Bulan puasa ni ada juga yang nak pedajal orang. Tak habis-habis nak buat dosa. Hackers dari Team PHC yang buat kerja masa bulan puasa ni saya nak ucap terima kasih ye. Jasamu dikenang. Terima kasih sebab mengingatkan saya kepada beberapa lubang yang masih terdedah.
Edisi siasat mendapati satu link imej dari shahabudeenjalil.com telah memaparkan message blog ini telah kamu hack. Tak apa, ini hari kamu. Nanti tak tertanggung nak terima balasan dari Allah bro. Tak tahu la samada Sahabudeenjalil ni yang buat kerja atau kamu gunakan imej dari blog dia je. takpe takpe dan takpe…
Takpe la, untuk lebih kekal message kamu dalam blog ini, saya paparkan apa yang kamu mahu blog ini paparkan.
[warning]PHC team ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang penuh mulia ini. Kami juga tidak mahu lepaskan peluang untuk meminta maaf kepada semua orang yang mungkin kami pernah buat salah dan silap.Ibarat roda yang terus berputar, tak terasa debu dan kerikil mengotori dan menggoresnya. Begitulah perjalanan hidup kita berbagai kesalahan telah menodainya. Maka di bulan yang suci dan penuh rahmat ini mari kita maksimalkan ibadah kita. Selamat menjalankan ibadah puasa ramadhan 1433 H.[/warning]
Semoga kamu bahagia dengan usaha-usaha kamu. Mungkin tak ada duit nak sewa hosting, makanya kamu meletakkan segala hasil kerja kamu dalam 1freehosting.com. Hehehe. Sebahagian kerja kamu telah ku jejak. Lain kali nak masuk, padam jejak kasi habis. Nak berak pun sapu la bersih-bersih. Ni kamu tinggalkan taik siap tulis nama. Hehhe. Selamat berpuasa dengan lapar dan dahaga Team PHC!
lyla sempat tengok blog ni masa di hack.. kejap je dah bagus balik.. cayalah cikguhairul..
Owh iyla sempat tengok ke? Heheh. Dia memain je tu. nak cubatrytest agaknya. Takpelah, semuanya dah ok.
Manusia macam ni pun ada.. tp apa niat dorang erk hack blog ni?
Saja nak memain kot..
Harap-2 blog saya takkan dihack oleh mana-mana hacker 🙂
Sediakan payung sebelum hujan. Heheh. Backup dulu apa-apa yg ada.
Team Hackers berhati mulia ni 😀 Apa pun segala kelemahan pada blog hendaklah diperbaiki.
Insyallah akan segera ditutup lubang yg ada. Tapi kalau ditutup semua, owner pun tak dpt nak masuk. Huhuhu
mak aih..ingtkan bulan2 puasa camni..dorang bercuti..tp ternyata takde pun ye..eaduhaiii
Depa tak kenal bulan, tak kenal mangsa. Main redah je.
risau gak kalau kena
Kalau persediaan dah cukup, insyallahbtak perlu risau apa2. Itu semua asam garam dlm berblogging.
adeh..bulan puasa pun nak hacked….sj nak cr dosa wt org lain sakit hati ler tu…
Nak buat camna.. itu je keja yg mereka ada.
hack.. errrr menakutkan sgt.. huhuhu
Tak perlu takut. Ia akan mengurangkan semangat berblogging.
hacker ni mmg buat kacau saja
diorang memang saje tinggal jejak la. hehe..
Saje nak bagi tau satu dunia. Aku sakit ati.. Hehehe
nak test power jer kowt… huhu, bdak2 biarkan jer bro..
Nak buat camna.. Biarkan je la walaupun ada sikit geram.
Saja takde keje tu kot. 🙂 Sabar jelah bro, lagipun bulan pose ni 🙂
kene tingkatkan tahap keselamtan ni..
Sabar ye cikgu , dugaan bulan puasa agaknya ..
.. owh, thanks bro sebab kongsikan hal ni.. kita kena berwaspada sebelum kena .. always tukar password selalu untuk di blog dan di hosting. Password mesti di memorize supaya ndak terlupa.
tak paham…apa yang mereka dapat??? best sangat ke??
baik pergi hack bank swisss kot boleh rompak sejuta setengah rupiah…
tu la..ciap ucap slmt ramadhan lg..heheh
Haha..ada jugak hacker mcm ni yer…terbaik la..makin mantap blog cikgu lepas ni…
Orang kalau nak buat dajal bukan mana kisah bulan ramadhan ke atau tak. Yang penting matlamat diorang tu tercapai. Dosa pahala belakang kira.
bersyukurlah dorang da hack kan
cube bayang kn kalo black hat msok database cikgu
pastu dye delete sume 🙂
cmne la agak2 nye en
ala cikgu ni, noob la ckgu ni, website mcm ni pon x pandai nk pasang sekuriti, sya petik jari je bole hack website ckgu ni. LOL
Ajarlah saya pasang sekuriti dalam blog ni. Saya betul2 tak tau ni.