Barangkali kita masih asing dengan mengedit gambar-gambar untuk dimasukkan ke dalam blog secara dalam talian. Kebiasaannya blogger akan menggunakan perisian percuma seperti gimp dan paint. Hasilnya tidaklah seberapa, tapi cukuplah sekadar sedap mata memandang. Bagi blogger yang inginkan gambarnya mempunyai watermark dan segala bagai kesan khas, photoshop cetak rompak mungkin digunakan. Tapi sampai bila dan adakah ianya HALAL?
Semestinya tidak!
Bagi blogger advance, mereka tidak akan menggunakan perisian cetak rompak kerana tahu bertapa kecewanya apabila harta intelek mereka dicuri. Sebagai penyelesaian kepada masalah itu, Picnik.com telah menyediakan perkhidmatan mengedit gambar secara dalam talian. Lebih menarik lagi, ianya adalah percuma dan tidak perlu mendaftar.
Walaupun versi berdaftar disediakan, perkhidmatan percuma juga tidak mengecewakan.
Sekarang anda boleh mulakan mengedit. Macam-macam kesan khas, frame, text dan menu lain yang boleh dipilih. Pastinya ia sangat memudahkan berbanding dengan menggunakan Photoshop Cetak Rompak. Setelah selesai meletakkan teks dan kesan khas sila save. Menarik sangat web ni sebab ia membenarkan anda save terus ke PC atau share dengan rakan-rakan.
Banyak kemudahan lain kat sini. Anda boleh print (berbayar) atau print terus ke printer sendiri. Kalau nak buat album, calender, minialbum dan buku pun boleh.
Selamat mencuba dan Hidup Bebas Tanpa Perisian Cetak Rompak. Hidup bebas tanpa Photoshop.
Antara perisian photo editing dalam talian yang terbaik!
betul tu
tanpa internet.. tak dapatlah edit
Kalau internet slow, susah gak nak guna edit online ni…. 🙁
owh ye ke.. kurang praktikal la ni untuk penggun yang pakai talian berukband hampeh.
wahhh… sangat mudah..aku pun bukan pro nak edit guna photoshop nih.. hehe
Daripada kita memberatkan komputer dengan software palsu, baik kita guna yang online je.
Kalau ada akaun Picasa pun boleh guna Picnik secara percuma. Cubalah menghasilkan foto dengan teknik Selective Colour. Rujuk tutorial saya dengan mengunakan Picnik sahaja di link ini http://bit.ly/kyUndj
veri nice tutorial bro.. thanks..
banyak pilihan sekarang ni.. yg penting hasil editing tu ok..
ok bila ada line internet.. hehehe
hai ..nak tanya? edit gambar guna Picnik.com ni,
boleh tak edit background gambar jadi white….
thanks…
tak boleh la cik liza. cuma nak jadikan gamba tu hitam putih boleh la. kalau nak buang background terpaksa guna gimp.
saya juga menggunakan ia, memang mudah….
Aik.. photographer pun guna picnik ke? hehehe.. memang mudah. Tapi hasil tak le sepower photoshop..
photographer..?? saya bkn photographer picture tu gaya jer…pinjam kamera ahaha..
Salam En.Hairul. Wah, semudah ABC! TErima kasih.
sama-sama. Dah try ke?
dah cuba dan dah diposkan di fb pun…:)) Cuma, kalau nak tulis teks spt puisi, tak dpt dilakukan dgn picnic.com ni. Ada cadangan tak En. Hairul?
Boleh la, sapa kata tak boleh. Cuma kena pilih font yang sesuai je.
ada lagi satu cikgu.
pixlr.com 🙂
pun percuma.hehe
memang banyak lagi yg tak sempat diriview.. nanti la saya cuba.