfikir, andai saya dihantar ke pedalaman.. mgkinkah saya merungut.. bila fikir itu adalah tggjwb.. pergilah utk seketika.. mencukupi syarat….
Kebanyakkan guru tak menolak pun. Yang menolak boleh dikira dengan jari. Dan yang boleh dikira dengan jari tu kebanyakkannya menggunakan orang politik untuk menyokong taknak ditempatkan di luar bandar. Mungkin itulah yang jadi permasalahan sekarang. Mereka tersepit antara kepentingan politik dan masalah kekurangan guru.
ko keluaran mana? maktab ke universiti? kalau universiti..kena tunggu iklan. lepas gi temuduga, lepas ditentukan sekolah..baru leh gi posting. kalau maktab..memang teruuuus dapat lepas habis belajar.
Keluaran UTM. Mulai tahun lepas dah takde iklan lagi. Permohonan dibuat terus oleh pihak U. Tu yang tertunggu-tunggu tu. Masing-masing nak lepas tangan. Naik pening aku.
nak tak nak..memang kena tunggu la. dia punya saluran memang macam tu. biasanya diorang akan bagi budak ipg dulu. kalau ada kosong, baru bukak iklan untuk budak U plak.. kena rajin tanya. kengkawan ko pun kena alert. kang diorang tau..ko tak tahu..dah jadi satu hal..kalau ikut universiti nih..ntahlah..kekadang aku malas nak caya. haha..
masa interview nanti..make sure perform. sebab ada gak yang gagal sebab tak leh cakap..gigil..menangis pun ada sebab tak leh jawab soalan..diorang cuma nak borak aje. tak tahu..cakap je tak tahu. hoho..
IPG = sekolah rendah..
U = sekolah menengah…
yap. tapi still kene tunggu iklan..
mungkin isunya ialah memilih utk mengajar dibandar..kalo yg bariu lepas grad minatk kat bandar ngn cikgu lama nk dok kat bandar mmg xder kekosongan kat kawasan tu..
tp kekurangan di tempat pedalamn..memerlukan kajian mendalam perkara ni..bahaya kalo x diselesaikan dgn segera..
kebanyakkan yang memilih di bandar ni isteri yg bersuami kerja di bandar.
Kesian pada anak-anak di luar bandar. ada satu sekolah tu, sampai setengah tahun tak ada cikgu ajar. sekolah memang tk boleh buat apa, sebab memang tak cukup cikgu.
kalo tawar gaji lebih tinggi dan maximum service kat rural 5@10 thun baru leh pindah..ade cikgu nak rasanya.. 🙂
memang karenah birokrasi ni yang menyebabkan banyak isu kecil jadi isu besar,,bendayang senang nak diselesaikan jadi isu yang macam tak boleh nak selesai..
kerenah birokasilah paling menyusahkan..
betul tu arrizz. naik pening dibuatnya.
tu yg pelik…graduan guru ramai je..tp masalah kekurangan tetap berlaku..
chii agak da..something wrong somewhere
itu yang jadi tanda tanya sekarang ni.
bagi aku
penempatan di kawasan pedalaman tak jadi masalah
cikgu baru mesti ke pedalaman
habis cerita
kalau tak sanggup, bagi je pada yang sanggup
persoalannya ramai ke yang menolak sampai takde yang nak pegi pedalaman? rasanya kalau kpm keluarkan nama untuk penempatan, masing-masing akan akur. masalahnya penempatan pun tak dibuat. camna guru nak pegi.
Sabar cikgu. Memang banyak lagi sistem kita yang belum ‘integrated’ yang menyebabkan kerenah birokrasi.
Kuasawan memang suka menuding kepada orang, lupa diri sendiri.
harap2 kuasawan akan sedar akan hal ni.
saya dulu pernah apply KPLI utk TESL ..lulus masa exam tapi tang interview failed. dua kali gitu lah jugak…x de rezeki. terus kecewa dan tak mau cuba lagi…huhu
Kenapa putus asa kak? Interviewnya susah ke?
Tak habis ngn citer ni. Pelik jugak. Harap mereka yg terbabit tu, jgn salahkan guru.Kalau sendiri yg reka masalah =)
tu la kan. entah bila nak abis cita ni pun tak tau la.
selaluya, guru besar akan hantar kekosongan kepada JPN untuk pengambilan guru…tapi bila sampai ke JPN utuk dihantar ke Kementerian, pengambilannya adalah sedikit…jadi…macam mana tu…huhu…nak kata IPG bersalah, IPG haya untuk Sekolah Rendah..dan Universiti adalah untuk Sekolah Menengah..
JPN ada data tu, tapi penempatan dibuat oleh kementerian sumber manusia. Bila dua jabatan tak bersatu, kucar kacir la jawabnya. KPM dah sedia semua, cikgu, data, dsb.. Sampai KSM nak tapis lagi ikut bajet kerajaan.
kadang pelik huhu.. beribu graduan perguruan seluruh negara dan itu belum masuk KPLI la DPLI la, guru sandaran diseraplah.. wah banyaklah huhu…
banyak memang banyak.. tapi… masih juga kata kurang.
entahnya…
takkan ketua pengarah yg itew hanya reti “menyapu sampah ke bawah karpet” jerk.. huhuhu.. bertanggungjawab ler derrrr..
Hehehe.. Takmo lebih2. Nanti kena hantar kat pulau jerejak pulak.