Bismillahhirrahmanirrahim.
Duhai kawan, mereka tak sedia mendengarnya, membacanya, apa lagi memahaminya. Mereka belum terbuka.
Duhai anak, mereka belum sedia mendengarnya, berbicara mengenainya. Mereka belum terbuka.
Duhai tuan, mereka melepasi waktu sedia. Mereka latah mendengarnya, mereka kabur membacanya. Mereka belum terbuka.
Kalau kamu marah, mereka menuli saja. Kalau kamu carut, mereka humban kamu masuk neraka. Mereka tak boleh ditegur, bukan… Mereka tak boleh diajar. Kerana mereka rasa mereka terpelajar. Kerana mereka yakin mereka dari kalangan orang baik-baik. Kerana mereka yakin mereka bakal masuk syurga.
Atas dasar apa kamu ingin berbicara? Diamkan saja. Biarkan saja. Itu buat mereka bahagia. Dek kerana bahagia itu mereka akan carut kamu dan humban kamu masuk neraka.
Jangan sedih hai kawan, jangan sedih hai anak, jangan sedih yer tuan. Biar mereka carut kamu. Biar mereka bahagia. Biar mereka kafirkan kamu, biar mereka humban kamu ke neraka. Itu bukanlah apa-apa.
memerlukan cara pemikiran gila-gila untuk memahaminya..
Jika kita yakin apa yang kita lakukan betul maka pedulikan apa yang orang lain kata..
Ia tentang pesanan kepada kawan, anak dan diri sendiri, dan taulan. Supaya tidak lagi mencurah air ke daun keladi.
Saya baca dua tiga kali… tapi otak saya tak sekuat mana lah… ni cerita politik ke cerita pasal anak ke atau cerita apa yer… bagi saya paham.. hehehe
Ianya sememangnya satu ujian bagi mereka yang terkesan oleh cacian..
Biarkan mereka begitu, bila penat mereka pasti diam.
Dan kita terus melangkah ke depan menuju ke destinasi ๐
kadang2 kita merasa apa yang kita buat itu betul, tapi sebenarnya salah..sebab itu kita disuruh berpegang pada tali
tersirat dan tersurat bakal terlerai jika difahami dengan penuh hikmat ๐
puitisnya tulisan ni. tapi memng betul let it go! let it go!
Teringat rangkap lirik sebuah lagu.. “Ramai orang berada luar jendela, melihat aku bagai orang salah, kecil dan sendiri aku rasakan, tiada siapa dapat ku percaya.. Paranoid”
duhai biniku..
gua sayang padamu.
sungguh.
Ada yang tersurat dan tersirat di sebaliknya. Kena faham betul-betul ๐