Ini pun kerja juga. Walaupun bukan di sekolah tapi ianya halal. Semenjak pengambilan guru tersekat inilah yang saya lakukan. Habis je latihan mengajar hari tu saya masih belum posting. Sabar menanti. Khabarnya ia dibuat berperingkat-peringkat. Sekarang ni graduan ISMP Institut Pendidikan Guru baru je dapat posting. Next lepasan IPTA pulak. IPTS tak tau apa cerita. Inilah cerita kerja…
Walaupun kerja ini nampak bahaya, syukur dipanjatkan. Mujur masa Diploma hari tu ambik kejuruteraan elektrik. Bolehla untuk mencari sesuap nasi.
Mungkin domain name ni nak kena tukar.
Saya tetap bersyukur. Dalam keadaan graduan lain sukar dapat kerja, saya dapat juga walaupun tak sama bidang. Mungkin itu boleh dijadikan satu pengalaman berguna satu hari nanti.
Kengkawan doakanlah saya cepat dapat posting ye.
uih..kat mana ni?..
dalam substation elektrik.
Bahaya x kat dalam tu… MEsti bahaya kan 🙂
tengoklah kuasa elektrik tu..
ohhh…. apakan daya kami tahun depan. dpt posting ker tak….
Sama-sama kita tunggu.
nampak bahaya juga kerja ni
tapi apa pun syukur pada tuhan
insyallah.. bahaya tu dapat dikurangkan dengan ilmu. banyak tawakkal je la.
takpe. lama-lama nanti dapat la posting tu..
Insyallah. Doakan je la bro.
Tu mahalnya pengalaman dan ilmu..hehe
Beralih angin walau terpaksa kena juga terima.
wow 33 kv…tempat saya 11 kv….bro…saya ada chargeman A0…boleh ker apply jadi pengajar…kena ada syaratnya lagi ker?
Boleh jer.. Kat IKBN atau giatmara rasanya ada. Cuma kena tanya kat tempat tu. Dia dah tak bukak kat suratkaba sekarang ni.
steady la bro…thanx….:)
Assalam..
Macam kerja2 TNB je tu…
InsyaAllah, rezeki ada di mana2.
Macam la.. tapi bukan. Iya.. rezeki tu yang Allah nak bagi setakat ni.
Tengah menunggu posting lagi la ni. InsyaAllah akan menyusul nanti.