Sepanjang tebing sungai kelang kelihatan pelbagai karya agong pelukis jalanan. Kualiti karyanya tiada siapa mampu mempertikai. Namun mereka kadangkala dianggap pengamal vendalisma.
Memberi gelaran Creative Picture From The River, pada saya bukanlah sesuatu yang keterlaluan. Lukisan dua tokoh politik tanahair ini sangat-sangat mengujakan. Real, cantik dan kemas.. Mungkin itu pandangan dari mata saya seorang.
Sepanjang beberapa meter di tebing sungai kelang, lebih tepat lagi kalau naik LRT di Stesen Pasar Seni, cuba pandang ke arah sungai. Pasti akan nampak lukisan ni. Bukan disitu aja, sepanjang laluan LRT selepas terowong sampailah ke Stesen Datok Keramat juga ada pelbagai lukisan luahan rasa mereka hasilkan. Bagi saya, lukisan itu sangat kreatif.
Pernah juga grafiti ini dijadikan isu satu waktu dulu. Habis dipadam semua lukisan mereka oleh DBKL. Mana taknya, mereka menyatakan ketidakpuasan hati mereka kepada pemerintah dan orang kenamaan tertentu. Walaupun tidak ada perkataan lucah, namun sedikit sebanyak ia mencalarkan nama pemimpin negara. Tak elok untuk pandangan orang asing.
Kini, tiada lagi lukisan berunsur cacian dan kutukan ke atas individu tertentu. Lukisan yang dihasilkan lebih patriotik. Janganlah ada aktiviti padam memadam lagi. Biarkanlah mereka meluahkan perasaan disitu. Sekurang-kurangnya tidaklah mereka menconteng dinding bangunan.
kreativiti mereka jangan disekat.kreativiti kan ada dalam emk kssr.
Betultu, tapi kreativiti perlu ada guide. nanti lain pulak jadinya.
suka tgk lukisan2 grafiti yg ada..cantik kan..
Memang kreatif..tetapi perlu juga dipantau supaya tidak terjadi sesuatu yang berunsurkan provokasi ataupun berbaur hasutan..
Nice. Makin byk tmpat yg disediakan ruang2 utk pe’mural’ melakar kreativiti mereka…
cantik lukisannya..berseni..saya ni bab melukis memang ‘fail’..hehe…
samalah.. aya pun fail gak bab melukis ni..hehe
Cantik juga.. syg kalau kena padam.. bukan senang nak lukis.
memang cantik lukisan graviti tu…
orang seni memang selalunya kreatif.. 🙂
fuhh.pandai diorang conteng ek..
setiap hari tengok lukisan sepanjang sungai klang ni.. tengok gelagat pelancong mengambil gambar..
memang best lukisan dorang ni..sentiasa berubah lukisan kat situ rupanya mengikut peredaran masa..hehe