Saya baru perasan di atas meja kedai mamak semalam. Ala-ala rayuan gitu. Mungkin sejak Euro 2012 berlangsung haritu sampailah dekat nak fainal ni dah banyak kerugian mereka tanggung. Pelanggan makan dan minum tapi taknak bayar.
Taknaklah macam tu bro. Makanan dan mimuman tu jadi darah daging kita. Lepas makan bayarlah. Alah bukan banyak pun. Dua jam tengok bola, cuma minum secawan je. Kita taknak la nanti persatuan kedai-kedai mamak malaysia kenakan caj tengok bola pulak lepas ni.
Sepanyol vs Italy di final EURO 2012, 2 Julai 2012. Mesti kedai mamak penuh gila malam tu. Ada baiknya bayar dulu sebelum minum. Takut terlupa.
tak patut depa buat macam tu.. kan, jadi darah daging tu, sila lah bayar..
mungkin jugak sbb makanan ni sikap manusia makin teruk, mungkin tak?
rasanya mamak tu kena buat bila dah hantar makanan minuman terus kena bayar.. haha.. baru padan muka..
Antara salah satu sebab kenapa macam2 perangai pelik orang sekarang tu.
Kalau mamak buat camtu, orang mesti tak puas ati. Macam makan kat mcd pun ada. tapi nak buat camna, untuk elakkan mudarat lebih besar, elok juga dia hidang dan bayar.
Seronok punya pasal sampai makan minum tak berbayar boleh bungkus tokey kedai, kekadang tu bukan apa, sengaja ambil kesempatan atau memang terlupa nak bayar kot.
Layan Euro 2012 kat rumah bini siap kopi dan roti lagi…free aje!..
Bro layan ka umah ke? Cayalah.. tak kena kutuk ngan member?
fulamakkk… comform pernah ramai tak buat bayaran ni. leceh der.
Harus la dah ramai. Kalau tak takkan dia keluarkan notis camtu.
Dalam ramai-ramai tu ada la segelintir yang ambil kesempatan… Langkah proaktif untuk selesaikan masalah yang mereka hadapi.
Seeloknya, lepas hidang terus minta bayaran.
kene berjaga2 hal2 yg berkait mkn minum ni..kalo x bayar mmg haram la..
Makanan yg masuk tu akan menjadikan siapa kita nanti.
elok juga tu
aku suka cara bayar sebelum makan minum ni
senang
Saya pun suka juga camtu. Ada orang yg kurang selesa.
kah kah ini jadi sebab tension di team kalah kot
mungkin juga la.. 🙂
ciannn mamak tu kan, ni tentu ada kes makan or minum tak bayar….
Mungkin juga la ada kes sblm ni. Kalau tak masakan sampai buat nota atas meja. Hhaa
Ada la ni insan yg buat2 lupa atau terlupa. Tapi kalu makanan dah masuk dlm badan kiranya dah jadi darah daging. Tak berkat rezeki yg diperolehi secara ‘tak sah” tu.
hahaha…mamat punya peraturan ke ni??terbaik…