Hari ini benar-benar hari yang amat mengembirakan bagi seorang blogger macam saya. Setelah berhempas pulas mempraktikkan segala ilmu berblogging, pengorbanan itu akhirnya berbaloi.
Bila dapat je makluman dari SBC tentang Google yang telah mengupdate PR, saya bergegas meninjau status PR Blog ini. Dengan debaran yang kencang akhirnya saya mampu tersenyum.
Terimakasih kawan-kawan yang telah memberi komen, memberi tunjuk ajar dan menegur mana yang silap.
Telah genap setahun domain cikguhairul.com ni wujud. Ye.. hari ini.. 27 Jun 2010 saya telah membelinya. Penghijrahan saya dari platform blogspot telah memberi satu kepuasan dalam berblogging.
Ish! apa kena mengena PR dengan kepuasan? Ye la.. sebelum ni bila menulis dan tak ada pun yang nak baca, saya hampir kecewa. Tambahan pulak bila ada rakan seperjuangan yang sama-sama belajar dulu telah mencapai kejayaan luarbiasa dengan blognya. PR ini telah memotivasikan saya. Memotivasikan saya untuk terus menulis dan membaca tulisan kawan-kawan blogger lain.
Kalau kengkawan dah cek pr masing-masing bolehla kongsikan tips-tips macam mana nak kekalkan prestasi blog kita ni. PR ni boleh turun bila-bila masa je tau. So jom kita berblogging sampai nungging..
Wah tanniah dapat PR2 dan blog pula genap setahun. Berbaloi bukan 🙂
Terima kasih.. ni pun kengkawan yang tolong.. memang bebaloi baloi.
wahh..dah update ke? kene check nih..
Dah update semalam. cek la… nanti bolehla kongsikan kat sini.
Pada pemerhatian saya PR macam dah tak relevan sangat compare mcm dulu-dulu.Sekarang apa yg penting adalah kekerapan kita buat posting dan juga posting yg berkualiti.Lagi kerap kita buat posting lagi google suka dengan senang untuk diindex oleh google.
Saya ada website yg baru jer beberapa bulan.. tup…tup.. dapat PR4..pelik.Tapi trafik tak seberapa.
Kenapa tak relevant? Ramai blogger menunggu-nunggu blognye mendapat PR yang baik. PR ni untuk blogger yang suka ngan SEO. Kalau menulis saja-saja mungkin PR tak berapa penting kot..
Saya pun suka bermain2 dengan SEO sebab tu saya tak nampak PR ni memberi impak yg besar.Itu sekadar pandangan saya.Time memula blogging dulu saya pun mcm tu..target PR yg tinggi.
tahniah bro….semoga sukses selalu….
terima kasih..
Sama la kita cikgu… hehehe
owh ye ke.. Tahniah dari saya..
dah cek. dapat PR3. Tak sangka betul.blog tak sampai setahun. hehe..
Tahniah.. Blog cikcomel ada identiti tersendiri. Semua tajuk dan entri ada perkataan comel. mungkin sebab tu cepat naik. Takder la macam blog saya ni yang ntah apa-apa ntah. Sama-sama la kita meningkatkan aktiviti berblogging.. tak gitu cik comel.
tahniah ckgu dpt PR 2, sy bru PR 1… 😀
Tahniah Cikgu Hairul…
Keep Blogging.:)
terima kasih. wanitablogger dapat pr 3 tuu.. hehehe.. sama-sama la kita bina network di alam maya..
salam Cikgu..
memang kepuasan individu
saya akui..tahniah dari saya
buat anda..
Terima kasi en Zul
Tahniah.
Makin ramai yang dapat PR ni. Semoga makin bersemangat untuk menulis.