
Sejak dua tiga hari lepas, dia sudah mula mendendangkan lagu itu. Gendang yang dipalu semacam pernah didengar satu waktu dulu. Mereka memulakannya, tanpa henti tanpa mengira waktu. Akhirnya peristiwa berdarah itu berlaku. Mungkinkah sejarah akan berulang?
Bukankah ia berpunca dari akhbar itu juga. Tak habis-habis menyuntik api ke dalam sekam.Tidakkah mereka lupa akan peristiwa berdarah itu? Lupa atau buat-buat tak ingat? Darah bangsa yang satu itu bukan boleh dihangat. Sikapnya, tindak-tanduknya semua orang telah maklum sejak berdekat. Bila sudah mengelegak, tiada apa yang dapat menghalang.
Tarian semakin galak bersulamkan gendang yang telah dimainkan. Sana sini mereka menari. Tarian yang dulunya kelihatan sumbang, bila dah lama tidak dimainkan kini semakin teratur rapi. Ada mahaguru bersedia membetul. Ada anak murid sedia bertempur.
Bukankah itu yang kita mahukan? Tanyalah pada setiap umat tanah melayu ini.. adakah ini yang mereka inginkan. Sama seperti pada tahun 1969? Kalau itu bukan impian, kenapa diam membisu? Semakin kuat gendang dipalu, pihak itu semakin menikus dan membatu. Permainan apakah itu?
Apakah kalian lupa dengan Kiyai Salleh? Selempang Merah masih berakar dalam darah. Bangsa yang satu itu takkan pantang menyerah. Walau hanya dengan berselipar dan terompah, penyapu dan pengaut sampah, sekali mereka bangkit, pasti ada darah yang tumpah.
Gendang itu sudah dipalu. Sepekak badak manusia pun akan tahu apa kesudahannya dengan gendang itu. Tangan yang ada kuasa menghenti perlu buat sesuatu. Jangan cuba menambah irama gendang agar lebih lunak didengar. Orang tidak mencabar, dan tiada siapa yang akan mencabar. Usah biarkan gendang itu dipalu sesedap kalbu. Kalau tidak mahu kita semua jadi abu.
penuh pengerian ni cikgu..kena berulang-ulang baca..
memang sengaja bagi ayat camtu.. untuk yang sanggup faham je.
Bahaya memainkan isu perkauman ini. Tapi nampaknya isu ini ditumbulkan oleh pemimpin sendiri dan ditambah sedap lagi oleh akhbar2 yang nak melariskan jualan.
sedih ngan perangai pemimpin camni. mungkin dia hidup pasca 13mei.. tak melalui zaman pra 13mei agaknya.
Aku harap tragedi Mei tak berulang. Yang aku kesalkan, ianya timbul disebabkan pemimpin sendiri. Bila pemimpin dah berkata-kata, pengikut akan mengikut saja.
kita berharap macam tu, tapi pemimpin mungkin berharap peristiwa ini berlaku lagi. kita kena bersedia. paling kurang parang kena asah jugak.
Semoga pihak yang berkenaan akan kembali rasional! Meruntuhkan memang mudah.. Untuk membina kembali tentunya memakan masa yang lama..
Demi tamakkan kuasa, sikap rasional sanggup diketepikan. Kita cuma mampu berharap. Selebihnya kita lihat sejauh mana media main peranan dalam mengapi-apikan lagi sifat ini.
Rakyat Malaysia dah taksub sangat berpolitik. Kalau dah sokong sesuatu parti, ape ape yang orang cakap pun percaye. Nak tunggu negara nie hancur dan jadi macam Syria baru diorang nak sedar ke.
Seronok ke perang saudara nie. Orang dah lupe ke tujuan rukun negara.
Kepercayaan kepada Tuhan,
Kesetiaan kepada Raja dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang Undang,
Kesopanan dan kesusilaan
Agaknya mane satu yang kita dah hilang???
kesudahannya nanti
kalah jadi abu, menang jadi arang
bukankah sejarah sentiasa berulang?